Setiausaha Syarikat Near SSM Shah Alam

Call Directions Website Contact the business

Setiausaha Syarikat Near SSM Shah Alam Setiausaha Syarikat yang menyediakan khidmat persyarikatan bernilai menang-menang.

06/12/2022

Status syarikat dormant

"Kenapa SSM masih kompaunkan saya RM5,000.00?"

Semalam pengarah datang pejabat secretary dan mahu berdiskusi mengenai status syarikatnya yang dormant.

"Syarikat tidak pernah menjalankan apa-apa transaksi sejak didaftarkan. Bank akaun pun belum buka."

Syarikat baru terutamanya akan selalu mengajukan soalan begini kepada setiausaha. Mahu jawapan kenapa dan kenapa.

Sementara setiausaha p**a perlu beri rasionaliti. Kupaskan satu persatu sambil buka fail syarikat, rujuk dan tunjuk. Bincang dengan baik. Wujudkan perasaan aman dipihak mereka.

Biasanya syarikat yang dikompaunkan SSM adalah syarikat yang 'tidak dormant' pada tafsiran akta.

Maksud 'dormant' dan 'transaksi" menurut tafsiran akta adalah terperinci. Ia bukan daripada tafsiran bahasa layman - bahasa orang biasa.

Ada tiga kreteria syarikat yang diperincikan tafsirannya.

1- Dormant Companies
2- Threshold-qualified Companies
3- Zero Revenue Companies.

Yang ini nanti Cikzai kongsikan di lain siaran.

14/11/2022

Ragam pengarah.

Apabila beritahu ada surat saman, mereka rasa tercabar dengan atasan, nak lawan balik.

Apabila bagitau kata ada surat kompaun, mereka rasa panas dan tak puas hati dengan agensi.

Apabila sebut surat penalti, mereka meluahkan rasa kecewa dan anggap pihak atasan tiada berperi.

Corsec akan berhati-hati apabila nak maklum tentang surat ni kepada pengarah. Pilih guna terma yang membuatkan mereka lebih cool.

"Ada notis denda".

Nampaknya menggunakan terma ini, mereka lebih dapat terima dengan lapang dada. Walaupun kadang-kadang buat tegejut tak sangka.

Hakikatnya saman, penalti, kompaun, notis denda, semua tu sama sahaja. Amaunnya serupa. Asbab berniaga tak patuh akta, pengarah kena bersedia dengan belanja tak dijangka.

Walaupun sudah bayar denda, laporan tahunan, laporan kewangan, laporan cukai tetap kena buat juga. Kalu tidak, akan menyusul lagi denda yang sama.

Jumpa Corsec. Sembang, bincang dan rancang. Calling-calling, tanya khabar. Fee mereka jangan lupa bayar.

Sesekali jemput Corsec datang pejabat, buat briefing kepada semua pasukan. Berkala lebih baik. Outsource apa yang perlu.

Banyak perkara yang Corsec boleh bantu.
😊👌

22/10/2022

Bisnes bukan tarik duit semata.

Bisnes perlu ada tadbir urus. Cikzai kongsikan sebahagian perkara tadbir urus koperat untuk lancarkan bisnes PKS.

A) Akta Syarikat
1- Simpan rekod
2- Buat akaun
3- Hantar laporan audit
4- Serah laporan tahunan
5- Buat resolusi dan minit
6- Simpan daftar berkanun

B) Akta Cukai
1- Daftar cukai syarikat
2- Lapor cukai pendapatan
3- Lapor jumlah saraan pekerja
4- Daftar SST jika layak
5- Hantar laporan SST jika berkenaan

C) Akta kerajaan tempatan
1- Daftar premis perniagaan
2- Daftar papan tanda dan iklan
3- Daftar permit pelan setara dinding sesekat
4- Urus petak parking

D) Akta Pekerjaan
1- Buat kontrak kerja
2- Bagi upah dan reward
3- Jaga kebajikan dan kesihatan
4- Sediakan keselamatan dan keselesaan
5- Daftar visa dan permit pekerja asing

