Aisy TChamp - Coretan Hibah & Pewarisan Harta Pusaka

Aisy TChamp - Coretan Hibah & Pewarisan Harta Pusaka Penulis Upahan | Cerita Hidup - Duit /Sakit / Rumah

29/08/2024

Masa Kak Q kerja kat Nilai U, ada seorang agen takaful ni selalu datang office.
Masa tu Kak Q dah ada takaful perubatan atau medikal kad dengan anak-anak.

Dia tak explain p**ak, medikal kad tu untuk perubatan dalam hospital saja.

Bila dah jadi perunding ni. Barulah Kak Q belajar 4 konsep takaful yang penting.

Rupanya medikal kad bukanlah prioriti dalam takaful. Perlindungan diri dari hilang upaya kekal dan kematian yang paling utama. Kedua perlindungan sakit kritikal. Ketiga, baru medikal kad. Medikal kad hanya setelkan caj perubatan di hospital.

Discaj hospital, kalau sakit kritikal, banyak lagi duit nak guna dik.

Nak tau lebih tentang takaful? Free saja.
Kak Q memang nak kongsi ilmu. ☺️

Tekan link ni.
https://wa.link/63q4qy

Nak ambil takaful pun kena ada ilmu. Kena faham konsep dan prioriti. Bila survey, memasing hanya survey harga. Padahal t...
29/08/2024

Nak ambil takaful pun kena ada ilmu. Kena faham konsep dan prioriti. Bila survey, memasing hanya survey harga. Padahal tak faham apa yg diambil.

Fahamkan apa yang prioriti ikut diri dan keluarga. Ada 4 konsep dalam takaful.

I. Perlindungan hayat
II. Sakit Kritikal
III. Kad perubatan
IV. Kemalangan

Habis, yang HIBAH, MLTT , Haji tu yang mana?

Sebab tu kena faham. Semua tu bawah Perlindungan Hayat.

Perlindungan hayat aka Life takaful biasanya cover kematian dan hilang upaya kekal.

Bila meninggal dapatlah sejumlah wang. Kalau Hibah, diberikan kepada penerima hibah.
Kalau MLTT digunakan untuk langsaikan bayaran baki rumah.

Kalau tak meninggal pun dapat juga. Hilang Upaya Kekal akibat apa jua sebab termasuk unknown cause pun diberi pampasan yang diambil.

Tanya; "Kak,  kata hibah ni hak mutlak penerimakan."Betul."Habis kenapa geng takaful kata hibah boleh tolong bayarkan hu...
21/03/2023

Tanya;

"Kak, kata hibah ni hak mutlak penerimakan."

Betul.

"Habis kenapa geng takaful kata hibah boleh tolong bayarkan hutang simati dan setelkan urus pusaka?
Nanti, si penerima hibah persoal p**ak kita dah hibah pada dia, dia kena setelkan semua tu".

Begini dik.

1.Biasa, kalau kita nak bagi hadiah atau tinggalkan sesuatu tu pada siapa? Tentulah pada orang yang kita sayang dan percaya kan. Orang yang akan jagakan zuriat kita, orang yang boleh tolong kita selesaikan urusan kita yang tak selesai di dunia.

2. Hibah Takaful ni sedikit istimewa sebab ia merupakan dana tunai segera. Biasanya tak lebih 30 Hari, penerima hibah akan dapat kesemua jumlah perlindungan. Bila simpanan di bank, KWSP dan TH beku, wang hibah boleh digunapakai untuk menyegerakan urusan lain.

3. Biasa kalau klien nak buat coverage rumah @ MLTT, takkan la hibah tu semata untuk rumah. Mesti kita asingkan, buat kira-kira. Sebab tu keperluan hibah setiap orang tak sama. Kalau ada klien suruh isteri bayar hutang rumah pakai hibah yg ditinggalkan, Kak Q sendiri akan tolong kira. Baik isteri tu jual je rumah tu. Hasil jualan bahagi ikut faraid.

4. Sebut kes faraid p**ak, katakan ahli keluarga suami tuntut bahagian faraid mereka, bolehlah isteri guna sebahagian wang hibah yg ditinggalkan untuk bayarkan bahagian waris lain.

