05/09/2022
CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
Belakangan ini semakin ramai pemain memasuki industri pemeriksaan defect kediaman, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan yang sihat sepatutnya membantu memajukan industri muda yang kian berkembang ini. Rezeki masing-masing, tiada apa yang perlu didengki dan iri hati.
Namun banyak juga kami menerima aduan dan keluhan dari pelanggan bahawa inspektor yang datang membuat pemeriksaan hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Pemeriksaan yang tidak menyeluruh, hanya pandai sembang tapi tiada praktikal, bahkan ada juga yang didapati melakukan penipuan ke atas pemilik-pemilik kediaman yang bergantung harap kepada mereka untuk menjalankan pemeriksaan dan mengeluarkan defect report. Sudahlah dia makan deposit, check rumah berskala lebih 2000sqft pun boleh selesai dalam tempoh kurang 2 jam (ilmu apa daa dia pakai!), lepas tu hilang tanpa menyediakan defect report kepada client! Siapa nak handle tu mat?
Nasihat kami kepada pemilik rumah, pilihlah penyedia khidmat pemeriksaan defect kediaman anda dengan lebih berhati-hati. Jangan kerana mahu servis yang murah, anda tertipu dan terkontang-kanting dengan rumah yang bertampal-tampal tapi report pun entah ke mana. Kepada rakan-rakan penyedia perkhidmatan, kami harap anda jujur dan amanah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik!
Kami di HDD amat mementingkan integriti dalam profession kami. Client kami boleh membuat sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan yang akan kami sambut dengan hati terbuka sepanjang tempoh DLP berkuat kuasa, sekurang-kurangnya.
Buatlah pilihan yang bijak, jangan biarkan rumah anda diselubungi...defect!
Hubungi kami segera untuk mendapatkan quotation yang berpatutan dan khidmat pelanggan selepas jualan yang terbukti memuaskan hati anda!
Terima kasih kepada semua pelanggan kami;
Anda sentiasa terbaik!
Jadikan pilihan anda
-> https://wasap.my/601121888877
-> https://wasap.my/601121888877
-> https://wasap.my/601121888877
Website:www.housedefects.com.my
Fb:House Defect Detective Malaysia Official
IG:HDDMALAYSIAOFFICIAL
Kepakaran kami dalam melaksanakan kerja-kerja House inspection untuk kediaman baru milik anda. Memudahkan urusan anda adalah tanggungjawab kami. Servis kami mengikut piawaian Qlassic Cis7. Servis kualiti, harga berpatutan.