04/05/2017
SIAPA ITU PENILAI HARTA TANAH
Penilai harta tanah berperanan dalam memberi nasihat dan pendapat tentang nilai harta tanah. Selain itu penilai juga berperanan sebagai perunding harta, perunding projek dan penasihat dalam pelaburan harta tanah, pelelong harta dan pengurus bangunan. Dalam konteks ini, Penilai boleh memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembangunan harta tanah kepada ahli lembaga syarikat atau orang perseorangan yang inginkan nasihat tentang perkara yang melibatkan tanah dan bangunan dalam aspek sewaan, jual beli, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi.
PERANAN
Penilai harta tanah memberi perkhidmatan profesional dalam menilai kepentingan sesuatu harta tanah, loji dan jentera serta peralatan, pada suatu tempoh tertentu. Penilaian diperlukan untuk pelbagai tujuan termasuk:-
1. Penilaian aset
2. Penilaian berkanun
3. Penjualan atau pembelian pinjaman perumahan, gadai janji, jualan paksa (lelongan), rujukan mahkamah, penentuan sewa, penentuan pampasan bagi pengambilan tanah oleh kerajaan, insurans kebakaran dan lain-lain.
Kepakaran lain lebih istimewa melibatkan profesion penilaian termasuk yang berkaitan dengan penilaian hospital swasta, lapangan kapal terbang, hotel, perladangan, dan harta tanah khas seperti tanah lombong dan kuari, stesen minyak, kompleks membeli belah, bangunan binaan khas pejabat, loji dan jentera serta peralatan.