Bangsa Usahawan

Bangsa Usahawan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bangsa Usahawan, Business Center, Persiaran Perbandaran, Shah Alam.

20/12/2024

SESAL TIADA GUNANYA
Kisah ini saya ambil dari penceritaan seorang sahabat saya yang diceritakan semula kepada saya.
Pak Akup ada seorang anak perempuan kesayangannya, bila habis SPM anaknya tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke mana - mana universiti.
Kebetulan rakan sekelas Pak Akup bernama Khuzaimi atau orang panggil Pakku masa belajar di salah sebuah sekolah di selatan tanahair. Mereka satu kampung, satu sekolah dan satu kelas.
Pakku merupakan pendaftar di salah sebuah universiti. Maka dengan pengenalan Pakku dengan Pak Akup maka anak Pak Akup berjaya masuk universiti dengan bantuan Pakku.
Kebetulan bidang Undang - Undang masih lagi kekosongan dengan kelayakan anak Pak Akup. Bukan sebab anak Pak Akup tak lulus cuma cukup - cukup makan sebab tu tak diterima masuk sebelum ini.
Maka hari pendaftaran pun Pak Akup mengiringi anaknya ke Universiti. Maka mulai hari itu anak Pak Akup telah menjadi seperti anak Pakku sendiri. Boleh dikatakan wang saku, Pakku yang lebih memberi berbanding Pak Akup sendiri.
Nak dijadikan cerita selepas habis pengajian di universiti tersebut, anak Pak Akup diterima bekerja di sebuah Majlis Perbandaran sebagai pegawai Penguatkuasa.
Masa temuduga tersebut kebetulan adik Pakku merupakan salah seorang penemuduga. Maka Pakku pun menelefon adiknya agar membantu sedikit sebanyak agar anak Pak Akup diterima bekerja. Ini semua tanpa pengetahuan anak Pak Akup sendiri.
Selepas 8 tahun berlalu, Pakku telahpun bersara dan hasil duit pencen dan simpanan beliau berjaya membeli sebuah food truck (trak makanan). Mulai hari tu Pakku pun berniaga cendol dan air soya.
Manakala anak Pak Akup bernama Sabrina telah dinaikan pangkat dari gred 41 ke 44. Kalau tak silap timbalan pengarah penguatkuasa. Beliau seorang yang tegas dan sering mengarahkan anak buahnya melakukan operasi meroboh dan merampas barangan peniaga jalanan.
Pakku memang tak ada lesen tapak berniaga. Pakku cuma berbekal lesen memandu dan GDL sahaja. Hari - hari Pakku terpaksa merambo (istilah peniaga food truck).
Berniaga merata tempat, mana ada tempat kosong Pakku akan menghentikan engin food trucknya dan disitulah tapak dia berniaga. Lepas kena halau dan saman. Pakku akan cari port baru.
Majlis Perbandaran belum ada lesen tapak untuk mana - mana peniaga bermotor secara bergerak. Memang tak ada istilah apa pun.
Pakku merasa tidak berpuas hati, Pakku menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis. Pakku menceritakan nasib peniaga jalanan yang disaman setiap hari.
Sehinggalah Yang Dipertua memanggil Puan Sabrina mengadap dan bertanyakan hal tersebut. Puan Sabrina naik berang dan beranggapan tujuan peniaga mengadu adalah untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai pegawai atasan.
Maka Puan Sabrina membuat operasi secara besar - besaran. Tangkap dan saman semua peniaga yang tidak ada lesen tapak. Tangkap dan kompaun semua yang tak ikut syarat lesen. Tangkap semua yang buat apa- apa kesalahan walaupun kecil. Puan Sabrina langsung tak bagi muka kepada siapa saja.
Akhirnya Pakku sebagai orang lama rasa tidak selesa dengan tindakan Puan Sabrina. Pakku menelefon Puan Sabrina, tanpa membiarkan Pakku menjelaskan segalanya. Puan Sabrina terus menengking Pakku dan menghina Pakku.
Orang tua tak sedar diri, dah bagi peluang berniaga sikit dah nak tunjuk belang. Menyusahkan orang... Ingat dia saja nak kena jaga. Macam - macam kata kesat dilemparkan kepada Pakku.
Pakku diam seribu bahasa. Pakku tak terkata apa. Pakku cuma mengosok dadanya agar bersabar dan terima ujian Allah. Redha dengan apa yang berlaku.
Tidak habis dengan itu, puan Sabrina mengarahkan Food Truck Pakku disita. Kalau Pakku nak ambil balik Pakku perlu jelaskan semua saman sebanyak RM28,600 kepada pihak majlis barulah puan Sabrina akan melepaskan food truck Pakku.
Pakku disaman oleh Majlis Perbandaran dan sekiranya gagal membayar dalam tempoh 30 hari maka Pakku perlu hadir ke Mahkamah dan Food Truck Pakku akan dilelong.
Pakku berdoa siang malam selepas waktu solat. Pakku mohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Pakku pasrah dan terluka hatinya.
Suatu hari semasa balik dari clubing selepas berjumpa tauke - tauke, Puan Sabrina terbabit dalam satu kemalangan. Puan Sabrina cedera parah.
Cerita ini akan disambung oleh pengarah seterusnya.
(DRAMA TV DALAM PEMBIKINAN SKRIP)

