UbahSuai rumah MAMPU milik N9-Support kami-Kontraktor Bumiputera

UbahSuai rumah MAMPU milik N9-Support kami-Kontraktor Bumiputera Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UbahSuai rumah MAMPU milik N9-Support kami-Kontraktor Bumiputera, Business service, No 79 Kg Bukit Temiang, 70200, Ns, Seremban.

27/07/2022
04/11/2019

PAKEJ RENOVATION RUMAH BARU

*BASIC RM 20k*

- Siling Kapur Berbentuk Ruang Tamu, Ruangan Lain Tambah Cornice
- Tambah Table Top
- Wiring psg kipas lampu ( termasuk lampu deco )
- Grill satu rumah
- Pasang Curtain Rail

*MEDIUM RM 40k*

- Tambah Dapur Belakang 10x20 ( termasuk table top, wiring lampu kipas, sinki dua lubang, tingkap , pintu belakang, ceiling, bumbung atap genting)
- Pecah pintu sedia ada di blkg, buat laluan ke dapur, hacking mozek dapur sedia ada dan cat balik
- Siling Kapur Berbentuk Ruang Tamu, Ruangan Lain Tambah Cornice
- Wiring psg kipas lampu ( termasuk lampu deco )
- Grill satu rumah
- Pasang Curtain Rail

*ADVANCE RM 55k*

- Tambah Dapur Belakang 10x20 ( termasuk table top, wiring lampu kipas, sinki dua lubang, tingkap , pintu belakang, ceiling, bumbung atap genting)
- Kitchen Kabinet pilihan ( max bajet 10k) sekali hob & hod
- Pecah pintu sedia ada di blkg, buat laluan ke dapur, hacking mozek dapur sedia ada dan cat balik
- Siling Kapur Berbentuk Ruang Tamu, Ruangan Lain Tambah Cornice
- Wiring psg kipas lampu ( termasuk lampu deco )
- Grill satu rumah
- Pasang Curtain Rail..
SEBARANG PERTANYAAN..
Boleh hubungi Kami ditalian. 0165327607 EN.HALIM

“Berapa ramai yang kecundang sebab renovation rumah, akibat tak sediakan diri dengan ilmu?”Kalau Tok tanya, memang tak r...
04/11/2019

“Berapa ramai yang kecundang sebab renovation rumah, akibat tak sediakan diri dengan ilmu?”

Kalau Tok tanya, memang tak ramai la yang nak mengaku. Dan siapa yang pernah terkena, confirm korang tak nak ulang kesilapan yang sama.

Ada banyak perkara penting yang wajib kita buat sebelum buat proses renovation.

Buat korang yang tengah plan nak renovate rumah tu, hadamkan dulu perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor yang mantap ni.

Itu pun, kalau korang serius nak selamat dan nak elak daripada saja-saja ’bakar’ duit.

Takde siapa yang rela tengok duit ‘hangus’ macam tu je
Bagi memilih kontraktor untuk renovasi rumah, penting untuk kita tau beberapa perkara.

Sebaiknya, korang jangan tergesa-gesa untuk memilih kontraktor yang sesuai untuk renovasi rumah korang.

Sebelum korang buat keputusan melantik mana-mana kontraktor untuk urusan renovasi rumah, ada baiknya fahamkan dan ikuti tip ringkas yang saya senaraikan kat bawah ini :

Tip #1 : Siapa kontraktor yang patut anda gunakan?
Dapatkan beberapa senarai kontraktor yang berkelayakan, stabil dari segi kewangan, pengurusan syarikat dan sumber manusia, serta efisyen dan baik dari segi mutu kerja.

Buat survei dan dapatkan segala data, maklumat, track record, serta pengalaman kerja kontraktor-kontraktor tersebut.

Jangan hanya melantik kontraktor berdasarkan recommendation rakan atau ahli keluarga korang semata-mata.

Tip #2 : ‘Wajib’ ambil kontraktor yang bagi sebut harga yang rendah?
Dapatkan sebut harga dan cadangan pelan renovasi, serta spesifikasi untuk kerja-kerja renovasi daripada semua kontraktor tersebut.

Ingat. Tak semestinya korang pilih kontraktor yang berikan sebut harga (quotation) yang rendah.

Tapi yang penting adalah, sebut harga yang diberikan adalah berpadanan dengan cadangan dan kualiti kerja yang akan dilakukan.

