13/06/2023
Apa rahsia bela ayam 2.1 juta ekor ?
Kami kerap kali dihubungi oleh anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ayam. Ini adalah apa yang boleh kami kongsikan berdasarkan pengalaman lebih dari 34 tahun Tuan Haji Jaffri dalam bidang ini.
Bidang ternakan memerlukan kos permulaan yang terlalu tinggi. Pembinaan reban memerlukan sekitar RM30-RM35 untuk seekor ayam. Jadi untuk minimum 20,000 ekor ayam, kos membuat reban dianggarkan RM600-RM700 ribu. Itu juga termasuk kos bahan binaan yang naik terlalu tinggi sejak pandemik Covid 19.
Syarat-syarat KM ( kebenaran merancang ) juga perlu diluluskan dari majlis-majlis Daerah. Lain majlis lain prosedur. Mengambil masa 1-2 tahun untuk mendapat kelulusan, itu pun kalau semua syarat-syarat dapat dipenuhi.
Mengapa perlu mendapat KM ni ? Tanpa KM lesen ternakan tidak akan di keluarkan oleh Jabatan Veterina. Tanpa KM juga bekalan eletrik lebih dari 100amp tidak akan dibekalkan oleh pihak TNB.
Nak ternak ayam mesti ada Intergrator. Ianya syarikat yang membekalkan kita anak ayam dan dedak dan akan membeli balik ayam-ayam kita bila matang. Jangan cuba-cuba nak bela ayam sendiri tanpa intergrator. Bila ayam besar jenuh usung merata nak jual nanti. Modal segunung pun habis nanti.
Bukan nak lemahkan semangat , tapi sebelum terlanjur lebih baik berhati-hati. Banyak sahaja reban-reban yang ditinggalkan kosong begitu sahaja setelah 1 atau 2 tahun dibina, lebih teruk lagi meninggalkan hutang beratus-ratus ribu dengan bank.
Kami cadangkan lebih mudah kalau anda terlibat dengan perniagaan memproses dan menjual ayam. Modal pun tak banyak dan keuntungan lebih stabil. Kalau tak nak proses boleh beli dari pemborong dan jadi peruncit sahaja.
Sediakan tapak dan belajar pemasaran. Cari target market atau bakal pelanggan anda. Boleh cuba kerana hampir hari-hari orang makan ayam. Semuanya bermula dari kecil-kecilan.
Nak mudah, jadi pengedar atau pemborong Ayam Bismi. Pun boleh berjaya luarbiasa.Kami juga nak cari lebih ramai lagi Usahawan Ayam Bismi - Halal Fighters seluruh Malaysia!
https://ayambismi.com/usahawan-ayam/
InsyaAllah.