Laundry Star 24H Self Service Laundry - Univ360 Serdang, Sri Kembangan

Laundry Star 24H Self Service Laundry - Univ360 Serdang, Sri Kembangan We R 24 Hours Self Service Laundry, We Also Take Drop Off & Fold Service

17/05/2022

HASIL KAJIAN MESIN BASUH
Pagi tadi saya terbaca satu perkongsian oleh Saudari Nor Nur berkenaan perbahasan mesin basuh dan pakaian bernajis. Ia adalah rumusan dari satu pembentangan kertas kerja oleh Dr. Hapiz Kodiang berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan M***i P. Pinang.
Setelah selesai menonton keseluruhan pembentangan kertas kerja tersebut, bolehlah saya tambahkan beberapa point penting lain yang mungkin tidak dimasukkan ke dalam penulisan berkenaan untuk memberi lebih kefahaman kepada mereka yang tak sempat menontonnya.
1. Fatwa keharusan menggunakan mesin basuh untuk terus mencuci pakaian bernajis ini adalah hasil kajian oleh pakar dari bidang syariah, bidang kimia dan juga bidang sains gunaan.
2. Kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kewujudan najis selepas basuhan adalah menerusi kajian sains forensik DNA.
3. Sampel yang digunakan dalam kajian adalah darah manusia, najis budak dan air kencing. Kategori najis mutawassitah yang sering dihadapi oleh masyarakat.
4. Medium yang digunakan p**a adalah fabrik dari jenis kapas biasa yang berpoket dan fabrik tebal jenis denim. Mewakili fabrik yang sering digunakan oleh kebiasaan masyarakat di kuar sana.
5. Mesin basuh yang digunakan p**a adalah jenis domestik top load jenama Sharp 8kg Fully Auto Washing Machine Washer Es818x dan mesin basuh kedai layan diri front load Electrolux 5th-Generation W5130S. Manakala cecair pencuci yang digunakan adalah jenama Dynamo.
6. Mod basuhan yang digunakan pada mesin basuh adalah mod standard manakala mesin layan diri menggunakan modnya yang telah ditetapkan. Oh, pakaian bernajis tersebut juga dibasuh bersama pakaian lain.
7. Dikatakan sebanyak 5ml sukatan darah manusia telah digunakan bagi setiap sampel. Manakala najis budak yang digunakan juga jelas kelihatan ainnya.
8. Sampel diuji sebaik sahaja basuhan selesai tanpa ada apa-apa campur tangan pengeringan dari matahari yang mungkin boleh merosakkan hasil dapatan dari sampel.
9. Hasil dapatan menunjukkan pakaian yang bernajis ain telah menjadi suci setelah dibasuh menggunakan mesin basuh domestik dan mesin basuh layan diri. Dengan kata lain, tiada langsung kesan najis yang tinggal selepas dicuci dengan mesin tersebut.
10. Jika ada pihak yang ingin menyangkal kajian ini, diminta untuk mendatangkan kajian yang lebih ilmiah, terperinci dan saintifik yang menafikan hasil di atas.
11. Mesin basuh yang biasa digunakan oleh orang ramai sama ada di rumah atau di kedai dobi layan diri sudahpun bermazhab Syafie di mana air yang akan mendatangi pakaian bernajis dan bukan pakaian bernajis yang mendatangi air. Yakni, kita yang memasukkan pakaian bernajis terlebih dahulu, barulah air masuk untuk mencucinya.
12. Mesin basuh ini juga bermazhab Syafie kerana telah menepati kaedah taharah yang sepatutnya iaitu air basuhan disalin dengan beberapa kali bilasan.
13. Hasil kajian juga mendapati sampel darah pada pakaian memang sukar dihilangkan melalui basuhan biasa. Namun ujian mendapati pakaian tersebut telahpun suci dari segala DNA najis apabila dibandingkan dengan sampel kawalan. Ini bermakna jika kesan warna darah sahaja yang masih tinggal, sedangkan bau dan rasanya sudah pun hilang, maka ia sudah pun suci dan warna tersebut dimaafkan. Ianya selari dengan pendapat ulama silam.
14. Harus juga bagi orang Islam untuk menggunakan mesin basuh di kedai dobi layan diri walaupun turut digunakan oleh orang bukan Islam. Selagi mana kita tidak melihat sendiri dan mempunyai keyakinan bahawa ada najis mughallazah pada pakaian yang dibasuh oleh mereka.
15. Tidak dinafikan bahawa basuhan secara tradisional adalah terlebih baik dan terlebih meyakinkan dalam menghilangkan najis. Namun kajian ini lahir dari perbahasan berdasarkan realiti semasa dan praktikaliti umum masyarakat di luar sana.
Semoga dengan ini terhilanglah dzan-dzan dan segala syak wasangka yang sentiasa menghantui kita selama ini.
Akhir kata, walaupun kita masih mengambil jalan berhati-hati dengan membuat basuhan yang sewajarnya, namun kajian ini merupakan satu rahmat buat mereka yang 'susah' di luar sana.
Mungkin ada yang anaknya ramai, ibu tunggal, hanya ada mesin basuh di kedai, kurang pendedahan dan lain-lain lagi yang tak senasib dengan kita. Dan sekurang-kurangnya masing-masing dah boleh berlapang dada.

