Smart Aqiqah By ADE AZHAR

Smart Aqiqah By ADE AZHAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smart Aqiqah By ADE AZHAR, Business service, NO. 66A TINGKAT 1, Jalan PELABUR 23/A, SEKSYEN 23, Shah Alam.

Kepakaran kami adalah membantu Ibu Bapa yang ingin melakukan Aqiqah untuk anak-anak dan mereka yang ingin menunaikan ibadah Qurban dengan Mudah, Cepat dan Bijak

Secara ringkasnya pembahagian tersebut adalah seperti berikut:- 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli kel...
05/06/2022

Secara ringkasnya pembahagian tersebut adalah seperti berikut:

- 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
- 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
- 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Namun ini cumalah pembahagian yang biasanya diikuti masyarakat di Malaysia. Ada juga yang menyedekahkan kesemua daging korban dan mengambil sedikit sahaja bahagian untuk dirinya.

Cara paling afdhal adalah dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban tersebut dan mengambil sedikit sahaja daripadanya sekadar mengambil berkat.

Baginda juga telah melakukan korban dengan cara tersebut:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.

Hadis riwayat Muslim: (1218)

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)

Harus diingati pembahagian ini hanya untuk korban sunat sahaja.

Berbeza p**a sekiranya yang berkorban itu berniat nazar korban. Selain daripada wajib dilaksanakan, pembahagiannya juga berbeza.

Individu yang telah bernazar korban wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya.

Ini daripada hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah Ranha, Rasulullah bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلَا يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, maka hendaklah dia melakukan ketaatan tersebut. Manakala, barangsiapa yang bernazar untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT, maka janganlah dia melakukan kemaksiatan tersebut.

Hadis riwayat al-Bukhari: (6696)

Sekiranya seseorang itu telah memakan daging tersebut walaupun sebahagian, dia perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakan.

Tidak perlu lagi untuk dia untuk menyembelih haiwan yang lain sebagai ganti kepada bahagian yang telah dimakan tersebut. (Boleh dirujuk pada al-Mu’tamad fi Mazhab al-Syafie, 2:485)

Begitulah pembahagian daging korban untuk dijadikan panduan kepada anda. Semoga anda mendapat sedikit info tambahan untuk ibadah korban yang lebih bermakna.

sumber : EZ Qurban

Ciri-ciri Haiwan Korban Yang Sempurna- Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.- Biri...
05/06/2022

Ciri-ciri Haiwan Korban Yang Sempurna

- Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
- Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
- Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
- Unta: melebihi lima tahun

Haiwan tersebut haruslah tidak:

- Cacat telinganya walau terpotong sedikit
- Terpotong lidah atau ekor
- Kurus dan kurang daging
- Berkudis
- Buta
- Tempang
- Bunting

HUKUM QURBAN DAN AQIQAH PADA SEMBELIHAN YANG SAMAKedua-dua ibadah ini tidak mempunyai kaitan sama sekali tetapi keduanya...
05/06/2022

HUKUM QURBAN DAN AQIQAH PADA SEMBELIHAN YANG SAMA

Kedua-dua ibadah ini tidak mempunyai kaitan sama sekali tetapi keduanya adalah sunnah muakkad yang sangat dituntut.

Jadi persoalan yang timbul adalah, yang mana satu patut diberikan keutamaannya?

Jika dijawab pada dasarnya, sudah tentu ibadah akikah kerana ibadah ini selalu dilaksanakan untuk menyambut kelahiran baru.

Bagaimana p**a anak itu tidak diakikahkan dan sudah dewasa? Adakah beliau perlu akikah dahulu sebelum berkorban?

Soalan ini dapat dijawab sekiranya kita lihat pada sabda Nabi SAW yang membawa maksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi

Dari sabda ini, jelas akikah perlu diutamakan dari segi tuntutan.