E) Akta Perkeso
1- Carum bayaran setiap bulan
2- Bayar insuran pekerjaan
3- Bayar awal ikut tempoh masa

F) Akta Kwsp
1- Buat bayaran caruman
2- Ikut jumlah sebenar
3- Bayar dalam tempoh masa

G) Akta industri
1- Semak dengan badan penyelia industri
2- Ikut tatacara dan garis panduan
3- Daftar lesen dan permit amalan
4- Kutip mata CCD jika bekeperluan
5- Hadir kursus mantapkan pengetahuan

H) Kualiti dan rekognisi
1- Daftar Iso
2- Buat star rating
3- Daftar jenama
4- Daftar Halal
5- Daftar vendor
6- SOP dan Polisi

Untuk syarikat terus hidup dengan berdaya tahan, usah semata-mata tumpu pada jualan. Uruskan pentadbiran. Ini perkara paling dahsyat, pengusaha kena ambik berat. Ia umpama roh syarikat.

Company Secretary diupah hanya untuk urus bahagian A sahaja. Selebihnya Cuba berurusan dengan Corporate Administrator, Insyallah semua perkara di tadbir urus smooth belaka.

Nak? Mai sini.
😅👌

26/08/2022

Nota syarikat

Semalam berbual panjang dengan sahabat wanita bergelar Dato. Sangat berjaya dalam industri yang beliau ceburi. Minta Corsec beri pandangan mengenai tidak setuju beliau atas pakatan syarikat mahu tendang keluar dirinya sebagai pengarah. (Baca remove director.)

Mesyuarat pertama telah berlalu. Menanti panggilan mesyuarat kedua. Mahu kekal dalam syarikat sebagai pengarah. Bagaimana ya Pn. Zai? Lembut suaranya.

Perundangan tidak menghalang pengarah ditendang keluar, namun perlu dibuktikan kewajarannya. Ditendang keluar atas faktor yang tidak rasional, perundangan juga akan melindunginya.

Perlu tindakan sedia di pihaknya sebelum dipanjangkan secara undang-undang. Prosedur tendang keluar pengarah syarikat melibatkan surat menyurat, resolusi, notis agenda dan jumpa mesyuarat.

Proses tendang keluar tidak berlaku serta merta. Sementara itu, pengarah perlu bersedia mempertahankan dirinya dengan cara surat menyurat juga.

Hantar surat melalui serahan tangan atau pos daftar untuk dapatkan bukti penerimaan. Konten surat mesti menjurus tepat kepada tujuan. Ia formal dan tidak emosional. Tidak menyentuh isu personal. (Baca straight to the point.)

Banyak lagi kena dipertahankan. Beliau mahu bersiap siaga. Kami akan berjumpa nanti.

Good luck Dato.

Send a message to learn more

01/10/2021

Perniagaan berstatus Perkongsian Konvensional boleh convert perniagaan mereka ke status Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Silakan.

Apa itu PLT?

√ Syarikat perkongsian yang fikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

√ PLT menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat persendiran dan perkongsian konvensional

√ Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada pekongsinya

√ PLT menawarkan kebebasan dan fleksibiliti peraturan dalaman melalui perjanjian di antara pekongsi.

PLT adalah sebuah dimensi baru dalam dunia peniagaan. Ia sesuai untuk nature bisness joint venture yang bertempoh jangka pendek.

Send a message to learn more

20/02/2021

Pengarah syarikat siapa sebenarnya?

Kalau dalam definasi, pengarah adalah orang yang bertanggungjawab dalam halatuju, polisi dan pengurusan syarikat keseluruhannya.

Kalau dalam legal, Pengarah syarikat adalah :

1- Pemegang amanah
2- Agen syarikat
3- Managing partner
4- Officer syarikat
5- Pekerja syarikat

Pengarah perlu dilantik. Ada beberapa keadaan yang seseorang Pengarah boleh dilantik.

