21/09/2026
Hari ini bukan sekadar farewell, tapi satu momen yang cukup bermakna buat kami semua.
5 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Banyak kenangan, cabaran, gelak tawa dan susah senang yang kita lalui bersama. Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada perjalanan EZ Global selama ini. Jasa, komitmen dan segala sumbangan Azam akan sentiasa kami hargai.
Kami sangat gembira melihat Azam melangkah ke fasa baharu dalam hidup, lebih-lebih lagi apabila Azam mendapat peluang untuk menjadi seorang guru. Semoga kerjaya baharu ini menjadi jalan untuk Azam memberi manfaat kepada lebih ramai orang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Perginya seorang staff, tetapi kenangan dan persahabatan yang terbina selama 5 tahun akan tetap kekal.
Terima kasih untuk 5 tahun yang penuh dengan cerita. Selamat maju jaya dalam perjalanan baharu. Semoga Allah permudahkan setiap langkah, luaskan rezeki dan berikan keberkatan dalam kerjaya sebagai seorang guru.
Once part of EZ Global, always part of the EZ Global family. ❤️
All the best and thank you for everything! 🌷Azam Enzo 🌹