08/09/2025
Bitcoin 💸Sebagai Treasury Korporat: Peluang & Hadnya
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, muncul satu trend baharu dalam dunia korporat iaitu syarikat menjadikan Bitcoin (BTC) sebagai sebahagian daripada treasury mereka. Idea ini mula popular selepas kejayaan syarikat seperti MicroStrategy, yang melonjakkan harga sahamnya dengan strategi menyimpan ribuan unit Bitcoin sebagai aset rizab.
Mengapa Syarikat Menyimpan Bitcoin?
1. Lindung Nilai (Hedge) – Bitcoin dilihat sebagai perlindungan daripada inflasi dan ketidakstabilan mata wang fiat.
2. Daya Tarikan Pelabur – Pegangan Bitcoin memberikan “branding” moden, menarik pelabur kripto dan institusi.
3. Potensi Kenaikan Nilai – Dengan bekalan terhad (maksimum 21 juta), banyak syarikat berharap nilai BTC akan terus meningkat.
Kesan Kepada Pasaran
1. Supply Crunch: Apabila syarikat-syarikat besar membeli dan menyimpan BTC dalam jumlah besar, bekalan di pasaran semakin berkurang. Data menunjukkan baki BTC di bursa kripto jatuh ke bawah 15% daripada jumlah keseluruhan (tahap terendah sejak 2018.)
2. Kenaikan Harga: Kekurangan bekalan ini meningkatkan tekanan harga naik, terutamanya ketika permintaan tinggi.
3. Dominasi Institusi: Pasaran kripto tidak lagi hanya digerakkan pelabur runcit, tetapi juga syarikat tersenarai yang menggunakan modal awam untuk mengumpul aset digital.
Trend di Kemuncaknya
Walaupun strategi ini memberi kesan positif jangka pendek, ramai penganalisis berpendapat trend “crypto treasury companies” kini sudah sampai ke kemuncaknya. Ini kerana Syarikat akan berhadapan dengan;
1. Risiko Penilaian Berlebihan.
- Iaitu nilai sesebuah syarikat boleh bergantung lebih kepada harga Bitcoin berbanding prestasi operasi sebenar.
2. Kitaran Pasaran.
- Jika harga Bitcoin merosot, syarikat-syarikat ini mungkin terpaksa menjual pegangan, mencetuskan tekanan ke bawah yang lebih kuat.
3. Fenomena Sementara (hype).
- Ada pandangan bahawa strategi ini lebih kepada hype jangka pendek, bukannya model perniagaan jangka panjang yang mampan.
📌 Kesimpulan
Idea menjadikan Bitcoin sebagai aset treasury telah mengubah landskap pasaran kripto dengan mewujudkan supply crunch yang menyokong kenaikan harga. Namun, dengan semakin ramai pemain institusi terlibat, trend ini berisiko menjadi gelembung yang sukar dikekalkan. Dalam jangka panjang, hanya syarikat dengan strategi kewangan seimbang (bukan sekadar bergantung pada Bitcoin) akan mampu bertahan.