30/08/2024
🇲🇾𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐔𝐌 🇲🇾
Diambang Hari Kebangsaan ini, cuba ingat kembali apa salah satu kelebihan dan keunikan Malaysia ? Uniknya negara kita ini ialah dengan kekayaan budaya, agama dan bangsa.
Kita berjaya hidup dengan harmoni walaupun berbeza kepercayaan kerana adanya rasa hormat dan memahami antara satu sama lain. Cuba tengok ayat dari Al-Quran tentang perkara ini ;
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ
Surah Al-Hujurat : Ayat 13
𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐮𝐤𝐮 𝐩𝐮𝐚𝐤, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥-𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧). 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, (𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚). 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 (𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮).
Dalam ayat al-quran tersebut, Allah SWT telah menjadikan kita berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kita berkenal-kenalan dan beramah mesra.
Dengan ayat ini, kita sebagai orang Islam tidak perlu bermusuhan, malah kita lebih baik digalakkan berkenalan dengan bangsa lain ! Selagi mana mereka tidak mengacau kita dan menghina agama Islam, kita boleh hidup dalam satu komuniti yang unik, harmoni dan memahami !
Selamat Hari Kebangsaan buat negaraku Malaysia. 67 tahun, dan berterusan insya-allah. 🇲🇾❤
⚙️Mulakan Pendigitalan Perniagaan Anda Bersama Adverto !⚙️