Worldwide Holdings Berhad

Worldwide Holdings Berhad We are also a local pioneer in the medical device industry.

Worldwide Holdings Berhad is widely recognised as the leader and pioneer in environmental management service, and one of the players in the property development sector in the Klang Valley.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim Daripada Worldwide Holdings Berhad.


Kelab Sukan & Rekreasi Worldwide Holdings Berhad telah menganjurkan Program Ibadah Korban bersama kakitangan sempena sam...
30/05/2026

Kelab Sukan & Rekreasi Worldwide Holdings Berhad telah menganjurkan Program Ibadah Korban bersama kakitangan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di perkarangan Mercu Worldwide.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YBhg Datin Paduka Norazlina Zakaria turut meraikan majlis dengan kakitangan dan bersama sama menikmati juadah yang dihidangkan. Antaranya adalah sup dan kari daging yang telah dimasak sejurus selesai aktiviti melapah.

Sebahagian daging korban juga telah diagihkan kepada kariah wakil asnaf kawasan Masjid Nurul Huda, asnaf fakir miskin di PPRT Lembah Subang 2 dan PPRT Hicom, Shah Alam, dan wakil daripada Lembaga Zakat Selangor yang membuat agihan kepada asnaf fakir miskin di PPR Taman Medan. Di samping itu, kakitangan juga turut menerima agihan daging korban.


Kejohanan Boling Tahunan Gabungan Anak Syarikat PKNS (GASPKNS) 2026 telah berlangsung dengan meriah di Pyramid Megalanes...
30/05/2026

Kejohanan Boling Tahunan Gabungan Anak Syarikat PKNS (GASPKNS) 2026 telah berlangsung dengan meriah di Pyramid Megalanes, menghimpunkan warga kerja daripada pelbagai anak syarikat PKNS dalam semangat kesukanan, silaturahim dan kerja berpasukan.

Kejohanan tahun ini disertai sebanyak 30 pasukan yang mewakili 10 anak syarikat, iaitu PECB, PI Briliant Sdn Bhd, Selaman, SIC, Worldwide Holdings Berhad, PKNS FMI, PKNS PREC, Selgate, PKNS Golf Management Services dan KITA Retail Management.

Pada edisi kali ini, Pasukan Boling Worldwide Holdings Berhad terus mengukuhkan kedudukannya sebagai juara bertahan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Tahunan GASPKNS 2026. Kemenangan dengan jumlah keseluruhan 3,473 jatuhan pin itu menyaksikan Worldwide Holdings Berhad berjaya mempertahankan kejuaraan buat enam tahun berturut-turut sejak 2020.

Bagi kategori jatuhan pin tertinggi lelaki, tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Zaidi Daud daripada pasukan Worldwide A dengan jumlah 544 jatuhan pin.

Bagi kategori jatuhan pin tertinggi wanita, tempat ketiga dimenangi oleh Nur Husna Mohd Zainol daripada pasukan Worldwide A dengan 367 jatuhan pin.

Dalam kategori berpasukan, juara kategori berpasukan menjadi milik pasukan Worldwide A dengan jumlah 1,882 jatuhan pin.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara anak syarikat PKNS, malah turut menyemarakkan budaya hidup sihat, semangat kesukanan serta kerjasama strategik dalam kalangan warga kerja GASPKNS.


26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Worldwide Holdings Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT, serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, kebersamaan dan kepedulian dalam masyarakat.

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.


25/05/2026

Behind every milestone, groundbreaking project, and sustainable innovation at Worldwide Holdings Berhad, there is a dedicated team driving the vision forward.

From the visionary leadership of our past Chairman, Directors, and Managing Directors to our current Group Chief Executive Officer, YBhg. Datin Paduka Norazlina Zakaria, and our entire workforce. Our people are our greatest strength.

As we pave the way for a more sustainable future, we remain united in our mission to innovate, grow, and make a lasting impact. The legacy continues, powered by the incredible faces of Worldwide Holdings Berhad.