Namun dari segi waktu p**a, apabila menjelang bulan Zulhijjah dan hampir kepada waktu korban, lebih elok didahulukan korban kerana pelaksanaannya hanya pada 10 hingga 13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun.

Sumber : EZ Qurban

BINATANG YANG DIBOLEHKAN UNTUK QURBAN?Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syara...
05/06/2022

BINATANG YANG DIBOLEHKAN UNTUK QURBAN?

Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

- Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
- Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
- Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak (Bahimatul An’aam) yang mempunyai empat kaki, dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki (Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban).

TERDAPAT 5 SYARAT SAH AQIQAH1. Niat aqiqahsyarat aqiqah anak lelakiSemasa menyembelih binatang aqiqah, penyembelih perlu...
05/06/2022

TERDAPAT 5 SYARAT SAH AQIQAH

1. Niat aqiqah
syarat aqiqah anak lelaki
Semasa menyembelih binatang aqiqah, penyembelih perlu berniat aqiqah dengan nama anak yang berkenaan.

Tetapi jika penyembelih terlupa untuk berniat aqiqah dengan nama bayi tersebut, ibadah aqiqah masih diterima sekiranya telah berniat untuk melakukan ibadah aqiqah ke atas anak semasa membeli dan menyembelih.

Aqiqah tersebut juga sah walaupun anak yang diniatkan itu tiada di lokasi penyembelihan.

2. Binatang ternakan atau aqiqah berkaki empat
syarat aqiqah anak lelaki
Syarat binatang sah adalah binatang berkaki empat yang halal dimakan tanpa kecacatan fizikal dan dalaman.

Haiwan aqiqah yang dimaksudkan adalah kambing, kerbau, kibas, biri-biri, lembu dan unta.

3. Memenuhi syarat penyembelihan
Ibadah aqiqah sah apabila syarat sah sembelihan diikuti dengan sebaiknya.

Antara syaratnya adalah:

Penyembelih beragama Islam, bukan mumayyiz dan bukan dalam keadaan ihram.
Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
Alat sembelihan yang tajam seperti parang, selain daripada gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.
4. Binatang aqiqah adalah sempurna
Selain binatang perlulah berkaki empat dan halal, ia juga harus sempurna dari segi fizikal dan dalaman.

Kecacatan yang menyebabkan haiwan itu tidak sempurna adalah seperti buta sebelah ataupun kedua-dua mata, kaki tempang, mempunyai sebelah telinga atau terlalu kurus dan sakit.

Haiwan tersebut juga perlulah tidak bunting.

Namun jika bunting, haiwan tersebut bukanlah haram dimakan.

5. Binatang cukup umur
Contoh umur haiwan aqiqah untuk mencukupi syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan adalah:

Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
Unta: melebihi lima tahun
Ini p**a cara pengagihan daging aqiqah:

⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
⅓ bahagian untuk saudara Islam yang memerlukan
Ini cumalah anggaran sahaja untuk dibahagikan.

Ini berdasarkan kata-kata Aisyah RA:

“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).” (Ibn Abi Shaybah)

Ada yang menganjurkan untuk daging aqiqah dimasak manis kerana Nabi SAW sukakan madu – namun ini cumalah sunat, terp**ang kepada pihak yang membuat aqiqah untuk menentukan menu apa yang sesuai.

Begitulah syarat sah aqiqah anak lelaki dan perempuan. Bagi anak yang sudah meningkat dewasa, para ulama’ berpendapat ibu bapa boleh membuat korban dan bukan lagi aqiqah.

Hal ini kerana, bagi anak-anak yang sudah dewasa atau baligh, mereka boleh membuat aqiqah sendiri.

Buat anda yang bakal menimang cahaya mata dan mahu membuat aqiqah, carilah sumber yang boleh dipercayai.

Asalkan objektif utama aqiqah terlaksana sudah memadai, iaitu memberikannya kepada golongan yang memerlukan.

