IMI Supplies SDN BHD

Call Directions Contact the business

IMI Supplies SDN BHD WE RECRUIT, TRAIN & EMPOWER YOUR MANPOWER! WE EMPOWER YOUR MANPOWER! We will take care of everything for you from planning to sourcing of a dedicated workforce.

IMI Supplies is dedicated to providing exceptional manpower that surpasses the standards set by most industries. Whatever your needs, we are here to EMPOWER YOUR MANPOWER.

  #๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก: ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฆ๐—– ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—–๐—ฌ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Sumber Manusia ...
29/09/2026


#๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก: ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฆ๐—– ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—–๐—ฌ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Sumber Manusia (OSC KESUMA) akan berpindah ke lokasi baharu di Cyberjaya, Selangor berkuat kuasa 5 Oktober 2026 (Isnin).

๐Ÿ“ Lokasi baharu:
CV23A, Level 6, South Wing, Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Antara perkhidmatan utama yang disediakan termasuk:
๐Ÿ”น Permohonan kuota baharu
๐Ÿ”น Permohonan pertukaran majikan
๐Ÿ”น Pengesahan dokumen (Certified True Copy) Surat Kelulusan Bersyarat (SKB)

Majikan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan lokasi dan jadual temuduga boleh mengimbas kod QR seperti yang tertera pada poster.

  #1,476 WARGANEGARA MYANMAR DIPULANGKAN SECARA SUKARELAKementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama kementerian dan ...
29/09/2026


#1,476 WARGANEGARA MYANMAR DIPULANGKAN SECARA SUKARELA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan telah melaksanakan Fasa Pertama Program Penghantaran Pulang Tahanan Warganegara Myanmar pada 29 September 2026, melibatkan seramai 1,476 individu. Pelaksanaan ini dibuat secara teratur, selamat dan bertanggungjawab melalui penyelarasan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Myanmar.

โ€œKerajaan memastikan setiap proses penghantaran p**ang dilaksanakan secara tersusun, berperingkat dan sukarela dengan mengutamakan keselamatan, kemanusiaan serta tadbir urus yang bertanggungjawab.โ€
โ€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Program ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Kerajaan dalam mengurus warga asing dan tahanan imigresen secara lebih teratur, berasaskan undang-undang serta proses pengesahan yang ditetapkan. Setiap individu yang terlibat dikenal pasti dan melalui proses dokumentasi, keselamatan serta penyelarasan logistik sebelum penghantaran dilaksanakan.

Pelaksanaan secara berperingkat membolehkan aspek pengenalpastian, dokumentasi, penerimaan, keselamatan dan logistik diselesaikan bagi setiap kump**an. KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan meneruskan penilaian dan penyelarasan sebagai persediaan bagi fasa seterusnya, tanpa mendahului keputusan yang akan dimuktamadkan bersama pihak berkaitan.

Sumber: Kenyataan Media Kementerian Dalam Negeri, 29 September 2026

   MEDIAMASALAH LEGASI PELARIAN MYANMAR: FASA PERTAMA PENGHANTARAN PULANG 5,000 INDIVIDU DIMUKTAMADKAN SECARA TEGAS DAN ...
29/09/2026


MEDIA

MASALAH LEGASI PELARIAN MYANMAR: FASA PERTAMA PENGHANTARAN PULANG 5,000 INDIVIDU DIMUKTAMADKAN SECARA TEGAS DAN BERPERADABAN

1. PUTRAJAYA, 29 September 2026 โ€“ Selama berpuluh tahun, isu kehadiran pelarian asing di Malaysia, khususnya dari Myanmar yang merangkumi lebih 95 peratus daripada keseluruhan pelarian, telah berlarutan tanpa penyelesaian yang tuntas. Kepincangan masa lalu ini telah menjadi beban kewangan yang besar kepada negara, mencetuskan krisis sosial yang serius, serta mewujudkan ancaman keselamatan yang nyata kepada rakyat Malaysia.

  #๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿฐ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š   TEMERLOH dan KUANTAN 22-23 September 2026 - 68 or...
29/09/2026


#๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿฐ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š

TEMERLOH dan KUANTAN 22-23 September 2026 - 68 orang warga asing pelbagai warganegara telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang dalam operasi penguatkuasaan di Daerah Temerloh dan Kuantan, Pahang.

Operasi penguatkuasaan ini melibatkan pegawai lain-lain pangkat dari Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang yang telah menyerbu premis-premis dan tempat kediaman di sekitar Daerah Temerloh dan Kuantan, Pahang.

Sepanjang operasi dijalankan, 174 orang individu telah diperiksa kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas lawatan/permit kerja, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua 69 orang tahanan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.

JIM Negeri Pahang menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran PATI di negeri ini.

Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka.

ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’‚๐’•๐’Œ๐’–๐’‚๐’”๐’‚ | ๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Ž๐’Š๐’ˆ๐’“๐’†๐’”๐’†๐’ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ท๐’‚๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ

   TOPI KELEDAR Jangan hanya memakai topi keledar, pastikan ia mempunyai pensijilan SIRIM yang diiktiraf bagi menjamin t...
29/09/2026


TOPI KELEDAR

Jangan hanya memakai topi keledar, pastikan ia mempunyai pensijilan SIRIM yang diiktiraf bagi menjamin tahap keselamatan yang ditetapkan.

Topi keledar yang diperakui SIRIM telah melalui ujian keselamatan dan kualiti bagi membantu melindungi penunggang serta pembonceng sekiranya berlaku kemalangan.

