07/12/2022
ما شاء الله تبارك الله
ما شاء الله تبارك الله
Aturan Allah itu sangat indah.
Setiap yang terjadi punya hikmah.
Yakin dengan takdir Allah.
Hidup tak selalu bahagia...
Namun tak selama kekal hina.
Asal saja kita punya cinta...
Allah kan sentiasa ada untuk sang hamba..
Yang sentiasa mencari jalan pulang ke pangkuanNya.......
Ingat Allah hati jadi tenang.
Istiqamah dalam Ibadat.
Ada benda kita dapat kawal.
Ada benda di luar kawalan kita.
Qada dan qadar Allah itu seiring usaha manusia.
Namun pengakhirannya tetap kembali kepada keputusan mutlak-Nya.
Jika Allah kata "Tidak."
Itu bukan sebab Allah tak mahu bagi.
Tapi Allah lebih tahu ia tidak baik untuk masa depan. Bukan hanya untuk sekarang.
Bahagia kita dapat bukan hanya terhenti untuk sekarang, saat ini.
Tapi kita mahukan bahagia yang berpanjangan.
Bahagia dunia merentasi penghujung akhirat.
Maka..
Tiada dukacita lagi jika bersandar sepenuhnya kepada DIA.
Kerana yakin dan percaya.
Tidak pernah sia-sia segala aturan dan takdir yang terjadi.
Teruslah berjalan mencari cinta dan redha Ilahi.
Hati yang mencintai Allah
tiada cinta untuk manusia,,
Hanya Allah tahu segala perancangan dan kesudahannya,
Yakin dengan setiap aturan dan percaya dengan semua ketentuan pasti hati kita bahagia.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
سبحان الله والحمدالله ولا اله الا الله والله أكبر
Kredit:Juwan
Azaleas Indulgence