5. Duit tu juga boleh mulakan kos pengurusan pusaka kalau arwah belum sempat buat apa2 perancangan.

Hibah Takaful ni solusi dalam banyak perkara. Dah banyak kes, terutama isteri yang rasa sangat lega apabila arwah suami meninggalkan hibah untuk keluarga.

Bagus adik tanya, kalau ada yang tahu baik tanya dik. Jangan pendam dalam hati. Yang rugi kita sendiri.

Yang tukang cakap tak bantu keluarga kita bila ditimpa kesusahan. Kot ya pun bantu, setakat mana mereka nak bantu. Kitalah kena rancang untuk mereka. Kahwin ni bukan setakat hidup bersama hasilkan anak je. Tanggungjawab berat.

.

AbrarHLMT

HADIAH TERAKHIRSeorang ibu tunggal dua anak yang sempat meninggalkan hibah takaful sebanyak RM 250K kepada warisnya. Okt...
28/02/2021

HADIAH TERAKHIR

Seorang ibu tunggal dua anak yang sempat meninggalkan hibah takaful sebanyak RM 250K kepada warisnya. Oktober 2019, kerana denggi arwah dipanggil mengadap Ilahi.
Sebutan amanah serta wasiat tidak sempat dibuat.
Hibah yang diambil Mei 2019 dengan sumbangan bulanan RM 150.00 ini rupanya hadiah terakhir yang sangat membantu ahli keluarganya.

Namun, arwah berpesan beberapa perkara kepada adiknya selaku penerima hibah. Selesaikan beberapa hutang kecilnya menggunakan wang simpanan bank.

Oleh kerana simpanan bank dibekukan, dan urusan pusaka perlu di selesaikan dahulu, adik arwah menggunakan hibah yang ditinggalkan untuk memenuhi pesanan arwah.

Syarat mati bukan tua, bukan yang sakit menderita.

Kita pergi mengadap Ilahi, yang tinggal masih perlu menjalani hidup yang belum pasti.

APA KELEBIHAN HIBAH?

# Dana tunai segera seawal 14 hari selepas kematian
# Tidak perlu melalui proses faraid
# Tiada kos guaman
# Bantu uruskan pusaka
# Membayar bahagian faraid waris lain
# Selesaikan hutang arwah

Wasap segera untuk quotation percuma

http://www.wasap.my/60147769766/hibah

http://www.wasap.my/60147769766/hibah

FREE Benefit COVID 19 πŸ†“πŸ†“πŸ†“

1. βœ…Tambahan Percuma Manfaat Kematian RM20,000 utk orang yg dilindungi (Paling Tinggi Dalam Malaysia)
2. βœ…Elaun Hospital RM200 Sehari Sehingga 60 Hari.
3. βœ…Wang Ihsan RM5000 kepada waris
- 1) Kalau Berlaku Kematian Family Member Akibat COVID-19 Atau
- 2) Kalau Family Member Admitted Akibat COVID-19
4. βœ… Tiada Tempoh Menunggu Cover Serta-Merta ‼️

*Free utk COVID -19 hanya sehingga 30 MAC!!

28/02/2021

PENTINGNYA UNTUK MELANTIK PENTADBIR PUSAKA (WASI) SEMASA HIDUP

FAKTA

● Masih ada lebih RM 80 billion harta milik orang mati terbeku.

● Masih ada 1 juta geran tanah nama orang mati.

● Masih ada beribu-ribu kenderaan tidak dapat diperbaharui cukai jalan sebab pemilik telah mati.

● Masih ada lebih 1 juta kes urus pusaka belum mula atau belum selesai.

● Ramai waris bergaduh disebabkan tidak puas hati dengan cara harta dibahagikan

KENAPAKAH INI BERLAKU?

7 PUNCA UTAMA WARIS BERDOSA SEBAB PUSAKA:

1. Setelah meninggal dunia, tiada waris yang nak memulakan proses dengan segera.

2. Apabila proses urus pusaka dilengahkan dan berlaku kematian dari kalangan waris, maka wujud waris berlapis dan bermulalah proses urus pusaka yang lebih rumit.