โœ… Pilih topi keledar yang mempunyai label atau pelekat SIRIM yang sah.
โœ… Pastikan saiz sesuai dan dipakai dengan tali pengikat yang kemas.
โœ… Gantikan topi keledar yang telah rosak atau pernah mengalami hentakan kuat.







๐Ÿ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

  #๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐†๐†๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐Œ๐ˆ๐†๐‘๐„๐’๐„๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐Tingkatkan Pengalaman Anda di Jabatan Imigresen M...
28/09/2026


#๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐๐†๐†๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐Œ๐ˆ๐†๐‘๐„๐’๐„๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐

Tingkatkan Pengalaman Anda di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan.

Jabatan Imigresen Malaysia melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Pelanggan dengan pendekatan yang lebih fokus, mesra dan efisien.
Pegawai Khidmat Pelanggan kami diberikan imej baharu sesuai dengan pendekatan yang diperkenalkan.
Anda ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan segera?

Pegawai Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda!
Apa yang kami tawarkan:
โœ…Layanan mesra dan profesional
โœ…Maklumat terkini mengenai perkhidmatan imigresen
โœ…Penyelesaian cepat untuk keperluan anda

Jabatan Imigresen Malaysia











Layari Pusat Pautan Rasmi JIM Negeri Sembilan di:
https://linktr.ee/imigresen_n9
2026 | Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan

  #๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPasport Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berada d...
28/09/2026


#๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pasport Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berada di tangga ke-2 dalam Passport Power Rank 2026 oleh Passport Index, dengan Mobility Score 175. Kedudukan ini mencerminkan tahap akses perjalanan antarabangsa yang luas dinikmati pemegang Pasport Malaysia.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri sebelum ini menegaskan usaha memperkukuh pasport negara adalah bagi โ€œmengukuhkan lagi kedudukan pasport Malaysia sebagai antara dokumen perjalanan yang diyakini dan dihormati di peringkat antarabangsa.โ€

Berdasarkan data semasa Passport Index, pemegang Pasport Malaysia mempunyai 121 destinasi bebas visa, 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan dan lapan destinasi melalui eTA, menjadikan Mobility Score keseluruhan sebanyak 175. Sebanyak 23 destinasi p**a masih memerlukan visa.

Pencapaian ini memperlihatkan penerimaan dan kebolehpercayaan Pasport Malaysia di peringkat antarabangsa, di samping memberikan kemudahan mobiliti yang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk urusan pekerjaan, perniagaan, pendidikan, pelancongan dan hubungan kekeluargaan merentas sempadan.

Sumber: Passport Index 2026 / The Passport Index Global Ranking 2026

  #๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terenggan...
28/09/2026


#๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan tahanan p**ang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 pada 24 September 2026.

Operasi pemindahan ini telah dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu oleh Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil. Pemindahan melibatkan seramai 40 orang tahanan dengan lingkungan umur antara 18 hingga 58 tahun.

Pecahan tahanan terdiri daripada 38 lelaki dan dua perempuan. Pecahan warganegara melibatkan 23 orang warganegara Bangladesh, 12 orang warganegara Indonesia, tiga orang warganegara Pakistan dan dua orang warganegara India.

Kesemua tahanan telah selesai melalui proses perundangan dan menjalani hukuman masing-masing serta dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa sebelum dihantar p**ang ke negara asal masing-masing.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan tugas pemindahan tahanan secara teratur, selamat dan berhemah demi menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.








  #๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—›๐—œ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก โ€˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆโ€™ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จJabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan Operasi Khas pada 26 Se...
28/09/2026


#๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—›๐—œ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก โ€˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆโ€™ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan Operasi Khas pada 26 September 2026 di sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Operasi bermula 12.05 tengah malam itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ibu Pejabat dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama sebulan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi pusat hiburan dan berjaya menahan tiga lelaki warganegara China dan satu lelaki warganegara Filipina. Kesemua warga asing yang ditahan berumur antara 21 hingga 31 tahun. Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai empat orang. Semakan awal mendapati, kesemua warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

Modus operandi pusat hiburan ini menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan โ€˜sejenisโ€™ dengan menyasarkan pelanggan warga tempatan dan warga asing yang berada di Lembah Klang. Bayaran yang dikenakan bermula dari RM53.00 hingga RM700.00 mengikut minuman dan tempahan meja oleh pelanggan. Pusat hiburan ini dipercayai telah beroperasi sejak tahun lalu.

Kesemua warga asing ditahan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Sek.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Seramai tiga lelaki warga tempatan telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Jabatan ini akan terus komited dan bekerjasama dengan agensi lain bagi melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini agar keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

  #๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ (๐—ฃ๐—ž๐—ž)Pasukan Kawalan Khas (PKK) Jabatan Imigresen Malaysia merupakan pasukan yang dilati...
27/09/2026


#๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ (๐—ฃ๐—ž๐—ž)

Pasukan Kawalan Khas (PKK) Jabatan Imigresen Malaysia merupakan pasukan yang dilatih bagi melaksanakan penugasan khusus dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman di Depot Imigresen.

Antara fokus utama penugasan PKK termasuk kawalan rusuhan di depot, keselamatan depot dan tahanan, kawalan tahanan berisiko tinggi serta iring kawal tahanan bagi proses penghantaran p**ang.

Latihan dan kesiapsiagaan berterusan memastikan anggota PKK sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi serta melaksanakan setiap penugasan dengan teratur dan selamat.




Address

Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60351223933

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMI Supplies SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IMI Supplies SDN BHD:

Shortcuts

Share