08/06/2026
Iktisad Global Services Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Halal Development Corporation (HDC) serta rakan industri (MIHA, MyRSMIHA, dan Quanterm Logistics) dengan bangganya membawakan bengkel eksklusif terus dari Tokyo, Jepun!
Bengkel "From Japan to Malaysia: The Practical Guide to Halal Exporting" ini direka khas untuk membantu syarikat membina kepercayaan mutlak dengan pengguna, menguruskan logistik patuh syariah, dan merapatkan jurang dalam strategi eksport.
Meskipun bengkel fizikal ini diadakan di Tokyo, penyertaan adalah terbuka kepada peserta dari seluruh dunia, termasuk syarikat-syarikat dari Malaysia yang ingin memperluas rangkaian rantaian bekalan (supply chain) global mereka dan memahami pasaran eksport import Halal dengan lebih mendalam.
Mengapa Anda Wajib Menyertai Kami?
Gandingan Kepakaran Strategik: Dibawakan oleh Iktisad Global Services & HDC, dikendalikan oleh jurulatih bertauliah (Rakan Strategik JAKIM & MIHA).
Latihan Berteraskan Teknologi: Sesi praktikal menggunakan sistem AI-powered Halal Navigator (HANA).
Insentif Eksklusif Syarikat: Akses percuma selama 1 tahun untuk keahlian Halal Integrated Platform Plus (HIP Plus) bernilai USD 500/tahun serta ringkasan prospek (leads summary) pasaran Halal Malaysia yang disesuaikan khas untuk syarikat anda.
Sesi Konsultasi 1-ke-1: Penilaian terus mengenai kesediaan eksport dan pensijilan Halal syarikat anda.
Butiran Bengkel:
π
Tarikh: 14 & 15 Julai 2026
β° Masa: 9.00 AM - 5.00 PM
π Tempat: Saitama, Minami Ward, Tokyo
π₯ TAWARAN EARLY BIRD: Hanya USD 580 (Harga Asal: USD 630) jika anda mendaftar sebelum 14 Jun 2026!
Sama ada anda syarikat berpangkalan di Jepun yang mensasarkan pasaran Malaysia, atau syarikat global/Malaysia yang ingin menguasai seluk-belok perdagangan Halal antarabangsa, bengkel ini adalah gerbang terbaik anda.
π Cara Pendaftaran: Imbas kod QR pada poster atau hubungi kami segera melalui emel di π§ [email protected].