08/03/2021
*cabaran sehari satu perkongsian tentang Medical Card*
DAY 1
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Medical Card โ
Tahukah anda bahawa inflasi perubatan di Malaysia meningkat secara konsisten sebanyak 10% -15% setiap tahun? Walaupun kos kemasukan ke hospital meningkat secara beransur-ansur setiap tahun, gaji minimum masih tidak stabil; menjadikannya agak sukar untuk dapatkan rawatan perubatan dengan wang yang anda kumpul.
Untuk dapatkan rawatan perubatan yang berpatutan, semestinya hospital kerajaan menjadi pilihan utama kerana ia murah dan mudah diakses oleh semua.
Namun yang pasti, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ada beberapa perkara yang tak dapat ditoleransi seperti terpaksa menunggu lama dan queue yang panjang. Lepas dah bersapau menunggu, anda kemudiannya diberikan dua (2) pilihan samada: (1) kembali kemudian, atau (2) pergi ke hospital swasta.
Sesetengah individu akan memilih pilihan kedua iaitu (pergi ke hospital swasta) tapi bukan sebab bilik wad di hospital kerajaan terhad, tapi memberi rawatan pesakit luar bukanlah pilihan kes utama mereka. Lebih banyak lagi kes yang lebih teruk untuk mereka rawat.
Di hospital swasta, anda dengan mudahnya boleh dimasukkan ke hospital atau warded dalam masa yang singkat, disamping mendapat perkhidmatan berkualiti. Bermula dari anda masuk sampailah anda discharge. Layanan yang diberi ibarat anda macam king. Tapi ingat! Segala servis yang diberi adalah berbayar dan amaunnya bukan sikit-sikit.
Bukan itu sahaja, hospital swasta biasanya memerlukan anda memiliki insurans kad perubatan (medical card) sebelum anda boleh mendapatkan rawatan.
Stay tuned for next sharing ๐