22/02/2018
"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"
Assalamualaikum wbt.
Dalam hidup ini 2 perkara akan tetap berlaku kepada kita semua:
1. Sempat bersara
2. Tidak sempat bersara.
Kepada yang tidak sempat bersara, tahniah jika ada membuat perancangan lebih awal dengan syarikat2 penanggung insuran/takaful di luar sana. Jika tiada, hanya ucapan takziah sahaja kepada waris keluarga.
Namun berbeza p**a dengan yang sempat bersara. Persoalannya adakah jumlah persaraan dari skim persaraan wajib kerajaan/swasta atau mana2 instrumen simpanan anda itu mencukupi? Jika tak cukup sanggupkah anda bekerja sehingga badan tak larat nak berjalan tegak seperti biasa atau nak pergi kerja pun terpaksa menggunakan waze?
Nampakkan betapa pentingnya merancang PERSARAAN. Persoalannya sekarang bagaimana? Ramai penasihat2 di luar sana samada dari syarikat insurans/takaful ataupun agent unit amanah yang mempromosi plan persaraan. Tapi anda sendiri perlu tahu & faham bagaimana merancangnya. Berapa jumlah yang perlu ada.
Jangan risau. Disini saya sharekan untuk memberi kefahaman, kesedaran dan berkongsi serba sedikit ilmu kewangan untuk manfaat bersama. Apabila anda tahu jalannya, anda sendiri tentukan jalannya.
Okay.
Bagaimana Nak Merancang Persaraan Anda?Mari kita buat bersama. Saya singkatkan kepada beberapa langkah sahaja.
—————————————————————
LANGKAH 1 : Mengira Tempoh Sebelum Bersara
Perkara pertama sekali, anda perlu tahu bila nak bersara. Pada umur berapa. Umur persaraan sekarang ialah 60 tahun. Ada yang 55 tahun. Tak kisah lah berapa. Lain orang, lain perancangannya. Sebagai contoh, katakan anda ingin bersara pada umur 60 tahun.
Umur sekarang : 30 tahun
Umur Persaraan : 60 tahun
Tempoh masa sebelum bersara = Umur Persaraan – Umur Sekarang = 60-30 = 30 tahun
Jadi, tempoh masanya ialah 30 tahun lagi sebelum anda bersara.
—————————————————————
LANGKAH 2 : Menentukan Pendapatan Setahun Ketika Bersara
Apabila tiba masanya bersara. Ramai orang teruja untuk keluarkan duit persaraan wajib swasta. Dan ramai juga orang disekeliling yang tak sabar-sabar nak mengaku kawan dan saudara mara. Almaklumlah duit tengah banyak. Namun, kegagalan merancang dengan betul akan menyebabkan wang tersebut habis dalam masa yang singkat. Bayangkan anda telah bersara setahun. Wang persaraan wajib swasta pun dah habis. Bagaimana anda ingin teruskan kehidupan esok hari? Siapa nak tolong bayarkan makan minum esok hari?
Jadi penting untuk anda mengetahui bajet ketika persaraan. Justeru, mari kita kirakan pendapatan hari ini sebagai jumlah pendapatan yang diperlukan ketika persaraan.
Pendapatan Hari Ini : RM 3000
Pendapatan Setahun : RM3000 x 12 bulan = RM36,000
Untuk memudahkan perancangan, kirakan pendapatan untuk setahun terus.
————————————————————
LANGKAH 3 : Menentukan Jumlah Nilai Pendapatan Setahun Ketika Bersara
Inflasi menyusutkan nilai wang. Nilai RM1.00 hari ini lebih murah dari RM1.00 20 tahun yang lepas. Dengan mengandaikan kadar inflasi tahunan secara purata pada kadar 4% setahun, mari kita kira .
Pendapatan Setahun Ketika Bersara ( hari ini ) = RM36000
Katakan contoh kadar INFLASI setiap tahun = 4%
Dengan menggunakan financial kalkulator, selepas mengambil kira tempoh masa lagi 30 tahun @ hari persaraan anda, nilai wang bagi RM36,000 telah menjadi RM116,762. Lihat. Perbezaan yang sangat ketara hanya disebabkan INFLASI
Ingat ya.
—————————————————————
LANGKAH 4 : Menjana Pendapatan Setahun Persaraan Dari Pelaburan
Sekarang anda dah tahu berapakah pendapatan setahun yang diperlukan untuk bersara nanti. Persoalan seterusnya ialah berapa banyak wang persaraan diperlukan?
Kita teruskan,
Pendapatan Setahun Yang Diperlukan ketika bersara ialah sebanyak RM116,762.
Katakan dengan Kadar Dividen Pelaburan 8% setahun,
jumlah yang perlu ada untuk menjana pendapatan bersara adalah sebanyak RM1,459,525.
BERAPA???
RM1,459,525 inilah yang perlu ada semasa berumur 60 tahun nanti.
Memang banyak tu. Anda perlukan hampir RM 2 JUTA pada umur 60 tahun nanti. Barulah wang tersebut dapat menjanakan pendapatan setiap tahun untuk persaraan anda sehingga hujung nyawa malah boleh DIWARISKAN.
Jadi, adakah wang persaraan wajib kerajaan/swasta, insuran/takaful dan lain2 instrumen simpanan anda mencukupi? Itu baru yang bergaji semasa rm3000. Jika lebih dari itu berapa p**a jumlah yang diperlukan.
Boleh pm saya untuk maklumat lebih lanjut. Saya akan 'review' perancangan persaraan anda. InsyaAllah.