14/09/2019
PERHATIAN!! Kementerian Kesihatan dah bagi warning kepada semua rakyat Malaysia yang dilanda Jerebu sekarang!
KL, Selangor, Perak sekarang dilanda jerebu yang agak teruk. Terutama sekali sekitar KL dan Selangor.
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk hentikan segala aktiviti luar termasuklah bermain bola padang, berjalan kaki di tengah bandar.
Keadaan jerebu dikatakan sangat teruk seperti yang pernah berlaku bebrapa tahun lepas. Serammm betol
Yang dekat rumah wajib tutup tingkap dan pasang pendingin hawa untuk elakkan segala debu dan asap daripada memasuki ruang rumah. Lagi elok kalau pakai Air Filter Coway tu. Tapis terus udara dalam rumah.
Tolong sangat sangat banyakkan minum air masak buat masa sekarang dan kurangkan air bergula. Tubuh kita cepat dihydrated tengah panas ni. Kalau air tak cukup korang boleh pengsan ataupun lebih teruk dapat strok haba.
Kalau boleh cuba elakkan merokok dalam rumah. Dalam luar dah berasap, takkan dalam rumah pun nak berasap. Sekejap je sementara jerebu tengah 'panas' sekarang.
Kalau ada rasa pening atau sesat nafas secara tiba tiba, sila pergi ke klinik atau hospital berdekatan dengan segera. Takut habuk jerebu dah masuk paru paru korang. Boleh bawa mauttt kalau tak rawat cepat cepat.
Tolong share kepada semua yee. Kalau boleh tag orang tersayang. Shams nak pergi beli mask dekat 7E kejap. Mata pun dah kelabu ni. 😥