29/09/2026
โโจ COFFEE TALK: WANITA INOVASI DIGITAL & HOME BASED BUSINESS โจโ
Wanita hari ini bukan sahaja pengurus keluarga, tetapi juga mampu menjadi usahawan yang membina perniagaan dari rumah! ๐ช๐ท
Serian Digital Innovation Hub (DIH) berbesar hati menganjurkan Coffee Talk: Wanita Inovasi Digital & Home Based Business, yang menampilkan Mdm Taziah bt Daimon, seorang suri rumah, seorang ibu, bekas penjawat awam dan sekarang menjadi pengusaha home-based business sebagai speaker jemputan.
Melalui sesi perkongsian ini, peserta mendapat pendedahan mengenai pengalaman sebenar membina perniagaan dari rumah, penggunaan platform digital untuk mempromosikan produk, berinteraksi dengan pelanggan serta peluang menjana pendapatan melalui perniagaan berasaskan digital.
Perkongsian pengalaman dan cabaran sebenar daripada speaker turut memberi inspirasi kepada peserta untuk lebih yakin meneroka bidang keusahawanan menggunakan kemahiran, minat dan sumber yang sedia ada.
๐ฑDaripada rumah, bermula dengan kemahiran. Dengan digital, berkembang menjadi peluang.
Terima kasih kepada Mdm Taziah Daimon atas perkongsian yang bermakna dan kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan sesi Coffee Talk ini. โค๏ธ