14/09/2021
Tips berguna Jimat Minyak/Bahan Bakar/Fuel Consumption.
10 Tips Cara Jimat Minyak Berdasarkan Pengalaman Sebenar Penulis
Assalammualaikum & salam sejahtera. Sedarkah kita bahawa penggunaan bahan api (petrol/diesel) dalam kehidupan harian kita adalah 90% paling utama. Kenapa penulis berkata begitu? Lihatlah kita perlu mengisi minyak pada kenderaan kita untuk tujuan apa? Sudah tentu untuk pergi dan balik kerja !! atau urusan tertentu untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi-lokasi yang dituju. Jadi pentingnya minyak petrol/diesel ni untuk kenderaan kita, jika tidak manakan boleh kereta/motor/lori/bas dan lain-lain nak bergerak.
Apa yang menjadi masalah bagi kita sebagai pengguna sekarang ini ialah kos bahan bakar yang sentiasa naik dan kualitinya p**a yang tidak menentu sekarang ini. Jom!! penulis hidangkan anda semua 10 tips bagaimana untuk jimatkan minyak yang sangat berkesan.
1) Selenggara (“Service”)
Pastikan kenderaan anda diselenggara mengikut SOP yang sebenar. Pantau keadaan 8 bahagian utama kenderaan anda boleh membantu menjimatkan 50% penggunaan bahan bakar.
2) Tayar
Sebelum memulakan perjalanan, isi angin tayar pada tekanan yang mencukupi. Wajib periksa angin tayar setiap 3-4 hari. Hal ini dapat membantu mengurangkan rintangan putaran tayar kerana kurangnya kadar geseran (“friction”) yang menjadi punca kereta menjadi berat, prestasi tayar akan memberi cengkaman yang kuat serta membantu menjimatkan kadar penggunaan minyak. Selain itu jangka hayat tayar pun boleh bertambah lama.
3) Memandu Dengan Kelajuan Optimum Serta Rancang Perjalanan
Apabila kita merancang baik perjalanan kita, secara tidak langsung kita akan memandu dengan lebih tenang, penuh hati-hati & kelajuan yang di bawa pun adalah pada kadar yang sangat optimum. Pemanduan pada kelajuan yang konsisten dapat menjimatkan kadar penggunaan minyak yang sangat tinggi serta berkesan. Sekali sekala bawa laju, nak memotong ke apa salahnya kan??
4) Tutup Tingkap Serta Pasang Aircond
Ramai yang beranggapan bahawa tutup aircond serta buka tingkap boleh menjimatkan minyak. Fakta ini tidak tepat!! Lainlah sekiranya anda ingin bersiar-siar menikmati udara yang segar, pemandangan yang indah sambil memandu di kawasan peranginan. Jika tidak, eloklah kiranya anda memandu dengan menutup tingkap dan pasang aircond supaya kereta tidak berat (factor aerodinamik). Kesudahannya kita akan dapati penggunaan minyak jadi lebih kuat dan ini telah terbukti kerana penulis yang mengalaminya sendiri. Lebih-lebih lagi memandu ulang-alik di lebuh raya.
5) Kaedah Brek Yang Sebenar & Jaga Jarak Selamat
Elakkan brek secara mengejut atau kerap menekan brek. Pasti ramai antara pemandu-pemandu yang alami perkara yang sama di mana bila kita brek secara mengejut, untuk meneruskan semula perjalanan itu perlu menekan minyak lebih sikit kerana perlu lebih kuasa & tenaga untuk menggerakkan kembali kenderaan yang tiba-tiba perlahan tadi. Jadi ini juga menyebabkan kadar penggunaan minyak semakin meningkat. Seeloknya fokus pada pemanduan dan jaga jarak selamat sekurang-kurangnya tidaklah kita sentiasa tekan brek secara mengejut dan dapat mengawal kelajuan kenderaan hanya bermain pada pedal minyak sahaja (lepas & tekan).
6) Prestasi Gearbox/Transmisi
Pastikan prestasi gearbox sentiasa berada dalam kondisi yang sangat mantap! Perkara ini menyumbang kepada peratus (%) penjimatan minyak yang sangat tinggi. Penulis akan kongsikan tips yang betul-betul berkesan untuk penjagaan gearbox nanti. So follow kami rapat-rapat ok!! Disaran guna minyak mengikut gred yang sesuai dengan gearbox. SOP penukaran minyak gearbox adalah setiap 40,000km (jika diselenggara dengan sangat baik). Tukar penapis (“filter”) gearbox, ini sangat penting! Sekiranya penapis besi ia boleh dicuci dan diguna semula. Jika penapis kertas perlulah ditukar. Kaedah ini membantu atasi masalah geseran tinggi pada kotak gear dan gandar.
7) Cuci Karbon/”Flushing”
Karbon wajib dicuci terutamanya di ruang pembakaran (“combustion chamber”). Kegagalan membersihkan karbon akan mengundang masalah kenderaan jadi “loss power” & penggunaan minyak yang sangat kuat seperti air yang mengalir. Proses ini perlu dilakukan pada setiap 40,000km berpandukan SOP yang sebenar.
Karbon terhasil daripada campuran udara & bahan api yang tak sempurna. Ia tidak boleh dibuang begitu sahaja. Ia hanya boleh dilakukan dengan membuat “Top Overhaul” pada enjin tersebut. Kos yang diperlukan untuk servis ini adalah sangat tinggi iaitu sekitar Rm 400 (petrol) manakala Rm 1900 (diesel). Pasti ramai yang tertanya-tanya tidak adakah cara yang lebih jimat lagi untuk cuci karbon ni?
