VOX KOOP

Directions Website

VOX KOOP Koperasi Smpkv Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1990 dan adalah sebuah koperasi berdaftar.

📅 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-24Pada 17 Julai 2025, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali...
22/07/2026

📅 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-24

Pada 17 Julai 2025, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-24 bertempat di Dewan Besar SMPKVSA.

Program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin di Musolla An-Nur sebagai pembuka tirai, diikuti dengan jamuan makan sebelum para ahli mendaftar kehadiran bagi menyertai mesyuarat.

Bagi memastikan kesihatan warga sekolah terus terpelihara serta mengurangkan risiko penularan batuk, demam dan selesema, sebahagian murid ditempatkan di Dewan Makan Asrama dibawah jagaan guru dan pembantu pengurusan murid. Pihak teknikal turut menyediakan kaedah secara dalam talian agar semua ahli tetap dapat mengikuti perjalanan mesyuarat dan menerima maklumat penting tanpa ketinggalan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Ahli Lembaga Koperasi yang terus komited menggerakkan koperasi sekolah demi manfaat warga SMPKVSA.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Abdul Rahman atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang amanah sebagai Bendahari Koperasi. Selamat menjalankan tugas kepada Puan Khairunnisa yang kini meneruskan amanah tersebut.

Terima kasih juga kepada semua guru serta warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pembangunan dan kemajuan koperasi sekolah.

JOM MERIAHKAN BAZAR RAYA VOKSA! 🌙✨Panggilan buat semua warga sekolah dan peniaga! Mencari peluang untuk tambah pendapata...
01/03/2026

JOM MERIAHKAN BAZAR RAYA VOKSA! 🌙✨
Panggilan buat semua warga sekolah dan peniaga! Mencari peluang untuk tambah pendapatan sempena musim perayaan ini? Jom sertai kami di Bazar Raya VOKSA!

📍 Info Bazar:
Tarikh: 16 - 17 Mac (Isnin & Selasa)
Masa: 8:00 Pagi - 2:00 Petang
Lokasi: Kawasan Berbumbung (Selesa & Teduh!)
Sewa Tapak: RM80 sahaja (Saiz 12x12 kaki + Elektrik disediakan)

Terbuka kepada jualan produk dan barangan keperluan raya. Slot adalah terhad, jadi siapa cepat dia dapat! 🛒

Berminat? Terus hubungi Cikgu Noralina di talian +60 17-665 7926 untuk tempahan tapak.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT” kerana dengan limpah kurnia-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23, Koperas...
12/12/2025

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT” kerana dengan limpah kurnia-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23, Koperasi SMPKVSA Berhad, yang bertempat di Dewan Besar SMPKV Shah Alam, dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli koperasi, para jawatankuasa, pihak pengurusan, guru-guru serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kehadiran, kerjasama dan komitmen anda semua amat kami hargai dan menjadi kekuatan utama dalam menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Semoga segala usaha dan kesepakatan kita terus membawa manfaat kepada Koperasi SMPKVSA Berhad dan memberi kebaikan kepada seluruh ahli. Terima kasih sekali lagi, dan semoga kita terus diberkati serta dipermudahkan dalam setiap urusan.

Alhamdulillah masa yang di nanti-nanti hampir tiba, Moga bersama-sama Warga Smpkvsa kita jayakan....
11/12/2025

Alhamdulillah masa yang di nanti-nanti hampir tiba, Moga bersama-sama Warga Smpkvsa kita jayakan....

31/10/2025

Jom ramai² hadir ke Voxmart Isnin ni, boleh hubungi kami terus untuk dapatkan tarikh sesuai untuk datang...Sale gila-gila kali ni😁🤗

SALAM MAULIDUR RASUL 2025“Dalam dunia yang mementingkan materi, teladan Rasulullah mengingatkan kita untuk membangun kek...
05/09/2025

SALAM MAULIDUR RASUL 2025
“Dalam dunia yang mementingkan materi, teladan Rasulullah mengingatkan kita untuk membangun kekayaan hati. Salam Maulidur Rasul buat semua Warga Maya”

Address

Jalan Senangin 17/2a, Seksyen 17
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VOX KOOP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share