Tip #3 : Buat satu kontrak untuk lindungi diri anda
Setelah korang pilih kontraktor yang paling berkelayakan, sediakan satu Kontrak Renovasi Rumah yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor tersebut.

Senaraikan jugak tanggungjawab dan hak korang terhadap kontraktor tersebut.

Sebaik-baiknya, lantik seorang peguam hartanah yang berpengalaman untuk sediakan Kontrak Renovasi Rumah korang.

Jangan kedekut untuk keluarkan duit yuran guaman peguam jika itu dapat melindungi hak dan kepetingan korang.

Kalau kerja renovasi ratusan ribu Ringgit korang mampu bayar, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan yuran guaman yang lebih kurang seribu dua je kosnya.

Tip #4 : Cukup ke lantik satu kontraktor?
Sebaik-baiknya, jangan lantik satu kontraktor untuk lakukan kesemua kerja renovasi keseluruhan rumah korang.

Lantiklah beberapa kontraktor berbeza, yang mahir dalam bidang kepakaran masing-masing.

Misalnya, untuk kerja-kerja pemasangan konkrit dan tiles, lantik satu kontraktor untuk kerja-kerja berkaitan wiring dan elektrikal.

Dan lantik lagi satu kontraktor yang lain, dan sebagainya. Ingat. Bukan semua kontraktor mahir dalam kesemua bidang pembinaan.

Tip #5 : Anda berhak untuk tamatkan kontrak secara eksklusif?
Pastikan di dalam kontrak tersebut memberikan hak secara eksklusif untuk korang tamatkan kontrak tersebut pada bila-bila masa, sekiaranya ada kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor tersebut :

Tak menepati cadangan pelan kerja dan spesifikasi seperti yang korang mahukan,
Tak mengikut mutu kerja dan sifat ketukangan yang korang kehendaki.
Tip #6 : Elak bayar secara lump sum kepada kontraktor
Jangan bayar kesemua harga kontrak sekali gus kepada kontraktor.

Sebaik-baiknya, bayarlah mengikut progres kerja.

Apabila kerja telah siap dan mematuhi segala pelan dan spesifikasi, serta mutu kerjanya juga memuaskan hati korang, barulah korang jelaskan bayaran tersebut.

Sebagai jaminan kepada kontrak yang korang ada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran kontrak tersebut, korang boleh buat bayaran harga kontrak tersebut kepada peguam korang sebagai stakeholder.

Dan peguam korang akan lepaskan bayaran tersebut secara berperingkat kepada kontraktor sebaik sahaja kerja-kerja di peringkat tersebut telah disiapkan.

Tip #7 : Perlu ke dapatkan resit daripada kontraktor?
Sila dapatkan resit atau sebarang bukti penerimaan bayaran daripada kontraktor tersebut untuk setiap bayaran progres yang telah dijelaskan.

Sebaik-baiknya, ambil gambar untuk setiap kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor tersebut sebagai rekod dan rujukan korang.

Tip #8 : Minta tempoh waranti kerosakan kat kontraktor
Minta daripada kontraktor tersebut tempoh waranti kerosakan, misalnya 2 bulan sebelum korang (atau peguam korang) lepaskan keseluruhan bayaran kontrak tersebut.

Bayaran progres terakhir hanya akan dilepaskan kepada kontraktor tersebut, setelah kesemua kerja disiapkan sepenuhnya mengikut pelan dan spesifikasi, serta memuaskan hati korang sebaik sahaja tempoh waranti kerosakan tu berakhir.

Sekiranya dalam tempoh waranti tersebut terdapat kerosakan, minta kontraktor korang membaiki kerosakan tersebut dengan segera, sebelum korang (atau peguam) boleh lepaskan bayaran progres terakhir tersebut kepada mereka.

Tip #9 : Apa nak buat kalau kontraktor gagal siapkan kerja?
Sekiranya di dapati kontraktor tersebut melanggar mana-mana terma dan syarat-syarat kontrak, korang boleh saja failkan Tuntutan Gantirugi di Tribunal Pengguna.

Kelebihan memfailkan tuntutan di Tribunal Pengguna adalah, ianya menjimatkan masa dan kos, prosedurnya yang mudah dan keputusannya akan dibuat dalam tempoh masa 40 hari daripada tarikh pemfailan tuntutan.