Jawapan kami. Ya, pasti ada!! Penulis akan kongsikan tips yang sangat jimat & berkesan dengan anda semua nanti. Follow kami rapat yaa ~
8) Memilih Laluan Alternatif
Pemandu yang bijak akan sentiasa membuat pilihan untuk menggunakan jalan pintas agar jarak tempat yang dituju lebih dekat sedikit. Rancang waktu perjalanan juga amat penting supaya kita boleh elakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dapatkan maklumat untuk mengenal pasti bilakah waktu operasi jalan raya mula sesak & berapa anggaran masa yang diambil untuk tiba ke destinasi.
Walaubagaimanapun, ia bergantung p**a pada situasi bila mana kita terpaksa memilih laluan yang agak jauh sedikit demi mengelakkan kesesakan lalulintas. Sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan peratus (%) pembaziran minyak berlaku bila mana kita perlu memperlahankan kenderaan beberapa kali & terpaksa berhenti untuk tempoh waktu yang sangat lama dalam keadaan enjin yang sentiasa hidup. Berbanding jalan yang agak jauh sedikit sahaja, tetapi tidak sesak, perjalanan lancar, boleh memandu dengan kelajuan konsisten & efisien serta boleh jimatkan masa dan jimat minyak.
9) Catat Penggunaan Bahan Api Yang Digunakan Serta Kumpul & Tebus Mata Ganjaran
Sangat penting bagi kita untuk ambil tahu berapa banyakkah petrol/diesel yang telah digunakan oleh kenderaan kita. Paling mudah, simpan resit setiap kali mengisi minyak. Tujuan untuk rekod perbelanjaan terhadap bahan bakar yang digunakan & berapa mata ganjaran yang telah kita kumpul (*elak ditipu cashier yang acah-acah swipe kad). Set “Trip” atau meter pengiraan kilometer (“kilometer counter”) pada angka 0. Seterusnya catat jarak (kilometer) yang boleh kita capai dengan jumlah Rm yang telah kita belanjakan serta berapa liter petrol/diesel yang kita peroleh. Bacaan boleh kita dapat pada papan meter atau “meter panel” yang dipaparkan.
Sebagai contoh, jarak perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke Dungun, Terengganu adalah 400km dengan isian sebanyak 27.17 liter petrol. Kos yang perlu dibayar adalah Rm 50 sahaja. Bermakna dengan nilai Rm 50 kenderaan mampu berjalan sejauh 400km dengan isian 27.17 liter petrol dan sekiranya ada baki atau lebihan petrol dalam tangki serta boleh dapat lagi ekstra kilometer bererti kenderaan kita berada dalam keadaan jimat minyak (bergantung pada faktor-faktor yang tertentu). Kenal pasti faktor tersebut sebagai sumber untuk kita jimat minyak.
Kesimp**an di sini, dengan data yang diperoleh kita boleh mengawal perbelanjaan terhadap bahan bakar bagi kadar yang perlu sahaja. Di samping itu kita dapat memantau dan mengenal pasti sekiranya kadar perbelanjaan serta penggunaan bahan bakar itu menjadi tinggi. Masalah boleh dikenal pasti berdasarkan faktor pada tips no. 1 – no. 8 tadi atau sebaliknya. Akhir sekali, jangan terlalu sayang untuk kita tebus kembali mata ganjaran yang telah dikumpul selama ini dengan bahan bakar juga. Walaupun sedikit nilainya, besar impak & manfaatnya.
10) Guna Aditif Jimat Minyak Yang Sesuai (bebas Polimer & Metanol)
Tips terakhir untuk penjimatan minyak kali ini ialah pemilihan aditif yang betul sebagai alat untuk penjimatan minyak. Terdapat pelbagai aditif yang sedia ada jual di pasaran. Tidak semestinya harga yang mahal adalah yang terbaik kualitinya, manakala yang murah p**a rendah mutunya. Semua aditif ada pro & kontranya. Tapi tahukah anda ciri-ciri pemilihan aditif yang sebenar?? Adalah lebih bagus kita sebagai pengguna yang bijak untuk memilih aditif yang bebas Polimer iaitu sejenis bahan plastik yang boleh menyumbang kepada berlakunya “sludge” & tersumbat. Serta memilih aditif yang tidak mengandungi Metanol atau bahan-bahan penghakis. Hasil kajian penulis, produk aditif jimat minyak yang terbaik alaf 2021 ini ialah 3E Booster Fuel saver (www.3ebooster.my).
Kenapa 3E Booster? 3E Booster mengandungi teknologi Nano Emas Hidup di dalamnya di mana ia mampu meningkatkan RON/Euro, membersihkan “fuel injector”, memanjangkan jangka hayat palam pencucuh (“plug”), memberi 100% pembakaran sempurna, boleh membersihkan karbon secara perlahan-lahan, menjimatkan bahan bakar sehingga 30% - 45%, meningkatkan kuasa tujahan dan lain-lain lagi. Cara penggunaanya amat mudah hanya perlu picit sahaja ke dalam tanki petrol/diesel (sukatan yang sedikit pun sudah memadai), harganya p**a sangat relevan iaitu Rm 23.90 (1 botol/100ml) mampu milik & terbukti keberkesanannya! Produk ini juga telah disahkan oleh SIRIM, selamat digunakan & tidak mendatangkan sebarang kerosakan pada kenderaan dengan jaminan 0% risiko.