17/08/2024
Projek Pertanian Lada Cili Lestari di Kuala Pilah, Negeri Sembilan: Sebuah Kejayaan!
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kami dengan penuh rasa syukur ingin berkongsi kejayaan projek kami, "Memperkasa Komuniti Luar Bandar: Inisiatif Pertanian Lada Cili Lestari untuk Pertumbuhan Ekonomi" yang telah berlangsung di Kuala Pilah.
Projek ini bukan sahaja meningkatkan infrastruktur pertanian tetapi juga mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti tempatan.
Beberapa pencapaian yang kami capai:
1️⃣ Penglibatan Komuniti: Berjaya menarik penyertaan dari komuniti B40, wanita, belia, dan OKU, sekali gus menjadikan projek ini inklusif untuk semua.
2️⃣ Infrastruktur Pertanian yang Dipertingkatkan: Kami telah memperkenalkan teknologi fertigasi dan lain-lain inovasi yang menjadikan kerja-kerja pertanian lebih efisien dan selesa.
3️⃣ Latihan dan Pembangunan Kapasiti: Melalui sesi latihan dan bengkel, peserta kini dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menanam cili dengan lebih berjaya.
4️⃣ Promosi dan Kesedaran: Strategi promosi yang efektif telah berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pertanian lestari dalam kalangan komuniti tempatan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, dari pas**an kerja hingga komuniti Kuala Pilah yang memberi sokongan padu.Kami sangat berbangga dengan usaha kita bersama dalam mencapai matlamat pembangunan lestari (SDG) dan berharap kejayaan ini akan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Mari kita teruskan usaha ini untuk masa depan yang lebih baik! 🌶️💪