Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor

Directions Contact the business

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor Laman Facebook rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS).

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor ialah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi mempertingkat ekonomi masyarakat Melayu.
“Berjasa – Berjaya, Bangsa”

Sukacita dimaklumkan bahawa DPMM Selangor akan menganjurkan:PROGRAM SEMINAR EVOLUSI BIMSesi ini akan memberikan pencerah...
13/10/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa DPMM Selangor akan menganjurkan:

PROGRAM SEMINAR EVOLUSI BIM

Sesi ini akan memberikan pencerahan tentang Evolusi BIM yang memberi pendedahan mengenai cara mengurus maklumat dan aset dengan lebih bijak menggunakan teknologi digital.

📅 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Pejabat DPMM Selangor,
Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

🔗 Pendaftaran: [https://forms.gle/Kskp53NUtQ4ACV5F8]

Untuk pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Sekretariat DPMM Selangor di talian 03-5523 1997 (Pejabat / WhatsApp).

Terbuka kepada semua usahawan, Jom daftar segera!

13/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SETIAUSAHA AGUNG DPMM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Encik Muhammad Faizal bin Abdul Razak atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkuat kuasa 12 Oktober 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan organisasi, memperkasa agenda pembangunan usahawan Melayu serta memperkukuh peranan DPMM dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga segala usaha dipermudahkan dan terus membawa kejayaan kepada DPMM serta seluruh komuniti usahawan Melayu.

Tulus ikhlas daripada seluruh kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

13/10/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Seluruh kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Mazrol Nizam Abdullah atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang memegang amanah sebagai Setiausaha Agung DPMM.

Segala sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan amat dihargai dan akan terus dikenang. Semoga YBhg. Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.

Tulus ikhlas daripada seluruh kepimpinan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

11/10/2026
11/10/2026
28/09/2026

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fu ‘anha.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Seluruh Kepimpinan
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

TERIMA KASIH DPMM KEDAH 🤝🌱Alhamdulillah, ahli DPMM Selangor, AKE Benefigs menerima kunjungan delegasi DPMM Kedah yang di...
26/09/2026

TERIMA KASIH DPMM KEDAH 🤝🌱

Alhamdulillah, ahli DPMM Selangor, AKE Benefigs menerima kunjungan delegasi DPMM Kedah yang diketuai YDP Tuan Haji Zuhaizar Abdul Karim ke Ladang Buah Tin AKE Benefigs Shah Alam pada 26 September 2026.

Delegasi turut disantuni oleh DPMM Selangor yang diketuai YDP Tuan Ar. iDr. Hj Mohd Azli Md Yusof.

Lawatan ini membuka ruang networking, perkongsian pengalaman serta penerokaan peluang perniagaan dan kerjasama antara negeri, khususnya dalam industri buah tin dan produk hiliran.

Delegasi diberikan penerangan oleh pengusaha Benefigs, Saudara Ude Mohamad Hafidz Arifin, mengenai perkembangan industri buah tin serta teknologi dan kepakaran Benefigs dalam menghasilkan buah tin segar secara konsisten sepanjang tahun.

Ladang Shah Alam merupakan 1 daripada 7 ladang Benefigs di Malaysia, dengan rangkaian ladang lain di Selangor, Melaka dan Kelantan. Potensi industri ini juga luas untuk dikembangkan ke pasaran eksport.

Turut diperkenalkan produk hiliran seperti sambal buah tin, jem, jus, teh daun tin, produk penjagaan diri dan potensi farmaseutikal.

Delegasi turut berpeluang memetik dan menikmati buah tin segar terus dari pokok, serta mengenali keistimewaan pokok tin dalam Islam dan sejarah tamadun manusia.

Semoga kunjungan ini membuka lebih banyak peluang-peluang yang perniagaan, kolaborasi dan pengembangan industri buah tin antara usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di dalam dan luar negeri.

Terima kasih DPMM Kedah. Semoga silaturahim ini berkembang menjadi kerjasama yang memberi manfaat bersama.

Berjasa, Berjaya, Bangsa!

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 ...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh ahli DPMM Selangor.

Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan kecemerlangan terus menjadi kekuatan kita dalam membina perniagaan dan masa depan Malaysia yang lebih maju.

Berjasa, Berjaya, Bangsa! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMM Selangor).

📢 PELUANG PENYERTAAN JIWA SME 2026Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Astro Awani dan penaja utama Unifi menjemput semua u...
11/09/2026

📢 PELUANG PENYERTAAN JIWA SME 2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Astro Awani dan penaja utama Unifi menjemput semua usahawan yang berminat untuk menyertai Program Jiwa SME 2026.

📅 26 – 27 September 2026
📍 Paradigm Mall, PJ.

Program ini membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan bantuan, peluang, pendedahan dan jaringan perniagaan melalui pelbagai aktiviti seperti booth, podcast, networking serta sesi pitching.

Usahawan yang berminat diminta mengisi Google Form di bawah:

👉 https://forms.gle/cuB4CxfZwwhD6YLd7

Kami di DPMM Selangor menggalakkan anda semua untuk mengambil peluang yang baik ini. Terima kasih.

https://www.jiwasme.com.my/

SIRI BENGKEL PEMETAAN ISU PENUTUPAN PERNIAGAAN YANG RUMIT & MEMAKAN MASA📅 Khamis, 10 September 2026📍 Hotel Moxy Kuala Lu...
10/09/2026

SIRI BENGKEL PEMETAAN ISU PENUTUPAN PERNIAGAAN YANG RUMIT & MEMAKAN MASA

📅 Khamis, 10 September 2026
📍 Hotel Moxy Kuala Lumpur

Siri Bengkel Pemetaan bagi Isu Penutupan Perniagaan Yang Rumit & Memakan Masa anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Bengkel ini bertujuan untuk meneliti proses penutupan perniagaan sedia ada serta mengenal pasti inisiatif dan ruang penambahbaikan bagi mempermudah, mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses penutupan perniagaan.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Naib Presiden DPMM, Ar. Idr. Mohd Azli Md Yusof dan turut disertai oleh wakil-wakil agensi kerajaan serta pertubuhan perniagaan.

DPMM komited untuk terus menyumbang pandangan dan suara komuniti perniagaan dalam usaha mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih mudah, cekap dan mesra usahawan.

Address

No. 27 & 27A, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor:

Shortcuts

Share