15/09/2022
EMAS vs BERLIAN : MANA LEBIH BERBALOI DIBELI?
Sepertimana emas, berlian juga merupakan barangan kemas yang mempunyai tanda harga yang cukup mahal.
Malah, harga berlian sebenarnya jauh lebih mahal berbanding harga emas.
Namun, adakah berlian lebih berbaloi dibeli sebagai pelaburan?
Jawapannya: TIDAK
Tidak seperti emas, harga berlian yang sudahpun dibeli akan jatuh sekurang-kurangnya 50% daripada harga yang baru dibeli.
Kenapa?
Kerana berlian tidak mempunyai nilai instrinsik. Berlian menjadi mahal kerana penjualannya hanya dimonopoli oleh syarikat De Beer Mining Company. Syarikat ini menguasai 90% pasaran batu berlian seluruh dunia, membuatkan mereka amat mudah mengawal harganya.
Dalam erti kata lain, berlian bukanlah sejenis aset.
Jadi, adakah anda masih mahu membeli berlian? Atau Emas?