XPIn Xplorasi Potensi Insan

Call Directions Website

XPIn Xplorasi Potensi Insan Mengaplikasi pembangunan insan melalui kombinasi perspektif islam dan barat. Merangkum secara holisti

20/09/2026

Implikasi Pola Fikir ‘Terbalik’ Dalam Kehidupan

Dalam tadbir kerjaya RIASEC ada jenis trait Artistik yang antaranya mencirikan pola fikir ‘terbalik’.

Pola fikir ‘terbalik’ memberi maksud yang luas dalam pebagai sudut pandang dalam orientasi kehidupan manusia.

Sangat menarik apabila diaplikasi dalam kaedah pembelajaran seperti matematik, sejarah, sains, hafazan dll subjek..

Cukup fahami konsep lalu dimudahcara pada setting berkaitan ia akan menzahirkan pola bawah sedar yang boleh difahami dengan mudah.

Itu hanya satu ciri dari banyak ciri yang terpola bagi trait artistik tersebut.

Jomm XPIn!!! XPIn Pembelajaran.

20/09/2026

Dalam Geografi diperkenalkan aspek kartografi dalam lukisan pemetaan pembelajaran.

Namun hakikatnya ia adalah pola pemprosesan maklumat oleh otak yang disebut seperti ‘linked’, acrostic, akronim dalam mnemonics memory.

Dalam alQuran pendekatan kartografi ayat boleh juga digunakan dengan melakukan penyesuaian tertentu berdasarkan dominan personaliti huffaz tersebut.

Kartografi dalam hafazan alQuran boleh diperkukuhkan dengan kombinasi karakter darah manusia yang melahirkan pola berfikir dan bertingkahlaku tertentu seiring dengan dominan otak manusia.

Jomm XPIn!!! XPIn Huffaz

12/09/2026

Bagaimana ‘linked memories’ mempengaruhi konteks ingatan alQuran.

XPIn Huffaz memanfaatkan pendekatan mnemonics memory dalam membantu bakal huffaz melonjakkan hafazan mereka.

Ada pelbagai kaedah Mnemonics Memory.

Justeru bagi jenis ‘linked memories’ ia akan terpola dengan 5 type personaliti yang XPIn perkenalkan.

Tiap jenis personaliti mempunyai pola pemetaan menmonics memory tersendiri.

Ia selari dengan ciri-ciri mewakili personaliti tersebut lalu menzahirkan corak pemetaan maklumat yang tersendiri.

Ada pelbagai corak yang berbeza dalam mengingati alQuran yang disesuaikan melalui pelbagai kajian para ilmuan.

XPIn memanfaatkannya untuk kepentingan umum.

12/09/2026

Spatial Memory Dalam Hafazan AlQuran

Apakah spatial memory dalam penghafazan alQuran?

Spatial memory ialah keupayaan otak mengingati maklumat berdasarkan kedudukan, ruang, arah dan lokasi.

Mudahnya, bukan hanya kita ingat “apa”, tetapi kita juga ingat “di mana” sesuatu itu berada.

Contoh mudah:

Bayangkan anda selalu membaca satu halaman al-Quran yang sama.
Lama-kelamaan anda mungkin teringat:

Ayat tertentu berada di bahagian atas halaman.
Perkataan tertentu berada di sebelah kanan.
Ayat yang panjang berada di bahagian tengah.
Permulaan ayat tertentu berada berhampiran hujung halaman.
Selepas ayat tertentu, mata anda biasanya bergerak ke bahagian bawah.

Itu ialah penggunaan spatial memory.

Salah satu teknik hafazan unik yang diperkenalkan oleh XPIn Huffaz

Siapakah dengan keunikan sebegitu?
Ia tersingkap dalam sesi latihan yang dijalankan.

12/09/2026

Kekuatan Pendekatan Penghafazan XPIn Huffaz

Sebelum program dimulakan, peserta terlebih dahulu diklasifikasikan kepada lima kelompok utama berdasarkan kecenderungan personaliti, iaitu Sensing, Thinking, Intuition, Feeling dan Instinct.

Menariknya, pendekatan ini turut juga melalui proses sintesis ilmu dengan konsep Multiple Intelligences, yang kemudiannya disesuaikan dengan lima kelompok personaliti tersebut.

Penyesuaian ini membolehkan pendekatan hafazan tidak diberikan secara seragam kepada semua peserta, sebaliknya strategi pembelajaran disesuaikan dengan kecenderungan, cara memproses maklumat dan kekuatan kognitif setiap individu.

Selepas proses profiling, XPIn Huffaz mengaplikasikan gabungan VARK (Visual, Auditory, Reading/Writing dan Kinesthetic) bersama Mnemonics Memory, iaitu teknik hafazan mnemonik yang telah XPIn Huffaz bangunkan, uji dan perhalusi selama hampir 8 tahun.

Gabungan antara profil personaliti + Multiple Intelligences + VARK + Mnemonics Memory inilah yang menjadi asas kepada pendekatan hafazan yang saya gunakan.

Hasilnya, terdapat lonjakan pencapaian hafazan yang ketara, dengan peningkatan terbaik sekitar 60-70% berdasarkan perbandingan prestasi bulan ke bulan antara fasa pra-program dan post-program.

Apa yang XPIn Huffaz lihat, kekuatan pendekatan ini terletak pada prinsip bahawa setiap peserta tidak semestinya perlu menghafaz dengan cara yang sama.

Apabila kaedah hafazan disesuaikan dengan kecenderungan dan kekuatan individu, proses mengingat menjadi lebih mudah, tersusun dan berkesan.