TENDER NOTICE WT2026-00114 - APPOINTMENT OF SUPPLIER(S) FOR THE SUPPLY AND DELIVER FLY ASH STABILIZATION CHEMICALS FOR O...
25/05/2026

TENDER NOTICE
WT2026-00114 - APPOINTMENT OF SUPPLIER(S) FOR THE SUPPLY AND DELIVER FLY ASH STABILIZATION CHEMICALS FOR OPERATIONAL PHASE OF 26MW WORLDWIDE JERAM WTE SDN. BHD. MUKIM JERAM, KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

Starting date: 25 May 2026 (Mon)
Closing date: 12 June 2026 (Fri)

22/05/2026

From our modest beginnings to building a diversified excellence in sustainable infrastructure and key industry sectors, the past 36 years has been defined by perseverance, resilience, innovation, growth, and the collective strength of our people.

Every milestone achieved reflects our unwavering commitment to empowering communities, powering energy sectors, and driving green transformation across the region. As we move forward, we remain dedicated to setting new benchmarks for the future.

We look ahead with a clear vision to remain one step ahead of the future.



TENDER NOTICEWT2026-00168 - TENDER FOR DESIGN, SUPPLY, INSTALLATION, TESTING & COMMISIONING OF PORTABLE PRE-TREATMENT SY...
22/05/2026

TENDER NOTICE
WT2026-00168 - TENDER FOR DESIGN, SUPPLY, INSTALLATION, TESTING & COMMISIONING OF PORTABLE PRE-TREATMENT SYSTEM FOR 1200MW PULAU INDAH POWER PLANT (“PIPP”)

Start Date: 25 May 2026 (Mon)
Closing Date: 26 June 2026 (Fri)

TENDER NOTICEWT2026-00201 - TENDER TO SUPPLY AND INSTALL ONE (1) SET OF GAS TURBINE INTAKE FILTER FOR 1200MW PULAU INDAH...
22/05/2026

TENDER NOTICE
WT2026-00201 - TENDER TO SUPPLY AND INSTALL ONE (1) SET OF GAS TURBINE INTAKE FILTER FOR 1200MW PULAU INDAH POWER PLANT (“PIPP”)

Start Date: 25 May 2026 (Mon)
Closing Date: 12 June 2026 (Fri)

Worldwide Holdings Berhad hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Worldwide Holdings Berhad yang ke-36 s...
18/05/2026

Worldwide Holdings Berhad hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulang Tahun Worldwide Holdings Berhad yang ke-36 sempena penubuhan syarikat yang genap pada 18 Mei 2026.

Majlis penuh bermakna ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria, barisan kepimpinan serta seluruh kakitangan Worldwide Holdings Berhad. Majlis turut diserikan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Harith, Imam 1 Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan, kakitangan turut diraikan menerusi sesi interaktif Kahoot yang mengetengahkan pelbagai soalan berkaitan sejarah penubuhan, perkembangan serta pencapaian Worldwide Holdings Berhad sepanjang 36 tahun penubuhannya. Aktiviti tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh kesyukuran dan penghargaan terhadap perjalanan serta pencapaian Worldwide Holdings Berhad dalam menerajui pembangunan mampan dan membina masa depan yang lestari.

Sebagai simbolik penghargaan dan kesyukuran atas pencapaian yang dikecapi, majlis turut disempurnakan dengan acara pemotongan kek ulang tahun, melambangkan komitmen berterusan syarikat dalam merealisasikan visi dan aspirasi organisasi.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian tadabbur Surah Yasin yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fazrul Ismail, yang memberikan pengisian rohani serta suntikan inspirasi kepada seluruh warga kerja yang hadir. Istimewanya, setiap kakitangan turut diberikan cenderahati berupa buku tadabbur Surah Yasin sempena sambutan ulang tahun ini, yang mana kandungan buku tersebut telah dikupas secara mendalam oleh beliau sepanjang sesi perkongsian berkenaan.


Address

Mercu Worldwide, 7, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Section 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355262525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Worldwide Holdings Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Worldwide Holdings Berhad:

Share