17/09/2026
KAMI HAMPIR KENA SCAM RM72K!!
Alhamdullillah, syukur pada Allah.
Ni cerita baru sgt lepas, kami hampir ditipu hampir RM72k lebih. Ceritanya panjang tapi kami ringkaskan untuk pengajaran semua.
Sekitar awal September lepas, ada satu client yg menggunakan profile pegawai kerajaan dari yang minta kami untuk uruskan team building pada 11-12 September 2026 yg mana kurang 2 minggu saja dan bayaran melalui LO sepenuhnya.
FYI, TIDAK MENERIMA pembayaran secara LO melainkan client boleh terus berurusan terus dgn pihak hotel kerana itula praktis yg sepatutnya dari agensi kerajaan dan hotel boleh membuat bayaran semula kpd selepas bayaran diterima.
Since kami xpernah ambil program menggunakan LO, kami terus spam satu persatu geng2 hotel, tanya ada tak yg berminat untuk ambil job ni, bayar melalui LO tetapi urusan program tetap melalui , dan lebih 4 hotel setuju, ada yg offer, boleh tunggu payment dari genbijak selepas event tanpa ada bayaran tambahan, masyaAllah, ni la nilai sebuah KEPERCAYAAN vendor kepada kami di .
Sampaila satu pagi sekitar jam 2.30pg, kami tergerak hati nak tengok balik semua perbualan bersama scammer bodoh tahap dewa yg jenis tak tau HALAL HARAM ni melalui ws. Ada beberapa benda yg kami suspicious dan buatkan instinc kami bertambah kuat yg individu itu adalah SCAMMER. Pagi tu juga kami call KDN melalui official no di website KDN dan sahkan betul2 siapa individu ni.
Ternyata betul sangkaan kami, surat dan segala dokumen yg diberi bukan dari KDN, tapi dari individu SCAMMER ini, dan kami mohon maaf xboleh nak share apa perkara2 yg buatkan kami suspek sebab yg pasti, scammer bodoh tahap dewa yg jenis tak tau HALAL HARAM ni akan baca dan akan tambah baik next time! so sapa2 yg nak tau apa yg buatkan dia ni kantoi, boleh DM kami ya.
Alhamdullillah, kami dah update balik dgn hotel yang program tak jadi, dan dah dapat update secara official pengesahan dari pejabat KDN sendiri, pun kami forward terus ke hotel. Kami tak anggap TAKDE REZEKI tapi anggap, ALLAH akan bagi REZEKI YANG LEBIH lepasni, syukur sebab tiada mana2 pihak perlu tanggung kerugian. Bayangkan kalau kami proceed program, total hampir RM72k ++ kos kami tidak sebesar kos hotel, mereka dah tanggung rugi awal2 dgn penyediaan makan dan tempat tinggal untuk 58 pax guys!
Akhir kata, berhati2 bila kita berurusan melalui PO @ terima bayaran selepas event. Jangan kita jadi PENGEMIS dan paling buruk, kita dah umpama menganiaya rakan2 sinergi yg lain, TRAINER, HOTEL tidak dibayar! Alhamdullillah, Allah masih memberi akal yang waras, amanah dan tanggungjawab kepada kami dalam menjalankan tugas sebagai TRAINING PROVIDER. Syukran!
Kami kepilkan no telefon scammer ni di bawah, mana2 TP @ KONSULTAN yang nak share, boleh silakan jangan bagi scammer bodoh tahap dewa yg jenis tak tau HALAL HARAM terlepas begitu saja. Kami pun dah buat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan. Kepada scammer bodoh tahap dewa yg jenis tak tau HALAL HARAM semoga apa yang kau buatni, akan dibalas oleh Allah satu persatu di dunia dan akhirat, amin.