08/09/2026

2 minggu kesedihan menanti wahyu.
Allah rawat dengan pengukuhan, peneguhan, mengimbau detik-detik traumatik & khidmat sosial

08/09/2026

Qolbu - Hati

Punca kesakitan jiwa manusia berpusat di qolbu. Ada banyak. Sifat Mazmumah. Antaranya sifat hasad. Lihat Surah AlFalaq. Tekuni sedalamnya. Ia adalah Master piece dari Tuhanmu.

Hasad ini luas. Punca kerosakan. Ia berkembang apabila 'engage' dengan fungsi akal. Potensi keduanya sangat hebat. Boleh jadi positif juga negatif. Saling bertimbal balas.

Hasad yang gagal diurus oleh qolbu yang rosak - fasad, akan membenihkan pola fikir yang buruk lantas menghasilkan akhlak atau tindakan biadap, jahat, keji dan seumpamanya.

Intervensi jiwa menurut alQuran mudah aje.. Tazkiyyah alNafs. Ia bermula di Qolbu bukan di otak.

Lain padang lain belalang. Lain ilmu berbeza pendekatan perbaikannya. Pilihlah yang terbaik.

Call now to connect with business.

Ijtihad ilmu - Inovasi Ilmu,  XPIn dalam mensintesis pelbagai kaedah kemahiran belajar menemukan pola yang setara melalu...
08/09/2026

Ijtihad ilmu - Inovasi Ilmu, XPIn dalam mensintesis pelbagai kaedah kemahiran belajar menemukan pola yang setara melalui 5 jenis personaliti.

Ia boleh diaplikasi pada banyak orientasi kehidupan manusia setelah melalui proses penyesuaian untuk manfaat maksimum.

Bertepatan dengan terminologi AlGhazali tentang 'Khuluq' - AlQolam: 4 iaitu sifat yang terenap dalam diri - unconscious dan keluar secara spontan - conscious.

5 jenis personaliti ini apabila 'engage' dengan persekitaran akan menghasilkan pola pembelajaran tertentu sesuai dengan kajian para ilmuan dalam bidang terkait.

Jomm!!! Bawakan program istimewa ini ke pangkuan pelajar, ibubapa, para guru dan pihak yang berkepentingan untuk memahami kehebatan potensi manusia.

LONJAKAN HINGGA 60% HAFAZAN ALQURANBukan sekadar klaim!!!  Begitulah dapatan XPIn dalam mengadaptasikan pelbagai pendeka...
06/09/2026

LONJAKAN HINGGA 60% HAFAZAN ALQURAN

Bukan sekadar klaim!!! Begitulah dapatan XPIn dalam mengadaptasikan pelbagai pendekatan keilmuan tentang manusia dan pendidikan. Bayangkan sebelum kenal teknik hafazan XPIn hanya merekodkan hafazan bulanan sekitar 17 ke 20 halaman sebulan namun selepas didedahkan teknik berasaskan diri yang spesifik seorang peserta mampu melonjakkan hafazan hingga 47 halamn pada bulan berikutnya. Itulah penemuan yang diperolehi.

Sintesis-sintesis ilmu melalui eksperimen demi eksperimen di lapangan ternyata membuahkan hasil yang lumayan membantu para huffaz melonjakkan hafazam alQuran mereka.

Melalui penyesuaian kaedah ingatan Mnemonics Memory diaplikasi pada pendekatan penghafazan alQuran.

Inovasi bertunjangkan ilmu psikologi dan kaunseling serta pengalaman sebagai huffaz di zaman muda dengan kombinasi pelbagai metodologi hafazan ternyata menghasilkan satu pendekatan hafazan yang unik dan sangat berkesan.

Bukan dua atau tiga kombinasi ilmu bahkan di belakang kaedah hafazan XPIn Huffaz berdiri puluhan teori dan pengetahuan tentang manusia yang menyokong Modul hafazan yang diperkenalkan.

Bahkan demi melengkapkan pengetahuan dan kaedah hafazan XPIn Huffaz penulis membaca, mendengar, belajar memahami note-note music, rhythm dan rhymes, melody, genre music merangkumkan elemen tajwid dan tarannum.

Usaha ini tidaklah mudah. Ia bermula sejak 2015 hingga kini melalui ratusan sesi latihan dengan lebih 12k alumni dengan kolaborasi bersama lebih 50 institusi. Ia masih berterusan sesuai dengan perkembangan ilmu yang sentiasa berubah.

Modul yang komprehensif ini lahir dari kombinasi ilmu dan pengalaman penulis yang autentik terjun ke lapangan hafazan dan idunia lmu sejak hampir 40 tahun yang lalu.

04/09/2026

Mnemonics Dalam Pembelajaran

Penggunaan Mnemonics bukan sahaja digunakan dalam pembelajaran namun konsep pemetaan ilmunya boleh diaplikasi dalam pelbagai lapangan kehidupan seharian.

Contohnya aplikasi rhythm dan rhymes boleh disesuaikan dalam konteks pekerja dan pekerjaan.

Justeru rangsangan lagu atau bunyian mampu melonjak energi seseorang untuk lebih fokus, bersemangat, termotivasi bagi mereka yang terpola dengan konsep atau dominan sebegitu.

Dalam tadbir RIASEC ia mungkin terpola dengan ciri utama Artistik yang mencirikan karakter tertentu.

Maklumat sebegini membantu XPIn memahami lebih mendalam respon tiap peserta dalam sesi latihan yang dikendalikannya.

Address

Senawang
71450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when XPIn Xplorasi Potensi Insan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share