Buy Muslim First BMF

Buy Muslim First BMF Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Buy Muslim First BMF, Business Supply Service, Dengkil, Sepang.

https://www.facebook.com/share/17jB9nNpRE/
29/06/2026

https://www.facebook.com/share/17jB9nNpRE/

💡 Baru start bisnes ayam? Supplier kena betul dari awal.

Kami bantu peniaga baru dapatkan Ayam Dara segar & konsisten
tanpa perlu ambil kuantiti terlalu besar.

🐔 Ayam Dara dijamin segar, bukan frozen atau chilled
Berat bersih 0.9kg – 1.5kg
Halal Certified, siap potong dan bersih

🍛 Sesuai untuk:
Ayam Gepuk / Goreng Berempah / Kari / Masak Merah

✔ Sesuai untuk peniaga baru
✔ Harga borong
✔ COD diterima

🚚 Minimum 10 ekor untuk penghantaran Klang Valley
📩 DM sekarang untuk mula supply bisnes anda

Kmuzam05012026
05/01/2026

Kmuzam05012026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

06/12/2025

Watch, follow, and discover more trending content.

Kaua19112025
19/11/2025

Kaua19112025

asas Asas fardhu Ain. | Check out AFIF (عفيف)🇲🇾❤️24434 LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from AFIF (عفيف)🇲🇾❤️24434.

19/11/2025

Check out ustazNASA LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from ustazNASA.

https://www.facebook.com/share/p/14RwGTLqMnh/
13/11/2025

https://www.facebook.com/share/p/14RwGTLqMnh/

Kilang Cendawan Tiram Terbesar di Parit Buntar Hasil Usaha Pesawah Tempatan
(Sumber: Harian Metro)

----

Di tengah-tengah hamparan sawah padi di Batu 5, Parit Buntar, berdiri sebuah kilang pengeluaran cendawan tiram yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan. Kilang ini telah beroperasi selama enam tahun, dan kini menjadi antara pengeluar cendawan terbesar di Malaysia.

Kilang yang diusahakan oleh Jacky Yip, 45 tahun, seorang bekas pesawah padi, menempatkan hampir dua juta bongkah medium cendawan, dengan pengeluaran harian tiga hingga empat tan pelbagai jenis cendawan tiram.

Dari Sawah ke Kilang Cendawan

Menurut Jacky, beliau mula menceburi industri ini pada tahun 2019 dengan hanya 500,000 bongkah yang terdiri daripada:

Cendawan tiram putih (Pleurotus florida)

Cendawan abalone (Pleurotus cystidiosus)

Cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju)

“Permintaan terhadap cendawan tiram sangat tinggi dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara.
Cendawan tiram putih sesuai dijadikan snek goreng kerana teksturnya rangup, manakala cendawan abalone p**a menambah rasa umami dalam sup ayam, spaghetti bolognese atau mi udon.
Cendawan tiram kelabu p**a sering digunakan dalam sup, gulai dan masakan tumis,” jelas Jacky.

Tambahnya lagi, cendawan mengandungi protein dan vitamin yang membantu mencegah kanser serta ditanam tanpa bahan kimia, menjadikannya pilihan makanan sihat masa kini.

Perniagaan Berpotensi Tinggi

Jacky menjelaskan bahawa cendawan mempunyai jangka hayat pendek tetapi kadar pusingan jualan yang tinggi.
“Hasil pertama boleh dituai dalam masa tujuh hari, dan bongkah boleh menghasilkan cendawan selama 80 hari dengan penjagaan rapi,” katanya.

Harga pasaran yang stabil turut menjadikan cendawan sebagai pilihan ideal bagi pelanggan dan usahawan kecil.
Menurutnya, ramai peniaga kecil seperti penjual pisang goreng dan keropok lekor kini menambah menu cendawan goreng untuk meningkatkan pendapatan.

Cabaran dan Ketekunan

Namun begitu, perjalanan menuju kejayaan tidak mudah.
Jacky mengakui antara cabaran utama ialah serangan penyakit dan hama yang mampu menjejaskan keseluruhan hasil tanaman.
“Jika satu bahagian dijangkiti, ia boleh merebak ke seluruh kilang. Kami terpaksa membuang semua bongkah dan mulakan semula. Ia memang menyakitkan kerana melibatkan kerugian besar,” ujarnya.

Bagi memastikan kualiti terjamin, beliau menekankan amalan kebersihan tinggi dan pengeluaran terkawal di setiap peringkat proses.

Pengiktirafan & Pencapaian

Usaha gigih itu akhirnya membuahkan hasil apabila ladang CendawanKu dianugerahkan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) oleh Jabatan Pertanian Perak — pengiktirafan terhadap amalan pertanian organik dan kelestarian alam sekitar.

Pensijilan ini meningkatkan keyakinan pemborong dan pengguna, serta memudahkan kemasukan produk ke pasaran luar negara seperti Singapura, selain bekalan tetap ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

Kini, kilang ini bukan sahaja menjadi pembekal utama cendawan segar, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada 20 pekerja tempatan.

Perancangan Masa Depan

Melangkah ke hadapan, Jacky merancang untuk memperluaskan potensi industri ini dengan membangunkan produk hiliran berasaskan cendawan seperti:

✅Burger sayuran (vegan patties)

✅Sambal cendawan

✅Kerepek cendawan

✅Makanan sejuk beku

“Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat pemprosesan makanan yang mahu membangunkan produk berasaskan cendawan. Dengan kapasiti pengeluaran yang besar, kami yakin ini mampu membuka lebih banyak peluang perniagaan,” katanya mengakhiri perbualan.

📌

📸 Gambar: Pengurus ladang Ena Syafiqa menunjukkan hasil cendawan tiram putih.

Address

Dengkil
Sepang
43800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buy Muslim First BMF posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share