21/10/2021
Apabila anda memulakan perniagaan samada pemilikan tunggal atau perkongsian (Sdn bhd), anda sebenarnya membawa balik beban perundangan seperti Akta Syarikat, Akta Percukaian, Akta KWSP dan Akta Kerja. Ramai diantara pemilik perniagaan tak faham tentang Akta tersebut atau buat buat tak faham atau berfikiran hanya untuk menaikan jualan syarikat. Mereka bermatian untuk memajukan syarikat dgn memasarkan produk mereka dan meraih keuntungan.
Secara asas, dalam sebuah perniagaan perlu ada org yg bertanggungjawab dalam pengurusan operasi, pemasaran,sumber manusia dan yg paling penting kewangan.
Bidang kewangan sangat luas dan org yg bertanggungjawab utk mempastikan aktiviti kewangan direkod dgn teliti dan membuat laporan kewangan utk pihak berwajib.
Kebiasaan perniagaan tunggal tak mampu untuk mengambil kakitangan kewangan untuk menyediakan akaun syarikat yg betul. Mungkin risau kos gaji yg tinggi (secara purata kos gaji Eksekutif Kewangan dalam lingkungan RM3K sebulan tidak termasuk lain lain kos seperti KWSP, SOCSO dll). Atau mereka memikirkan penyediaaan akaun ini mudah dan bergantung kepada penyata bank. Ramai yg salah anggap "syarikat saya dah ada penyata bank, itulah akaun saya! "
Itu tanggapan yg silap, laporan kewangan asas perlu ada Penyata Untung & Rugi dan Kunci kira kira dan perlu dilakukan oleh kakitangan yg berpengalaman dalam bidang ini. Perniagaan diteruskan dari setahun ke setahun, akaun tak pernah dibuat, jualan terus meningkat, perniagaan makin maju. Mereka pun mula berfikir untuk mendapatkan pinjaman modal kerja dari bank. Bank akan minta Laporan kewangan beraudit paling kurang 3 tahun utk penilaian prestasi kewangan syarikat. Alamak!!! Mana nak buat tu... Cari agen perakaunan... Ehhhh mahalnya nak bayar kos agen ni. Kenapa mahal sangat! Boleh diskaun tak? Saya nak cepat, nak submit loan application kat Bank! Itulah scenario yg biasa saya alami.
Nasihat saya untuk peniagaan yang baru nak naik... Rancang perniagaan anda dengan teliti, ambilkira kos penyiapan akaun syarikat anda, Kalau mampu, cari kakitangan yg mahir dalam penyiapan akaun syarikat. Jangan berlengah tunggu 3/4 tahun baru nak cari akauntan!
Jgn risau, kami menyediakan perkhidmatan perakaunan dgn harga yg berpatutan. Saya akan tolong anda!
Like and share
FB PAGE: BUAT AKAUN MURAH
Sila hubungi saya untuk sebut harga