3. Waris yang mengambil tanggung jawab untuk urus pusaka tidak mempunyai ilmu yang betul tentang proses urus pusaka.

4. Waris-waris FARAID tidak faham hak dan tanggungjawab mereka apatah lagi kaedah pemuafakatan waris.

5. Simati tidak melantik pentadbir semasa dia masih hidup meyebabkan proses jadi kucar-kacir.

6. Simati tidak buat surat rujukan bertulis, bertarikh dan bersaksi yang boleh membantu proses pemuafakatan waris.

7. Simati tidak meninggalkan wang tunai untuk membayar kos urus pusaka.



APAKAH PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT?

1. Semasa masih hidup, lantik pentadbir pusaka, boleh dari kalangan waris, bukan waris atau syarikat amanah.

2. Semasa hidup, tinggalkan wang tunai dalam bentuk mudah sampai kepada waris (Dana Pantas) untuk menanggung kos berkaitan urus pusaka.

3. Semasa hidup, telah memberi arahan kepada Pentadbir untuk mengunakan khidmat pakar untuk bantu urusan pusaka yang mana kosnya telah diperuntukan.

4. Semasa hidup, telah membuat hasrat pewarisan dalam bentuk bertulis, bertarikh dan bersaksi.

a. Pelantikan Pentadbir

b. Arahan kepada pentadbir

c. Wasiat kepada bukan waris atau untuk tujuan waqaf/sedekah

d. Pesanan pembahagian harta kepada waris

e. Pengistiharan harta yang telah dihibah

f. Pengistiharan harta yang dipegang amanah oleh diri sendiri atau orang lain



APA YANG ANDA DAPAT?

1. Siapa yang mewarisi harta dengan ada orang yang akan memulakan proses urus pusaka dengan segera

2. Ada bantuan pakar untuk menjalankan proses urus pusaka

3. Ada dana untuk membayar kos urus pusaka

4. Ada dokumen yang jelas dan sukar dipertikaikan untuk membantu waris mencapai muafakat

● Siapa pentadbir yang akan memulakan proses urus pusaka

● Apa yang diwasiatkan

● Siapa waris

● Apa harta yang ada

● Apa hutang yang ditinggalkan

4 PERKARA PENTING YANG PERLU DIRENUNG:

1. Sangat berisiko jika anda hanya membuat Hibah Takaful sahaja, kerana ada kemungkinan tiada tunai lain yang mencukupi dalam bentuk pusaka untuk membayar hutang, membayar kos urus pusaka, melunaskan wasiat sedekah dan untuk pembahagian kepada waris waris lain.

2. Sangat berisiko jika anda hanya melantik Syarikat Amanah sebagai Pentadbir sahaja, kerana ada kemungkinan tiada waris yang akan menghubungi Syarikat Amanah, tiada rujukan hasrat pewarisan harta yang jelas dan tiada dana yang tersedia kepada waris untuk membayar kos permulaan kepada Syarikat Amanah.

3. Sangat berisiko jika anda hanya membuat dokumen wasiat sahaja, dan kandungan wasiat mengandungi hasrat pembahagian kepada waris. Kerana sebarang hasrat pewarisan harta kepada waris dalam wasiat hanyalah bertaraf pesanan dan perlu persetujuan semua waris faraid sebelum terlaksana. Jika tiada persetujuan waris maka wasiat tersebut akan terbatal.

4. Sangat berisiko jika tidak meninggalkan harta dalam bentuk tunai dana pantas, yang mana boleh dikeluarkan oleh penama tanpa sebarang surat kuasa mentadbir. Dana Pantas ini penting untuk sara hidup waris sementara proses urus pusaka selesai, membayar hutang si mati dan membayar kos berkaitan proses urus pusaka. Contoh harta tunai dana pantas adalah

● Wang dalam Tabung Haji berpenama

● Wang dalam KWSP berpenama

● Pampasan takaful hayat berpenama

Dan sangat-sangat berisiko jika anda tidak membuat sebarang perancangan pewarisan.

27/02/2021

APA YANG ISTERI PERLU TAHU BERKAITAN HARTA PUSAKA SUAMI?

1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.

2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.

3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.

4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.

