30/07/2020
APA ERTI PENGORBANAN TANPA KITA SANDARKAN KEPADA ALLAH SWT??
Bila tiba Hari Raya Aidil Adha, perkara pertama yang masuk adalah peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam melaksanakan perintah Allah.
Kalau kita ikut baik-baik kisah Nabi Ibrahim AS:
1. Nabi Ibrahim AS meninggalkan isterinya Siti Hajar dan juga anaknya Ismail (Nabi Ismail AS) di kawasan yang tandus, gersang dan tak ada seorang pun manusia di situ.
2. Siti Hajar terpaksa bertungkus-lumus mencari air demi anaknya Ismail dan akhirnya pengorbanan beliau Allah SWT balas dengan terjumpa mata air (Air Zam-Zam)
3. Bila Nabi Ibrahim AS kembali bertemu anaknya Nabi Ismail AS, Allah perintahkan untuk sembelih Nabi Ismail AS sebagai bukti keimanan mereka bedua
Kalau kita fikir secara logik, kesemua ini memang tidak masuk dek akal manusia namun disebabkan jelas ketaatan mereka kepada Allah, mereka harung juga kerana yakin dengan Allah SWT.
Tapi akhirnya apa yang mereka dapat dari kesudahan semua ini? Ganjaran Allah yang berlipat ganda juga tak termasuk oleh akal fikiran.
Apa yang ingin saya sampaikan, dalam hidup kita, dalam hubungan keluarga, dalam bisnes, semua perkara perlukan pengorbanan, semua perlukan kita korbankan sesuatu demi nak capai sesuatu yang kita inginkan.
InsyaAllah semoga kedatangan Hari Raya Aidil Adha ini merupakan satu muhasabah kita terhadap tahap pengorbanan kita dari segi tindakan, masa untuk menuntut ILMU dan wang ringgit yang kita laburkan untuk masa depan, mendapat perhatian Allah SWT dan diberi balasan yang berlipat ganda.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1441 HIJRAH.
Semoga Allah menerima amal-amal kami semua, InsyaAllah Amin..