22/01/2024
Pentingnya Pematuhan Cukai dan Pengurusan Kewangan Strategik Hadapi Cabaran Ekonomi 2024
Salam sejahtera semua warga Telegram Nak Urus Bisnes,
Saya harap anda sihat sejahtera. Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai artikel terkini berkenaan perubahan cukai di Malaysia yang mungkin memberi impak besar kepada perniagaan kita.
Ini link artikel tersebut.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2024/01/15/with-new-taxes-come-shared-responsibilities
Sejak minggu lepas dah dipaparkan, namun saya masih rasa amat penting untuk anda semua alert dan ambil masa untuk baca. Cuma dalam Bahasa Inggeris dan sedikit teknikal, along the way nanti saya akan cuba kupas dengan bahasa yang lebih mudah difahami.
Seperti yang telah disebutkan, tahun 2024 akan menjadi tahun di mana Malaysia memperkukuhkan asas fiskalnya untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Langkah-langkah kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kebergantungan kepada eksport petroleum adalah satu keperluan strategik.
Beberapa perubahan cukai yang signifikan yang akan berlaku dalam beberapa bulan ini turut akan memberi impak kepada perniagaan kita. Ini termasuklah cukai barang murah, cukai keuntungan modal, cukai perkhidmatan, cukai barang mewah, e-Invoicing, dan cukai minimum global.
Sebagai usahawan yang bijak, adalah penting untuk memahami dan menyusun strategi bagi menguruskan pematuhan cukai dan pengurusan kewangan dengan bijak. Pematuhan cukai yang baik dan pengurusan kewangan strategik akan memberi kelebihan dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar pada tahun 2024.
Kami di RichWorks International ingin membantu anda menyediakan diri untuk cabaran ini. Kami menawarkan program latihan Keusahawanan yang dirangka khas untuk membantu usahawan menguruskan pematuhan cukai, pengurusan kewangan, dan strategi keseluruhan perniagaan.
Jangan lepaskan peluang untuk memperkukuhkan pengetahuan anda dalam bidang ini. Klik pautan pendaftaran di bawah untuk kami bantu anda hadapi cabaran perubahan melibatkan percukaian ini tahun ini.
https://bit.ly/efp-nakdibantu
Kami yakin bahawa dengan pengetahuan yang betul dan strategi yang bijak, anda boleh memastikan kejayaan perniagaan anda dalam menghadapi cabaran ekonomi yang dinamik.
Terima kasih atas perhatian anda semua. Jika ada sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan, jangan ragu untuk menghubungi kami dan klik link di atas.
Komen juga pendapat anda dan soalan jika ada ya.
Terima kasih.
Nasrul Hadi
Chartered Accountant, RichWorks International