23/12/2023
"MEMBAZIR JE PANGGIL PEST CONTROL, BAIK BUAT SENDIRI. TAK PAYAH NAK TEBUK LUBANG INJECT RACUN BAGAI."
Eh! Betul ke? Zasssss. Sentap Abang Pest pat saat.
Itu di antara pendapat dikalangan netizen yang biasa Abang Pest dengar. Mujur hati Abang Pest ni sado, kalau tak, mau Abang Pest terjun lombong gaya kuak lentang berirama haha.
Meh sini Abang Pest share nak serba sedikit info mengenai anai-anai yang korang dan kawan korang tak tahu. Ya lah, nama pun anai-anai, lainlah kalau roti canai, ya tak?
Serangan anai-anai sebenarnya bermula daripada dalam tanah. Ramai yang cakap "Saya nampak anai-anai ni attack kat kabinet je, so saya spray je la kat situ". Ya, memang itu yang korang nampak, yang korang tak nampak? Lainlah mata Abang Pest, ada power boleh tembus sampai ke lapisan paling dalam.
Kalau tak percaya, lepas korang spray kat tempat tertentu yang korang nampak ada anai-anai, biarkan seketika. Pasti akan ada semula atau serangan akan berpindah kat tempat lain. Anai-anai pun tahu tukar strategi tau.
Ini disebabkan korang hanya "mengacau" laluan anai-anai untuk membuat serangan. Seperti biasa selepas itu anai-anai akan membuat serangan baru di tempat yang sama atau di tempat yang lain.
Why? Meh Abang Pest tell you why. Serangan anai-anai ni bermula dari dalam tanah sebab itu korang kena buat rawatan anai-anai menggunakan kaedah inject racun dalam tanah.
Kaedah yang Abang Pest gunakan merupakan kaedah yang paling bagus serta racun yang merupakan racun yang terbaik dan diiktiraf. Abang Pest boleh buktikan kalau nak tengok.
Abang Pest nak pesan sebelum terlambat, sayangi harta benda korang daripada serangan anai-anai, kerana kerosakan dek anai-anai melibatkan kos yang berkali ganda tinggi jika tiada rawatan atau kaedah yang betul untuk merawatnya. Kalau live, boleh nampak muka Abang Pest pesan dengan penuh keseriusan dan kasih sayang time ni.
Faham ke idok? Penat tau Abang Pest membebel haha. Nanti jangan cakap Abang Pest tak umbrella. Abang Pest tunggu dan perati je ni.