Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rahang

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rahang NADI Rahang
Buka setiap hari kecuali cuti umum
9.00 pagi - 6.00 petang

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI RAHANG PADA 25/08/26 SEMPENA CUTI UMUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.TARIKH PENUTUPAN : 25...
24/08/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI RAHANG PADA 25/08/26 SEMPENA CUTI UMUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.

TARIKH PENUTUPAN : 25/08/26
HARI : SELASA

NADI RAHANG AKAN BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA 26/08/26
RABU.
SEKIAN HARAP MAKLUM

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 Sempena sambutan Kemerdekaan ke 69 ynag mendokong tema “ Malaysia MADANI: Kesejahteraan ...
21/08/2026

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026

Sempena sambutan Kemerdekaan ke 69 ynag mendokong tema “ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” , Pihak NADI Rahang akan mengadakan Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 di pejabat NADI Rahang.
Sehubungan dengan itu pihak kami menjemput semua ahli komuniti Taman Bukit Chedang, Kampung Baru Rasah, Kampung Datuk Mansur, Kampung Bukit Chedang, Kampung Pondok dan semua warga penduduk di dalam Dun Rahang untuk menjayakan program Senam Sihat MADANI Merdeka ini.

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 akan dijalankan secara serentak di NADI seluruh negara dan pihak kami menyasarkan rekod Malaysian Book of Record untuk program ini.

Butiran Program seperti berikut:
Tarikh : 29 Ogos 2026
Masa : 8.00 – 10.00pagi
Lokasi : *NADI Rahang
No 402 Jalan Kenanga 1,
Taman Bukit Chedang
Seremban, Negeri Sembilan*

Agenda Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
~ Senaman Ringan
~ Saringan Kesihatan

Semua dijemput hadir
Unrtuk keterangan lanjut boleh hubungi
En Rizwan – 01133165298
www.wasap.my/601133165298/senamsihat

Jom kita ramai-ramai mendaftar sebagai Ahli Nadi. Pelbagai manfaat disediakan kepada ahli-ahli Nadi.Antara perkhidamtan ...
14/08/2026

Jom kita ramai-ramai mendaftar sebagai Ahli Nadi. Pelbagai manfaat disediakan kepada ahli-ahli Nadi.

Antara perkhidamtan yang disediakan
i) Program Nadi Mahir
- Mahir Jahit
- Mahir Baiki Gajet
- Mahir Foto
- Mahir Masak
- Mahir Pertanian Pintar
- Mahir Prompt engineer
- Mahir Program Excel

Selain dari itu juga di NADI anda boleh membuat pemeriksaan kesihatan kendiri SECARA PERCUMA untuk semua ahli NADI dan boleh mendapat telekonsultansi dengan para Doktor secara percuma.

Jap-jap ada lagi, bagi anak-nak serta adik2 kami juga ada menawarkan Program Tuisyen Rakyat untuk semua para pelajar. Tuisyen Rakyat... wow mcm menarik...apa yg pelajar boleh dapat? Di NADI Tuisyen Rakyat dijalankan secara ONLINE dimana para pelajar akan dibimbing oleh guru-guru secara online, dan program ini dijalankan SECARA PERCUMA. Ye betul SECARA PERCUMA...

Oooi banyak betul ye program yg dijalankan di NADI ni yer...Eh.. ada lagi... Kalau korang nak tahu apa lagi program yg ditawarkan di NADI sila kunujungi NADI yg berhampiran dgn tempat korang.

JOM kita NADI RAHANG....


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

📚 Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

👕 Program Pakaian Sekolah NADI
✅ Harga istimewa untuk Ahli NADI
✅ Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
✅ Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
✅ Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

📍 Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
📱 Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
✋🏻 Malaysia Madani




14/08/2026

Usaha Nadi dalam membantu komuniti setempat menerusi Program2 Mahir yang ditawarkan. Semoga usaha ini dapat diteruskan dengan lebih meluaskan lagi.


11/08/2026

🇲🇾 Semarakkan Bulan Kebangsaan! Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat kemerdekaan dan jadilah rakyat Malaysia yang patriotik! ❤️

Cintailah Negara Kita MALAYSIA

11/08/2026

Bijak mengunakan Sos Med dan Internet. Klik dengan bijak

11/08/2026

Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori bagi Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar (Penentuan No. 1 Tahun 2026) yang dikeluarkan oleh MCMC pada 26 Februari 2026 turut mengawal selia proses pendaftaran bagi golongan bawah umur.

Langkah ini membantu memastikan ibu bapa mengetahui kad SIM yang digunakan oleh anak-anak mereka, di samping melindungi anak-anak mereka daripada penyalahgunaan, penipuan dan pendaftaran kad SIM tanpa kebenaran yang sewajarnya.

Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan mendaftar Kad SIM Prabayar. Bagi yang berumur 12 hingga 17 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran bagi pihak mereka.

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirnya...
10/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026
KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali
menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam
sektor agromakanan negara di satu lokasi.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang
meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan,
perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik
yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi,
persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya
dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran
pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan
industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my [4]
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)









10/08/2026
Alhamdulillah. Terima kasih YB dan semua warga NADI Malaysia. Ia bukan sahaja penjualan baju semata-mata, tapi satu insp...
10/08/2026

Alhamdulillah. Terima kasih YB dan semua warga NADI Malaysia. Ia bukan sahaja penjualan baju semata-mata, tapi satu inspirasi untuk membangunkan satu produk yg dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia. Sekali lagi TAHNIAH kepada NADI Malaysia, hasil dari pembelajaran secara online, telah dapat melahirkan para usahawan dalam menghasilkan baju sekolah ini, dan ini sangat penting kerana para pelajar bukan Sahaja belajar tanpa mempraktikkan segala ilmu yg dipelajari. Tetapi hasil dari pembelajaran inlah para peserta NADI Mahir telah menterjemahkan kedalam bentuk produk yg berkualiti tinggi. TAHNIAH diucapkan kepada semua petugas NADI Malaysia dlm membantu meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia.


Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

Address

402-G, Jalan Kenanga 1, Taman Bukit Chedang
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601133165298

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rahang:

Shortcuts

Share