Antaranya :

1- Melalui persetujuan semua pihak dalam konstitusi
2- Melalui lantikan oleh pemegang saham dalam mesyuarat am
3- Melalui persetujuan Ahli Lembaga Pengarah.
4- Atau melalui sesiapa sahaja asalkan dipersetujui oleh pihak yang berkepentingan didalam syarikat.

Tudiaa.. Panjang Cikzai menjawab.

Soalan, apa beza pengarah dengan Ahli Lembaga Pengarah?

Jawapan - Setiap Pengarah umpama kaki dan tangan di badan syarikat, manakala Ahli Lembaga Pengarah adalah otak syarikat, mentadbir perjalanan syarikat supaya tidak terjunam ke lembah nestapa.

Soalan ada lagi,

1- Apa kuasa pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah?
2- Apa peranan pengarah sebenarnya?
3- Ada beza ke antara kuasa dan peranan pengarah?
4- Rasanya liability sebagai pengarah ni banyak Cikzai, apa dia?
5- Dan nak tanya lagi ni, Bila masa keadaan jawatan seorang Pengarah itu terbatal?

Yang ni semua, kita jawab kemudian. Pengarah syarikat atau bakal pengarah sure nak tahu kan.
Meh dm Cikzai.
😅🙏

18/01/2021

Resolusi syarikat, biar secretary yang buat.

Apabila pengarah sediakan sendiri resolusi syarikat dan beri kepada third party tanpa pengesahan secretary,

Nilai resolusi tersebut hanyalah sehelai kertas bercetak yang lembarannya tidak boleh diambil pakai sama sekali.

Penghujungnya nanti, pengarah terpaksa menghubungi semula secretary untuk bantu mengesahkan resolusi tersebut.

Bagi Secretary p**a, bukan semudahnya untuk ia membuat pengesahan dokumen yang disediakan oleh orang lain.

Setiap resolusi yang disediakan oleh company secretary, ada tatacara dan Sopnya. Secretary akan mengaturkan perjumpaan dengan semua pengarah / pemegang saham terlebih dahulu untuk mendapatkan detail isu yang diperlukan sebelum mengeluarkan resolusi tersebut.

Kemudian, resolusi tersebut diedarkan kepada semua pengarah / pemegang saham unntuk ditandatangani menandakan keputusan mengenai isu tersebut telah saling bersetuju. Secretary menjadi saksi.

Selepas itu barulah resolusi tersebut akan disalin dan disahkan benar dari yang asal untuk diserahkan kepada pihak ketiga. Dokumen asal akan disimpan dalam buku minit untuk dikemaskini dan diselenggara mengikut garispanduan akta.

Dokumen syarikat perlu disahkan secretary untuk membuktikan ianya valid untuk tindakan seterusnya.

Ok ke.

👌

02/01/2021

"Jangan beritahu Pengarah A saya membuka syarikat ini."

Ini pesanan biasa yang Corsec terima. Pastinya ada sebab. Ada cerita disebalik pesan kata. Sudah dimaklum jelas apa sebabnya.

Pengarah A, B dan C mereka berkongsi syarikat. Pengarah A tidak serasi dengan Pengarah C. Ini menyebabkan dia membuka syarikat lain dengan Pengarah B.

Busines yang dijalankan adalah hampir sama. Pengarah B orang penting didalam kedua-dua syarikat tersebut. Beliau berauthority tinggi. Kemenjadian bisnes syarikat diharapkan kepadanya.

Kini Pengarah B mempunyai dua kepentingan yang berbeza. Beliau semestinya orang yang bijak mengatur taktik. Kedua-dua syarikat adalah miliknya. Perlu samarata dengan strategi serampang dua mata.

Corsec orang kedua yang memegang mandat. Buat seperti mana kata syarikat. Ikut panduan akta syarikat. Dalam menghormati kerahsiaan mereka, Corsec perlu pastikan tidak ada bias. Hanya berada dalam rentak yang sama, untuk lancarkan urusan persyarikatan mereka.

