25/11/2025
Dalam bisnes takaful, orang hanya nampak hasil. Jarang ada yang nampak prosesnya;
1- keluar jumpa client walaupun penat
2- kena sidai cold market
3- kena reject proposal
4- follow up hari-hari walaupun bluetick je
5- record video 10x, x jadi2
6- invest di ads
Doa yang saya bisik setiap kali sebelum tidur, “Ya Allah, hantar aku client yang baik hati, permudahkan rezeki aku harini…”
Dan pagi-pagi buta saya bangun semula, paksa diri percaya:
Rezeki tak pernah salah alamat.
❤️ Buat semua client yang pernah percaya, saya nak ucap terima kasih dari hati yang paling dalam. Setiap kali anda pilih saya sebagai wakil takaful keluarga, itu bukan “sale”.
Itu amanah.
Itu rezeki.
Itu hadiah yang Allah kirim melalui anda.
Kalianlah sebab saya masih berdiri dan terus mahu bantu lebih ramai orang faham pentingnya perlindungan.
❤️ Buat family, terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya. Terima kasih sabar bila saya balik lambat, sibuk dengan follow-up, training, appointment. Doa kalian adalah tenaga saya.
❤️ Buat leader & team, terima kasih kerana tak pernah biarkan saya berjalan sendirian. Anda semua tarik saya bila saya lemah, angkat saya bila saya rasa tak mampu. Saya takkan sampai sini tanpa bimbingan dan teguran kalian.
Bisnes takaful bukan tentang jual polisi.
Ia tentang melindungi masa depan orang, memberi harapan baru, mengurangkan beban waktu paling gelap dalam hidup seseorang.
Reward ini bukan kejayaan saya seorang.
Ini tanda bahawa usaha, doa dan kepercayaan anda semua telah Allah balas dengan cara yang sangat indah.
Saya mungkin belum sempurna… tapi saya janji, saya akan terus belajar, terus improve, dan terus berkhidmat dengan hati yang ikhlas.
Moga Allah terus luaskan rezeki kita semua, berkati setiap langkah… dan jadikan perjalanan ini lebih bermakna dari sekadar angka.
Amin 🤍✨
Sisfaz
www.nazarulfazreen.my