27/09/2022
Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Tak..??
Pening bila dengar banyak kereta dan motosikal tenggelam/rosak sebab banjir. Paling teruk bila banjir ni jadi kat kawasan yang kita tak pernah sangka boleh jadi teruk.
Sedih bila tengok Kereta pun hampir nak tenggelam! Itu belum lagi nak pikir berapa banyak duit nak mengalir keluar sebab kereta, motosikal apatah rumah dah masuk air. Sebab tulah pentingnya kita kena tanya siap-siap... insurans yang korang ambil tu cover tak, kalau kereta kena banjir?
Jawapan ringkas bagi soalan ini adalah... YA. tapi bukan SEMUA. Sebab insurans biasa tak cover bencana semula jadi termasuklah banjir.
Insurans/Takaful hanya akan cover bila banjir, kalau korang langgan Perlindungan Komprehensif berserta perlindungan tambahan untuk bencana alam semula jadi. Pakej ni mungkin berlainan mengikut syarikat insurans, jadi pergilah check syarikat insurans masing-masing.
Contohnya, bagi perlindungan komprehensif dari Etiqa yang dipanggil Special Peril Cover , ada dinyatakan perlindungan bagi banjir, ribut, taufan, Tanah runtuh, gelinciran tanah dan lain-lain.
Kalau korang tak pasti insurans/Takaful korang ada cover tambahan untuk bencana alam ke tak, meh saya tengok cekkan Percuma je, tak rugi apa pun. Mana yang bercadang nak buat Takaful kenderaan dengan saya boleh tekan link wasap di bawah. senang, jimat masa dan yang paling penting dapat lindungi kereta tersayang korang. Ingat, malang tak berbau.
https://www.wasap.my/60134928009
Terima kasih sahabat dari Perlis sudi renewal Takaful kereta baru beliau dengan saya. Bersedia untuk poskan certificated ke utara tanah air.
https://www.wasap.my/60134928009