04/10/2020
5 Perkara Pemilik Sdn Bhd Wajib Lakukan Sepanjang Tahun
1 Kena tahu Struktur Sdn Bhd.
Fahamkan tugas dan tanggungjawab makhluk makhluk ini. Shareholder, Director, Secretary, Akauntan, Auditor dan Tax agent.
Ini semua adalah makhluk makhluk penting bagi memastikan pengurusan Sdn Bhd tidak tunggang langgang.
Tak ada ilmu ni, besar kemungkinan kos pentadbiran jadi tinggi.
Hidup tak aman.
2. Tahu Urus Dokumen.
Untuk permulaan, mungkin kita tak ada staff. Kita outsource sahaja urusan akaun pada firm atau freelance.
Kita kena buat dan simpan dokumen sendiri dengan betul. Jika tidak, ini akan menyebabkan akaun tidak dibuat.
Saya selalu menasihati siapa-siapa yang ingin ada atau sudah ada Sdn Bhd, dokumen kena ada disiplin supaya tidak menyusahkan kita, akauntan dan auditor nanti.
3. Ambil Tahu Tarikh Penting SSM dan LHDN
Kena tahu borang borang yang akan dihantar pada SSM, LHDN.
Yang menyebabkan penalti banyak adalah dokumen yang berkaitan dengan akaun dan audit.
Kita kena urus ini dengan betul. Kena pilih orang yang layak untuk uruskan.
4. Perlu Mempergunakan Sdn Bhd.
Jika kita ada Sdn Bhd. Tak guna kalau Sdn Bhd ada tapi tak guna.
Tak digunakan untuk berkembang.
Tak digunakan untuk exit plan yang terbaik. Tak digunakan untuk penjimatan cukai.
5. Perlu Mula Fikirkan berorganisasi.
Kena start rancang, bila nak ambil staff admin.
Nak jaga dokumen. Nak mula buat SOP. Nak control duit keluar masuk.
Agar tiada masalah dokumen bila nak buat akaun dan audit.
Rancang dan plan untuk syarikat membesar.
=======
Jom hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Urusan Perakaunan, Cukai & Audit:
Whatsapp Link: https://nak.la/penyatakewangan
Urusan Penubuhan Sdn Bhd:
Whatsapp Link: https://nak.la/daftarSdnBhd