Barakah Agensi - Perunding Legasi

Barakah Agensi - Perunding Legasi Barakah Agensi merupakan sebuah agensi Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka yang bernaung di bawah MyPusaka.

Perkhidmatan kami melibatkan penyediaan dokumen perancangan harta seperti Wasiat, Hibah, Surat Ikatan Amanah, Serta pengurusan pusaka.

12/10/2024
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. K...
27/06/2024

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-'Imran:185)

Selamat tinggal sahabat dunia akhirat...susah senang dunia telah engkau harungi..moga menjadi bekalan di alam sana..ampunkan dosa arwah dan tempatkanlah kalangan orang beriman n soleh..terima kasih menerima sebagai sahabat susah senang...
Alfatihah

Hari ini pada tahun ke-3 sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah binti Khuwaylid RA meninggal dunia.Khadijah RA dilahirkan da...
21/03/2024

Hari ini pada tahun ke-3 sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah binti Khuwaylid RA meninggal dunia.

Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.

Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.

Lama-kelamaan, Khadijah RA jatuh hati dengan keikhlasan & keluhuran budi Rasulullah SAW yang ketika itu berusia 25 tahun. Lantas beliau melamar Baginda, mereka berdua mendirikan rumah tangga & dikurniakan 7 cahaya mata.

Rasulullah SAW terus membantu isterinya selama 15 tahun berdagang di serata Tanah Arab. Sehinggalah segalanya berubah apabila Baginda mencapai usia 40 tahun, Baginda mendapat wahyu pertama untuk menjadi pemimpin umat manusia.

Ketika Rasulullah SAW menggigil ketakutan di katilnya selepas dipeluk malaikat Jibril AS di Gua Hira’, Khadijah RA yang menenangkan Baginda & meyakinkan suaminya itu bahawa ia adalah khabar gembira dari Tuhan yang tak perlu ditakutkan.

Khadijah RA menjadi insan pertama yang memeluk Islam & menggalakkan Rasulullah SAW supaya meninggalkan kerjanya untuk berdakwah sepenuh masa. Beliaulah tulang belakang & penguat Rasulullah SAW berdepan pelbagai dugaan semasa peringkat awal dakwahnya.

Beliau mengorbankan seluruh hartanya untuk membiayai perjuangan suaminya ke jalan Allah. Namun pada masa sama, kesihatannya juga semakin merosot. Pada usia 65 tahun, Khadijah RA menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tahun pemergian Khadijah RA itu digelar sebagai ‘Tahun Duka’, kerana bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib juga meninggal dunia sebulan sebelumnya. Khadijah RA dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Mu’alla.

*Gambar: Makam Saidatina Khadijah RA (kanan) & anakandanya al-Qasim (kiri) di perkuburan al-Mu'alla, Mekah.

Sumber: Islamic House of Wisdom, Al-Furqan Islamic Heritage Foundation

Jom umrah bersama Juara Travel.
20/01/2024

Jom umrah bersama Juara Travel.

Info Kesihatan Anda
15/11/2022

Info Kesihatan Anda

23/11/2021

Uruskan segera pusaka arwah..

Address

NO 51-1/51-2, Jalan METRO SENDAYAN 1/2, SENDAYAN METROPARK, BANDAR SRI SENDAYAN
Seremban
71950

Telephone

+60189024756

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Barakah Agensi - Perunding Legasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Barakah Agensi - Perunding Legasi:

Share