ARK'S Printing and Souvenirs

Call Directions Website Contact the business

ARK'S Printing and Souvenirs mencetak baju, cenderahati, ID card, bisnes card dan wadding card

06/07/2026

fikiran kosong

26/06/2026

Misai Kucing
Misai kucing (Orthosiphon stamineus) merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan yang seringkali ditemui di taman-taman tempatan kerana kecantikannya.
Misai kucing kini begitu pop**ar dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan termasuklah rawatan batu karang, gout dan darah tinggi dan diabetes. Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak misai kucing pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah kerana tindakannya yang menggalakkan perembesan insulin oleh kalenjar pankreas. Apabila paras insulin meningkat, maka secara tidak langsung paras gula dalam darah akan menurun.
Selain daripada penurunan gula, kajian makmal turut menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam pesakit diabetes, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).
Cara pengambilannya adalah dalam bentuk air rebusan atau teh. Kebiasaannya bahagian yang digunakan adalah daunnya. Manakala bahagian lain pokoknya p**a digunakan untuk tujuan rawatan bagi penyakit lain.
Setakat ini kajian – kajian yang dijalankan mendapati bahawa misai kucing tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang selepas administrasi. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.

08/03/2026

Punyolah bosar 9 negeri dalam Negeri Sembilan, Klang, Kajang, Alor Gajah, Segamat dan Triang dulu berado dalam jajahan yang membentuk Nismilan..

Berikut adalah kisahnya;

Sejarah Negeri Sembilan. Bagaimana Hilangnya Klang, Naning, dan Segamat?

Kita mengenali Negeri Sembilan hari ini dengan sempadan yang tetap. Namun, jika peta lama dibentangkan, kita akan melihat sebuah ‘Empayar Adat’ yang jauh lebih luas, yang kini telah terpecah oleh masa dan politik. Sebelum tahun 1773, tanah beradat ini bernaung di bawah Kesultanan Johor yang kian retak. Orang-orang Minangkabau di perantauan ini, yang merindu daulat raja sendiri, telah bermuafakat menjemput putera dari Pagaruyung.

Maka tibalah Raja Melewar, menjejak kaki di Penajis, dan bersemayam di istana pusara ‘Barong-Barong’ di Seri Menanti. Di sinilah bermulanya teka-teki sejarah: Mengapa dipanggil Negeri Sembilan? Mengikut catatan sarjana seperti R.O. Winstedt, ‘Sembilan’ yang asal itu bukanlah yang kita lihat hari ini.

Ia adalah gabungan agung sembilan luak purba:
Sungai Ujong, Jelebu, Rembau, dan Johol adalah tiang serinya.
Tetapi tahukah anda, suatu masa dahulu, Klang (kini Selangor), Segamat (kini Johor), Naning (kini Melaka), serta Jelai dan Ulu Pahang adalah sebahagian daripada keluarga besar ini? Mereka disatukan oleh Adat Perpatih, bukan oleh tembok batu. Namun, badai sejarah memisahkan mereka.

Perang Saudara, campur tangan Bugis, dan Perjanjian Inggeris-Belanda telah ‘mencuri’ Klang, Segamat, dan Naning keluar dari pelukan Seri Menanti. Klang diambil Selangor, Segamat ditarik Johor, dan Naning tewas kepada Melaka.
Apa yang tinggal hari ini seperti Terachi, Gunung Pasir, Jempol, dan Inas adalah luak-luak tanah mengandung yang disusun semula untuk mengekalkan nama keramat ‘Sembilan’ itu. Walaupun tanahnya mengecil, roh muafakatnya tidak pernah luntur.
Negeri Sembilan adalah bukti hidup bahawa sebuah negara bukan dibina atas tanah semata-mata, tetapi atas ikatan adat yang "Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan".

Sumber:
Rujukan:
1. Winstedt, R. O. (1934). History of Negeri Sembilan.
2. Buyong Adil. (1981). Sejarah Negeri Sembilan. DBP.
3. Gullick, J. M. (2003). A History of Negri Sembilan. MBRAS.
4. Parr, C.W.C. & Mackray, W.H. (1910). Rembau: One of the Nine States.

Kredit: FB Jagat Impak

25/07/2022
09/03/2022

Kami menyediakan perbagai tempahan baju dan cenderahari mengikut tempahan pelangan..berminat boleh hubungi kami..harga kasih sayang bersulam rindu..

Address

Seremban
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARK'S Printing and Souvenirs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ARK'S Printing and Souvenirs:

Shortcuts

Share