Ketiga mereka sebenarnya ada kesamarataan hak. Ini hanya pandangan kecil untuk legakan hati Cikzai menghadapi mereka :

1- Corsec menyimpan rahsia, namun andai suatu hari Pengarah A ketahui kewujudan syarikat tersebut dari sumber bukan daripada Corsec, beliau masih ada ruang untuk dapatkan carian maklumat di SSM jika perlu.

2- Pengarah B orang utama yang teratas. Beliau perlu bijak bertindak agar tiada konflik kepentingan berlaku diantara kedua-dua syarikatnya. Gear syarikat, Corsec diberi satu dalam mode 'bersedia'. Ya, Cikzai sedang bersedia.

3- Pengarah C, tidak terlalu meletak harapan tinggi bahawa orang lain tidak akan tahu kewujudan syarikatnya. SSM ada fakta. Corsec menyimpan detailnya. Fakta tidak boleh disembunyi. Hanya boleh didiamkan, jangan bagi bunyi.

Ada pengajaran sesuatu.. usah ambil tahu urusan lain yang bukan urusan kita.

Aman.

22/10/2020

BAGAIMANA SYARIKAT NAK BELI HARTANAH?

Khas untuk pengarah syarikat.

Syarikat secara amnya adalah dianggap sebagai artificial individual. Ia berhak memiliki dan dimiliki.

Apabila Syarikat mahu membeli hartanah, beberapa perkara berikut perlu dilaksanakan secara dalaman.

1. Tentukan pembelian hartanah itu untuk kegunaan syarikat atau mahu dijadikan hartanah tersebut sebagai sumber untuk dijual kemudian hari. Ini kerana layanan cukai terhadap kedua-dua keadaan ini nanti akan berbeza.

2. Periksa perlembagaan Atau m&a syarikat. Syarikat yang tidak mempunyai nature bisnes berkaitan hartanah, biasanya membeli hartanah untuk kegunaan syarikat sendiri bukan untuk dijual semula (pelaburan).

3. Perlu disediakan resolusi syarikat yang terkandung maklumat ini.

- Butiran hartanah
- Butiran penjual hartanah
- Butiran sumber kewangan pembelian
- Butiran wakil syarikat yang diberikan kuasa menandatangani perjanjian jual beli.

Secara ringkasnya, itu hanyalah sebagai dokumen awal dalam membeli hartanah atas nama syarikat.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, rujuk setiausaha syarikat atau peguam hartanah untuk konsultasi perundangan hartanah.

Ok?

👌

12/09/2020

Lesen kewangan tu apa Cikzai?

**

Ia adalah lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada syarikat yang memohon menjadi pembekal kepada kerajaan.

Pembekal kerajaan perlu mendaftarkan lesen ini bagi membolehkan mereka menerima bayaran apabila kerja-kerja pembekalan disempurnakan.

Terdapat beratus-ratus jenis bidang pembekalan yang tersenarai dan diperlukan oleh jabatan / agensi kerajaan dari masa ke semasa.

Dari sekecil-kecil bidang membekal kuih muih kepada mesyuarat jabatan sehingga membekal kepakaran membaiki kerosakan kapal selam dilaut dalam.

Nak berniaga dengan kerajaan, daftar kan dulu syarikat kita dengan mereka. Semak maklumat ini dalam sistem e-perolehan iaitu di laman web www.eperolehan.gov.my. Kat situ ada tatacara.

Taktau nak buat, mai sini staf Cikzai bantu. Depa dok bermain dengan sistem ni dah lama untuk buat kerja-kerja mendaftarkan syarikat client dalam sistem e-perolehan. Beribu syarikat sudah kita bantu daftarkan sejak tahun 2000 lagi.

Itu baru daftar. Lepas daftar, nak masuk tender p**ak camana?

Ya, daftar dulu.
Nanti pelan-pelan tahu.

Ok?

Address

No. 2. 2A, Tingkat 2, Kompleks KPPMS, Seksyen 3
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setiausaha Syarikat Near SSM Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Setiausaha Syarikat Near SSM Shah Alam:

Shortcuts

Share