5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur lapan tahun dan anak lelaki berumur dua hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur dua hari.

6. Jika suami meninggal dunia dan dua hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.

9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.

10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.

11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.

12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.

13. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, ibu bapa, anak perempuan dan adik beradik. Suami hanya meletakan nama Isteri seorang sahaja sebagai penama Hibah Takaful, maka waris-waris lain tiada hak untuk menuntut.

Kredit: Penulis asal

27/02/2021

Dengarkan, fahamkan

27/02/2021

KONSEP HIBAH & MAKNA AL TAKHARUJ

Abah cakap, rumah ni bagi adik bongsulah sebab dia yg banyak keluar modal bina balik dari rumah lama ke rumah baru.
Abah pun tukar nama geran kepada nama adik bongsu. ------------> Hibah Mutlak

Adik beradik setuju sebab masing-masing dah ada rumah di bandar. Nanti adik bongsu boleh jagakan rumah tersebut.

Tanah kebun dibagi sama banyak antara 4 beradik, lelaki dan perempuan. 'Sama-sama anak Abah dan Mak, kasih sayang pun sama banyak', kata Abah. Kami adik beradik setuju je. -----------> Al Takharuj ( Muafakat waris)

Send a message to learn more

𝟱 π—œπ—¦π—¨ π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” π—žπ—˜π—‘π—” 𝗧𝗔𝗛𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—£π—”π—¦ π—žπ—˜π— π—”π—§π—œπ—”π—‘ π—¦π—¨π—”π— π—œ1. "𝙆𝙖𝙠 𝙉𝙖𝙗 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝π™ͺ 𝙩𝙖𝙠 π™—π™€π™‘π™šπ™ π™œπ™ͺ𝙣𝙖 𝙙π™ͺπ™žπ™© 𝙩π™ͺ. 𝙋𝙖𝙩π™ͺ𝙩𝙑𝙖𝙝 π™–π™™π™žπ™  π™‘π™šπ™‘π™–π™ π™ž 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝 𝙨π™ͺ𝙧...
26/02/2021

𝟱 π—œπ—¦π—¨ π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” π—žπ—˜π—‘π—” 𝗧𝗔𝗛𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—£π—”π—¦ π—žπ—˜π— π—”π—§π—œπ—”π—‘ π—¦π—¨π—”π— π—œ

1. "𝙆𝙖𝙠 𝙉𝙖𝙗 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝π™ͺ 𝙩𝙖𝙠 π™—π™€π™‘π™šπ™ π™œπ™ͺ𝙣𝙖 𝙙π™ͺπ™žπ™© 𝙩π™ͺ. 𝙋𝙖𝙩π™ͺ𝙩𝙑𝙖𝙝 π™–π™™π™žπ™  π™‘π™šπ™‘π™–π™ π™ž 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝 𝙨π™ͺ𝙧π™ͺ𝙝 π™₯π™ͺπ™‘π™–π™£π™œ π™—π™–π™‘π™žπ™  π™π™žπ™£π™œπ™œπ™– π™¨π™šπ™‘π™šπ™¨π™–π™ž π™ͺ𝙧π™ͺ𝙨𝙖𝙣 π™›π™–π™§π™–π™žπ™™. 𝙇𝙖𝙒𝙖𝙑𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙩π™ͺπ™£π™œπ™œπ™ͺ".
Wang dalam akaun arwah suami, sebelum proses faraid selesai, si isteri tak boleh pakai untuk kegunaan sendiri walaupun dia tahu nombor PIN ATM suami.

2. "Lega 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝 π™‘π™šπ™©π™–π™  π™₯π™šπ™£π™–π™’π™– π™†π™’π™Žπ™‹ π™™π™žπ™– 𝙣𝙖𝙒𝙖 𝙆𝙖𝙠 π™Žπ™–π™‘π™’π™–π™. 𝙏𝙖𝙠 π™§π™žπ™¨π™–π™ͺ 𝙙𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙑𝙖π™ͺ 𝙖π™₯𝙖-𝙖π™₯𝙖 π™Ÿπ™–π™™π™ž."
Wang dalam KWSP suami bukan hak mutlak isteri walaupun dia adalah penama. Sebagai penama dia hanyalah Wasi untuk menguruskan wang tersebut untuk difaraidkan. Hanya 1/8 hak si isteri. Tak banyak pun kan?