Link video:
https://www.facebook.com/971387613008936/posts/1803590453121977
Wallahu'alam.

Artikel panjang lebar oleh Bijen Mohd

Musim hujan ni, jom la ramai2 mencuci di sini... 😊😊😊Yg pasti cuba dlu, bersih, wangi, gebu, licin...
26/01/2017

Musim hujan ni, jom la ramai2 mencuci di sini... 😊😊😊

Yg pasti cuba dlu, bersih, wangi, gebu, licin...

29/10/2016

Dah mencuci pakaian hari ni? Jemput la dtg ke LaundryStar🌟 kami di Univ360!! Cuba detergent kami/softner kami. Wangiiii...😊 Kami hanya menggunakan yg terbaik🌹🌹🌹!!!!

Jom beramai2..!!!

Hati2 warga Serdang. Kes pecah mesin urut di Laundry StarUniv 360 Serdang. Penyangak masih berleluasa.
24/09/2016

Hati2 warga Serdang.

Kes pecah mesin urut di Laundry StarUniv 360 Serdang. Penyangak masih berleluasa.

Mendobi & bersantai2.... Selesanya...😊
17/07/2016

Mendobi & bersantai2.... Selesanya...😊

18/04/2016
✨EVERY WEEKEND DROP OFF SERVICE✨Assalammualaikum/Slm Sejahtera,Latest info for our valued customers out there😏Starting 1...
13/04/2016

✨EVERY WEEKEND DROP OFF SERVICE✨

Assalammualaikum/Slm Sejahtera,

Latest info for our valued customers out there😏

Starting 16 & 17 April 2016 (Saturday & Sunday)
------------------------------------------------
🎀EVERY WEEKEND SPECIAL🎀
🎀DROP OFF SERVICE🎀
🎀9.00am-6.30pm🎀

Just bring yr things, drop off, we wash, we dry, we fold for u or just ask us to do d only service u need.

Do call/wassap for further info.
--------------------------------------------------
🌟 Jai - 0123772642
🌟 Jef - 0172434642
--------------------------------------------------

~Your convineance is our priority~
~TQ for your good support~

Regards,
LS Team🌠

Tq.

Penduduk sekitaran Serdang & Resident Putrajaya (P16, P17, P18 & sekitaran)---rasa malasnye arinih nk basuh kain, toto, ...
19/03/2016

Penduduk sekitaran Serdang & Resident Putrajaya (P16, P17, P18 & sekitaran)---rasa malasnye arinih nk basuh kain, toto, comforter pn dh lama tak basuh eaa... call la kami, door to door kami bagi.... 012-3772642 / 012-345 7141 / 012-636 7141. Hehe...

Meriah arini kite.. Jom la cuba✌️⭐️

In promo price--all machine RM3.00 only!!✅
Free detergent✅
Free softener✅
Free wifi✅
Free laundry bag 4 1st time customer✅
Comfortable fold area... Selesa nye...✅

✨✨✨✨✨✨

Come n try---call n try✨
19/03/2016

Come n try---call n try✨

Utk warga Putrajaya😀
17/03/2016

Utk warga Putrajaya😀

COMING SOON 🤔 EVERY WEEKEND PROMO!!✅less yr household loads😪😪😴😴✅enjoy yr weekend💅🏻💅🏻✅ spend more time with yr family n f...
15/03/2016

COMING SOON 🤔 EVERY WEEKEND PROMO!!

✅less yr household loads😪😪😴😴
✅enjoy yr weekend💅🏻💅🏻
✅ spend more time with yr family n frenz💅🏻🏌🏊

⭐️U DROP
⭐️WE WASH ⭐️ WE DRY ⭐️ WE FOLD
⭐️U TAKE

Wait for d charge update✌️✨

TQ

Address

Univ 360 Serdang Jaya
Seri Kembangan
43300

Telephone

+60123772642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laundry Star 24H Self Service Laundry - Univ360 Serdang, Sri Kembangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share