Brader KurtaBatik

Brader KurtaBatik Nak bina banglo idaman sendiri tapi tak tahu kat mana nk start? Terima kasih kerana FOLLOW, LIKE & SHARE.

Melalui page ini saya akan berkongsi tips-tips menarik dan info yang 'rare' untuk membantu anda menjadikan banglo idaman anda satu realiti.

15/10/2023
PEGUAM: PASTIKAN ADA SURAT LANTIKAN KONTRAKTORAda ke kat group ni yang dah ready nak mula bina rumah?Semalam kebetulan s...
23/03/2022

PEGUAM: PASTIKAN ADA SURAT LANTIKAN KONTRAKTOR

Ada ke kat group ni yang dah ready nak mula bina rumah?

Semalam kebetulan saya terjumpa kawan lama saya, seorang peguam yang dah banyak buat perjanjian bina rumah.

Banyak yang kami borakkan tentang isu-isu bina rumah sendiri.

Tapi salah satu isu yang menarik bagi saya adalah isu Surat Lantikan Kontraktor.

Menurut beliau, ramai pemilik rumah tak sediakan Surat Lantikan Kontraktor ni sebelum buat perjanjian bina rumah.

Kesannya?

Bila tak de Surat Lantikan ni, mulalah ada masalah pemilik rumah dan kontraktor tak setuju tentang banyak perkara bila nk draft kontrak.

Paling selalu bertelagah soal harga kontrak. Janji mulut harga lain, bila nak sign kontrak jadi harga lain.

Sampaikan ada yang tak jadi buat rumah sebab dah hilang rasa percaya antara pemilik rumah dan kontraktor.

Dah membazir duit bayar lawyer dan masa semua orang.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, PASTIKAN sebelum nak sediakan kontrak, sediakan dulu Surat Lantikan Kontraktor.

Tapi tak tahu macam mana nk tulis Surat Lantikan Kontraktor?

Boleh download secara percuma sampel surat yang saya dah siapkan:

https://bit.ly/3KZKijq

Kalau tak nak pakai sekarang pun tak pe, just download je dulu. Tak payah susah-susah nak cari di kemudian hari.

Semoga bermanfaat.

Brader KurtaBatik
https://www.facebook.com/BraderKurtaBatik

Salah satu sebab kenapa saya pilih untuk bina rumah sendiri....Sebab rumah kat Malaysia memang mahal!Siapa setuju? 🙋‍♂️
11/03/2022

Salah satu sebab kenapa saya pilih untuk bina rumah sendiri....

Sebab rumah kat Malaysia memang mahal!

Siapa setuju? 🙋‍♂️

07/03/2022

J*p eh... Just nak tanya, ejaan yg mana satu betul:

Banglo, bunglo ke bungalow? 😅

THE BIG WHYIni ialah sebuah pengakuan.Tahun ni (2022) saya akan masuk kelab 4-series. Tapi saya tak ada rumah sendiri da...
07/03/2022

THE BIG WHY

Ini ialah sebuah pengakuan.

Tahun ni (2022) saya akan masuk kelab 4-series. Tapi saya tak ada rumah sendiri dan masih menyewa.

Dulu saya ada dua rumah; satu di Penang dan satu di Putrajaya tapi dua-dua saya jual utk jadikan modal buka business francais.

Tapi business tu lingkup dan sampai hari ni saya tak beli rumah lagi (That's another story for another time).

Ramai yang pelik kenapa tak beli rumah?

Sedangkan dh dekat 10 tahun bergelumang dengan dunia hartanah sebagai agen hartanah (sekarang diaorg panggil perunding hartanah).

Kalau hampir tiap-tiap hari tengok rumah, takkan tak de rumah yg berkenan di hati?

Tapi tulah masalah nyer kalau dh spoilt for choice. Kita akan mula compare dan akan nampak ada je yg tak kena dengan setiap rumah atau dalam erti kata lain: FUSSY, MEMILIH, CEREWET. 😅

Tapi sekarang bila anak-anak dh mula nk melangkah masuk usia remaja, masing-masing dh mula mengaruk nak ada bilik sendiri, nak privasi konon nyer...

Dan bila umur dah masuk 40-an ni dalam hati pun dah mula rasa nak cari satu tempat yg we can call home until we get old.

Dah malas dah nak pindah-pindah.

Lepas perbincangan hati ke hati dengan kekasih hati abadi 🥰 (bagi can lah nak jiwang sekali sekala), we decided the only way we can actually get a house yg memenuhi keperluan dan citarasa kami:

BINA BANGLO SENDIRI

Masalahnyer, kalau nak cari dan pilih tanah utk buat banglo tu in shaa Allah boleh lah sebab dh biasa dgn dunia hartanah ni...

Tapi bab-bab construction, dapatkan approval, mcmana nk dptkan loan, pilih bahan binaan & etc... mmg tak de ilmu dan pengalaman langsung!

Dan kat luar sana, saya dah cari memang tak de satu sumber lengkap sebagai rujukan utk org yg nk bina banglo sendiri mcm saya ni... kebanyakan cuma kontraktor yg nk promote business mereka...

Sebab tu saya buat page ni supaya saya boleh jadi macam reporter.. kalau ada info or maklumat yang bermanfaat berkaitan dgn proses nk bina banglo saya akan share di sini..

Semoga ini dapat jadi saham akhirat saya.. Aamiin

Dan doakan saya istiqomah yea puan-puan dan tuan-tuan.. Tak nak ni jadi hangat-hangat tahi ayam jea... 🙏🙂

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brader KurtaBatik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Brader KurtaBatik:

Share