3. "𝙆𝙖𝙠 π™’π™šπ™’π™–π™£π™œ 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 π™¨π™žπ™’π™₯𝙖𝙣𝙖𝙣. π˜Όπ™§π™¬π™–π™ π™’π™šπ™’π™–π™£π™œ 𝙙𝙖𝙝 π™—π™–π™œπ™žπ™©π™–π™ͺ 𝙙π™ͺπ™žπ™© π™¨π™žπ™’π™₯𝙖𝙣𝙖𝙣 π˜Όπ™Žπ˜½ 𝙙𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙗π™ͺπ™£π™œ π™ƒπ™–π™Ÿπ™ž π™˜π™ͺ𝙠π™ͺπ™₯ π™ͺ𝙣𝙩π™ͺ𝙠 π™ π™–π™’π™ž πŸ₯ π™—π™šπ™§π™–π™£π™–π™  𝙠𝙖𝙑𝙖π™ͺ π™™π™žπ™– π™’π™šπ™£π™žπ™£π™œπ™œπ™–π™‘. 𝙏𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝π™ͺ π™₯π™ͺ𝙑𝙖 𝙙π™ͺπ™žπ™© 𝙩π™ͺ π™—π™šπ™ π™ͺ 𝙙𝙖𝙣 π™₯π™šπ™§π™‘π™ͺ π™™π™žπ™›π™–π™§π™–π™žπ™™π™ π™–π™£."
Isteri tetap perlu wang untuk teruskan hidup bersama anak-anak sebelum proses faraid selesai. Survival mode on. Dah bersedia?

4. "π™†π™–π™’π™ž π™—π™šπ™©π™ͺ𝙑-π™—π™šπ™©π™ͺ𝙑 𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙠 𝙙π™ͺπ™žπ™©. 𝙉𝙖𝙠 π™ͺ𝙧π™ͺ𝙨𝙠𝙖𝙣 π™₯π™ͺ𝙨𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙣 π™›π™–π™§π™–π™žπ™™ π™₯π™ͺ𝙣 𝙩𝙖𝙠 π™˜π™ͺ𝙠π™ͺπ™₯."
Isteri perlukan wang untuk pelbagai kos bagi menguruskan harta faraid tersebut seperti fee guaman, pengangkutan dan lain-lain.

5. "π˜Όπ™™π™žπ™  π™—π™šπ™§π™–π™™π™žπ™  π™‘π™šπ™‘π™–π™ π™ž 𝙩π™ͺ𝙣𝙩π™ͺ𝙩 𝙝𝙖𝙠. π™π™šπ™§π™₯𝙖𝙠𝙨𝙖𝙑𝙖𝙝 π™ π™–π™’π™ž π™Ÿπ™ͺ𝙖𝙑 𝙧π™ͺ𝙒𝙖𝙝 π™£π™ž π™ͺ𝙣𝙩π™ͺ𝙠 π™—π™–π™œπ™ž π™—π™–π™π™–π™œπ™žπ™–π™£ π™’π™šπ™§π™šπ™ π™–."
Isteri perlukan wang bagi menebus harta daripada pihak lain yang berhak faraid ke atas harta tersebut, contohnya rumah yang tersimpan seribu kenangan bersama suami, kereta dan lain-lain. Ada dah ke duit untuk tebus harta tu?

Ramai betul isteri yang sengsara selepas kematian suami. Alangkah baiknya suami merancang dengan hibah dan amanah. Isteri tak perlu bersusah payah membesarkan anak-anak sendirian.

Sediakanlah sedikit hibah takaful untuk mereka yang tersayang bagi memudahkan urusan mereka kelak. Bolehlah mereka bernafas sementara nak tunggu urusan faraid tu selesai, mungkin ambil masa bertahun-tahun lamanya.

Sebagai contoh, komitmen bulanan RM3,000. Setahun sama dengan RM36,000.
Kalau ada Hibah Takaful pampasan RM200,00 boleh juga tampung komitmen bulanan malah dapat uruskan pusaka yang ditinggalkan.