Tip #10 : Raikan hak anda sebagai seorang pelanggan
Yang penting, jangan terburu-buru dalam urusan perlantikan kontraktor.

Berfikirlah dengan tenang dan waras, serta fahami dan gunakanlah sepenuhnya hak korang sebagai pelanggan.

Ini kerana korang yang akan keluarkan wang. Jadi biarlah wang yang korang keluarkan tu, berbaloi dengan hasil yang diperolehi.



Bukan senang nak cari duit. Korang susah-susah kerja, tapi duit tu, boleh pulak ‘lebur’ macam tu je sebab tak cari kontraktor yang baik.

Cukup. Korang tak patut hadap masalah macam ni. Dan korang boleh senang-senang elak dengan adanya ilmu yang Tok kongsikan tadi.

Jangan pulak dah habis baca, tak amal. Selagi tak amal, sampai bila-bila pun korang takkan dapat rasa kesan ilmu ini.

27/10/2019
Pilih design yg menarik Dari syarikat Kami.. kualiti serta kecantikkan rumah anda adalah tanggunjawab Kami.
27/10/2019

Pilih design yg menarik Dari syarikat Kami.. kualiti serta kecantikkan rumah anda adalah tanggunjawab Kami.

note
11/07/2017

note

Ramai yang pernah tertanya2 apa benda yg diletakkan kat bumbung tu kan...☺

Macam mana ia berfungsi...😅

Guna elektrik ke x ni...

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

INI dinamakan TURBINE VENTILATOR

Fungsi turbine Ventilator

🌼 Menyedut mengeluarkan haba panas matahari yang terperangkap di dalam bumbung rumah keluar supaya haba panas dalam bumbung tidak meresap masuk kedalam rumah.

🌼 Pemasangan airvent(ceiling vent) pada ceiling abestos/ceiling kapur amat penting untuk membantu mengeluarkan haba panas dalam rumah keluar melalui ceiling yang dah di tebuk.

🌼 Tanpa Ventilator bahang panas tersebut masih di rasai walaupun kipas di pasang.

🌼(Ini kerana kebanyakan rumah dibina tanpa mengambil kira factor pengudaraan.)

🌼 Dengan ventilator udara dalam rumah lebih segar dan nyaman,serta mencegah bauan udara didalam bilik dan ruang tamu rumah.

🌼 Mengurangkan habuk dan sesuai untuk kanak2 yang ada asma

🌼 Anda akan rasai nyaman berada di dalam rumah walaupun di waktu matahari panas terik,

🌼 Selesa di waktu malam,Kerana bahang panas tidak di rasai,membuatkan anda tidur nyenyak sepanjang malam..

🌼 Melindungi syiling kapur dan syiling abestos rumah daripada merekah dan kekuningan kerana kepanasan haba matahari

JUMLAH UNIT TURBINE VENTILATOR UNTUK SEBUAH RUMAH BERGANTUNG KEPADA SAIZ RUMAH TERSEBUT,

Tidak menggunakan elektrik Hanya mengguanakan kuasa angin sahaja...

Jaminan sehingga 15 tahun...

Bukan rumah je tau banyak kilang2 pun guna...

09/07/2017

Perhatian....

+ Tidak ada masa untuk membersihkan halaman rumah sendiri?
+ Mencari tukang mesin rumput bumiputera?
+ Hasil kerja yang sgt memuaskan?
+ Boleh dtg mesin rumput setiap bulan?
+ Harga yg berpatutan?

Anda adalah yang kami cari...

Dengan perhidmatan yang kami sediakan ini adalah untuk membantu tuan2 yg sedang mencari2 tukang pembersihan kawasan rumah dgn harga yg berpatutan dan hasil kerja yg memuaskan..

diantara lain perhidmatan kami adalah :-

+ Tebang pokok
+ Trim bunga halaman rumah
+ Racun rumput
+ Mengecat rumah

jika anda berada di kawasan
+ Senawang
+ Ampangan
+ Sendayan
+ Mambau
+ Seremban 2
+ Sikamat
+ Rasah
+ Taman tungku jaafar

boleh hubungi kami untuk mendapatkan perhidmatan yg kami sediakan.
01137831880(halim).

Address

No 79 Kg Bukit Temiang, 70200, Ns
Seremban
71450

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60165327607

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UbahSuai rumah MAMPU milik N9-Support kami-Kontraktor Bumiputera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share