09/05/2025
Pada 9 Mei 2025 (Khamis), wakil Persatuan Automotif Melayu Muslim N9 (PAMMN9) telah menziarahi En. Adham dari Bengkel AFS yang kini sedang berehat di kediaman beliau di Senawang setelah mengalami serangan jantung baru-baru ini. Alhamdulillah, keadaan beliau kini dilaporkan semakin stabil.
Turut hadir dalam ziarah ini ialah Penasihat PAMMN9, En. Samad, Setiausaha En. Suhail, Bendahari Abang Jubah serta beberapa orang ahli persatuan yang lain.
Pihak PAMMN9 turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan daripada seluruh warga persatuan.
Kami mendoakan agar En. Adham terus tabah menerima ujian ini dan diberi kesembuhan yang sempurna. Insya-Allah.