Family Mart ni betul-betul power. Seorang staff. Cover shift pagi. Beratur manusia tak berhenti. Dengan odennya, dengan ...
19/11/2024

Family Mart ni betul-betul power. Seorang staff. Cover shift pagi. Beratur manusia tak berhenti. Dengan odennya, dengan corn dog, dengan aiskrim. Fuh power betul staff dia. Betul-betul kerja punya.

Sumber : Mohd Firdaus Jailan

19/11/2024

Sebagai usahwan saya nak anda cari, belajar dan tahu apa yang ada dalam senarai ini. Ada pasti ada... Cari....

1️⃣ Akaun + Payroll Pekerja

2️⃣ Human Resources / Sumber Manusia

3️⃣ Purchaser / Procurement

4️⃣ Pengurusan Projek

1. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐉𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀

Employee Salary Slip, Report EPF / KWSP, Report Socso, Report HRDFS

2. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍

Invoice, Purchase Order , Inventory, Imbangan Duga / Balance Sheet, Profit and Loss, Cash Flow, Equity, Lain – Lain

🔰 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 ( 𝐇𝐑 )

1. Salary Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧

2. Diciplinary Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐬𝐢𝐩𝐥𝐢𝐧

3. Performance Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐭𝐚𝐬𝐢

4. Termination & Resignation Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧

5. Training Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧

6. Contractor & Vendor Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫

7. Hiring Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧

8. Leave Management / 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐭𝐢

9. Employer Schedule Management

10. KPI Management

11. KWSP EPF Registration

12. Perkeso SOCSO Registration

13. Income Tax Registration

14. HR Handbook Employee

🔰 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐑𝐂𝐇𝐀𝐒𝐄 / 𝐏𝐑𝐎𝐂𝐔𝐑𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓

1. Form Comparison Vendor

2. Letter – Request For Quotation

3. Form of Quotation

4. Form of Purchase Order

5. Vendor / Contractor Management

6. Form Evaluation Vendor & Contractor

7. Form Inspection Vendor

8. Tender Management

🔰 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊

1. Memorandum / Minit Mesyuarat / Site Daily Report / Transmittal Document

2. Pengurusan Claim / Progress Claim dan Sub Kontraktor Claim

3. Pengurusan Contract dan Harga

4. Pengurusan Perlantikan Vendor / Kontraktor

5. Pengurusan Monthly Report / Workprogramme

6. Pengurusan Tapak Bina

19/11/2024

Antara 11 'Template Agreement' yang perlu ada sebagai USAHAWAN atau Owner Business
1) Investment Agreement
2) Profit Sharing Agreement
3) Joint Venture Agreement
4) Partnership Agreement
5) Non-Disclosure Agreement
6) Supplier Agreement
7) Commission Agreement
8 ) Agent Agreement
9) Friendly Loan Agreement
10) Marketing Agreement
11) Contract for Service (Employee without socso/epf)

19/11/2024

Ramai yang tak faham bagaimana nak buat duit dengan Tik Tok. Meh sini saya nak bantu.

19/11/2024

Masih mencari jalan penyelesaian masalah yang kita hadapi selama ini

19/11/2024

Kesempatan hari ini berjumpa dan berbincang dengan YB Menteri mengenai beberapa isu berbangkit di dalam KPDN.

Beri kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pen...
17/06/2024

Beri kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.

📲Sertai Telegram Sinar Harian.

17/06/2024

KPDN larang pembelian berulang untuk pengisian RON95 di stesen minyak di Kelantan

13/05/2023

Kenapa berniaga? Sebab nak jadi kaya... Tolonglah jangan ada mindset macam ni... Kalau dah kaya? Nak minta lain p**a... Tukarlah kepada nak berniaga sebab nak cari kepuasan hidup, nak menikmati hidup ini.... Nikmat bahagia dan nikmat kesihatan juga adalah kekayaan hidup kita...

13/05/2023

Jangan la jadi pahat dengan penukul... Sekali ketuk sekali jalan... Tak ketuk tak ada jalan... kadang - kadang naik geram juga dengan staff ni.

Address

Persiaran Perbandaran
Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bangsa Usahawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share