02/01/2020
RISAU DGN PERSEDIAAN ANAK NAK MASUK DARJAH 1 TAHUN 2020 ???
Sesi persekolahan 2020 telah bermula.. Mungkin ada dalam kalangan ibubapa yang menganggap bahawa sesi persekolahan tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap anak-anak kerana mereka sudah terbiasa dengan keadaan di pra sekolah kan? Anda kena fikir balik kerana persekitaran pra sekolah dan sekolah rendah adalah hal yang sangat berbeza.
Jadi bagaimana persiapan ibu bapa untuk membawa anak melangkah ke alam persekolahan pada tahun 2020? Ini senarai yang ibu bapa perlu tahu!
1. PASTIKAN ANAK KENAL HURUF DAN TAHU MEMBACA WALAUPUN SEDIKIT
- Sebelum anak masuk darjah satu, pastikan dia tahu membaca dan mengeja walaupun sedikit. Pastikan anak anda faham operasi asas matematik seperti tambah tolak. Kalau dia boleh kuasai sikit-sikit, itu lebih baik. Sebab, silibus sekolah rendah semakin lama semakin susah. Jadi murid yang masuk dengan βzeroβ pengetahuan mungkin akan ketinggalan ke belakang.
2. AJAR ANAK KENAL WANG
- Ajar anak jangan beri murid lain wang yang anda bagi untuk dia berbelanja di sekolah.
- Ajar anak untuk beritahu jika ada kawan yang meminta duit daripadanya
- Ajar anak guna wang dengan baik dan tunggu hingga baki dipulangkan.
3. AJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS DENGAN BETUL
- Cara menggunakan tandas dengan betul. Hal ini kerana, terdapat fakta ada anak darjah satu yang berlari bogel untuk ke tandas tanpa rasa malu. Malah ada juga yang membuka seluar di luar pintu tandas, kemudian seluar/kain sekolah itu kotor akibat terkena air atau dipijak kawan yang lain.
4. MINTA ANAK JAGA BARANG DENGAN BAIK DAN AJAR DIA BERKONGSI
- Siapkan bekal makanan anak untuk di bawa ke sekolah. Kemudian minta dia berkongsi dengan rakan-rakannya. Selain itu, ajar anak menjaga barang persekolahannya dengan baik seperti warna pensil, alat tulis, buku dan pemadam. Jika ada kawan yang pinjam, minta dipulangkan semula.
Kini sesi persekolahan untuk tahun 2020 sudah bermula..
Masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan nanti.
INT3TREE JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH DARI IBU BUAT ANAK-ANAK AGAR MEREKA TAHU IBU BAPA MAHUKAN YANG TERBAIK BUAT KEJAYAAN MEREKA
.