Tinggalkan HIBAH sebelum datangnya HIBA.
Istimewa Hibah Takaful ni ;

# Duit tunai yang terus dapat
# Pengganti gaji jika kematian suami.
# Penerima hibah adalah pemilik mutlak
# Bantu langsaikan hutang sekira ada
# Tiada kos guaman.
# Tidak melalui proses faraid.

Suami outstation seminggu, bagi isteri duit belanja RM100 dah cukup. Tapi kalau suami β€œoutstation” selama-lamanya takkan tak nak tinggalkan apa-apa, kan.

Nak tahu bagaimana merancang harta sebelum menjadi pusaka?
Nak tahu kelebihan hibah takaful dalam menguruskan keluarga dan harta?

Tekan sini

https://wa.link/fqudri

13/12/2020

Adik beradik mewakili hak ayah yang dah lumpuh tak mampu bergerak dan bercakap...mintak kakak ipar bahagian faraid ayah selepas kematian abang mereka ...lepas dpt duit tanggungjawab terhadapa anak2 buah mereka abaikan sedangkan anak2 buah masih bersekolah...

Ayah yang lumpuh itu p**a diletakkan dirumah kebajikan..

Agak2 duit tu sampai ke kepada ayah!!!????

Menurut kata balu..ketika arwah hidup..adik beradik ini memang jenis kaki pinjam duit suaminya....sbb suaminya bergaji agak besar dan manjakan adik beradiknya..

Bila suaminya meninggal..mereka(adik beradik) dah x de sumber pendapatan...balu p**a suri rumah..sebab tu masa pembahagian faraid..mereka punya desakan untuk mempercepatkan proses pembahagian tu seperti manusia tamak...nasib baik arwah ada tggalkan cash yang banyak...jd terus si balu bg bahagian ayah mertua kepada ipar..

Cumanya balu terkejut bila dapat tau ipar hantar ayah mertuanya ke rumah kebajikan... lepas tu bila telefon tak berangkat..

Paling sakit hati...khabar anak2 arwah yang sepatutnya nafkah dibayar oleh ipar2 ini langsung tiada..

Inilah antara masalah utama yang menyebabkan masyarakat beranggapan ianya tidak adil...

Kenapa hak wajib diberi tapi tanggungjawab tiada yang paksa mereka ini untuk memberi.

Kopipasta kredit to : Rina Ain

"Hibah ni utk waris je la kan? Kalau untuk diri sendiri?"Untuk diri sendiri ambillah yang ada Perlindungan Penyakit Krit...
12/12/2020

"Hibah ni utk waris je la kan? Kalau untuk diri sendiri?"

Untuk diri sendiri ambillah yang ada Perlindungan Penyakit Kritikal (buat orang hospital yang kompiuss penyakit kritikal ni apa, ni sebenarnya term takaful untuk penyakit kronik.)

Ada 36 penyakit kritikal major dalam list FWD + 24 penyakit kritikal minor. Haaa.. minor pun cover skali dik nonn...

Paling best, kami ada pakej suami isteri. Ambil pakej ni, automatic dua-dua cover. Salah seorang meninggal. Pasangan dapat hibah. Sumbangan bulanan pun dah waive. Coverage untuk yg masih hidup masih berjalan. Maknanya, kalau yg masih hidup didiagnos penyakit kritikal, dapatlah claim.

Kalau kad medikal hanya bayar kos perubatan, perlindungan penyakit kritikal dibayar lumpsum. Dapatlah guna duit tu untuk bayar komitmen dan kelangsungan hidup.

Perlu ke ambil Perlindungan macam- ni?

TAK PERLU JIKA:

Kalau rasa confirm tak kena penyakit kritikal.
Kalau yakin boleh bekerja dan hidup sehingga semua anak boleh berdikari
Kalau duit dalam simpanan berjuta, cukup untuk tampung semua belanja keluarga jika kita tak kerja.




Address

Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 10:15 - 06:00
Saturday 09:00 - 02:30

Telephone

+60102828803

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aisy TChamp - Coretan Hibah & Pewarisan Harta Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aisy TChamp - Coretan Hibah & Pewarisan Harta Pusaka:

Share