24/11/2025
🚨 Musim Banjir:
Peringatan Untuk Rakan Niaga Mesin Sabun Top Up
SEMUA Brand dipasaran.
Kawan-kawan, beberapa negeri dah mula banjir.
Tolong ambil langkah awal:
1️⃣ Utamakan keselamatan diri & keluarga.
2️⃣ Cabut semua plug mesin dan tutup suis utama kalau kawasan berisiko.
3️⃣ Naikkan mesin & stok sabun ke tempat tinggi.
4️⃣ Kalau mesin di kedai orang, maklumkan SOP ringkas – jika air naik, cabut plug & alihkan.
5️⃣ Ambil gambar sebelum/selepas untuk rujukan jika rosak.
6️⃣ Update pelanggan jika operasi dihentikan sementara.
Semoga semua selamat. Jaga diri & sama-sama kita elak kerugian. 🙏🏼💧