Sumber : EZ Qurban

BILANGAN BAHAGIAN AQIQAH ANAK LELAKI DAN PEREMPUANSecara ringkasnya, aqiqah dilakukan dengan bahagian seperti berikut:1 ...
05/06/2022

BILANGAN BAHAGIAN AQIQAH ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Secara ringkasnya, aqiqah dilakukan dengan bahagian seperti berikut:

1 ekor kambing untuk anak perempuan
2 ekor kambing untuk anak lelaki
Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.
Bahagian ini adalah daripada hadis riwayat Aisyah berikut

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

1 bahagian lembu bersamaan 1 ekor kambing p**a ada disebut oleh al-Khatib al-SYarbini Rahimahullah di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.

Tetapi, aqiqah bayi lelaki dengan dua ekor kambing bukanlah satu kewajiban.

Ini kerana Nabi SAW pernah membuat aqiqah untuk cucu Baginda Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing-masing dengan seekor kibas.

Sumber : EZ Qurban

APAKAH PEBEZAAN AQIQAH DAN QURBANRamai dalam kalangan kita yang bila tiba je musim qurban mesti akan sedikit keliru tent...
05/06/2022

APAKAH PEBEZAAN AQIQAH DAN QURBAN

Ramai dalam kalangan kita yang bila tiba je musim qurban mesti akan sedikit keliru tentang perbezaan antara ibadah Aqiqah dan Qurban. Hakikatnya, ibadah kedua-dua ini ada banyak perbezaan. Antara perbezaannya adalah:

Tujuan
Aqiqah ini dilaksanakan dengan tujuan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata.

Qurban p**a dilaksanakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah Subhanahu Wata’ala. Qurban juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mengingati kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S.

Cara pembahagian daging
Aqiqah lebih afdhal dibahagikan daging yang sudah dimasak dan sunat dimasak dengan manis-manisan. Ianya juga lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dan orang-orang kaya.

Qurban p**a afdhal dibahagikan daging mentah dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin.

Tempoh pelaksanaan Aqiqah dan Qurban
Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.

Qurban hanya boleh dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha iaitu (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Bilangan bahagian binatang
Bahagian aqiqah kepada anak lelaki adalah dua bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian.

Qurban p**a hanya minima satu bahagian, nak bagi lebih pun boleh, mengikut kemampuan anda.

Tuntutan untuk melaksanakannya
Aqiqah hanya dituntut untuk melaksanakannya sekali seumur hidup.

Qurban p**a dituntut untuk melaksanakannya setiap tahun.

Sumber : AmalQurban

Apakah Maksud Qurban ?Perkataan qurban berasal dari bahasa arab yakni qariba – yaqribu – qurban yang artinya dekat. Dala...
05/06/2022

Apakah Maksud Qurban ?

Perkataan qurban berasal dari bahasa arab yakni qariba – yaqribu – qurban yang artinya dekat. Dalam kata lain, qurban bermaksud mendekatkan diri kepada Allah.

Qurban juga disebutkan sebagai al-udhhiyyah (أضحية)yang bermaksud binatang sembelihan seperti unta, kerbau, lembu, kambing yang disembelih pada hari raya Aidiladha (10 zulhijjah) selepas solat hari raya dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). Sangat digalakkan bagi mereka yang telah melepasi syarat-syarat qurban berdasarkan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar)

Syarat melaksanakan qurban adalah seperti berikut:

1. Beragama islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkemampuan
5. Merdeka (bukan golongan hamba)

sumber : EZ Qurban

APAKAH MAKSUD AQIQAH ?Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala  waktu lahirnya.” ...
05/06/2022

APAKAH MAKSUD AQIQAH ?

Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

Imam Ibnu Qayyim p**a menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS..

Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

Sumber dari : korbanaqiqah

Address

NO. 66A TINGKAT 1, Jalan PELABUR 23/A, SEKSYEN 23
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Aqiqah By ADE AZHAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Smart Aqiqah By ADE AZHAR:

Share