04/10/2023
Siakap merah atau kakap merah yang lebih dikenali dengan nama umum mangrove jack (MJ) atau mangrove red snapper tergolong dalam genus Lutjanus dan keluarga besar Lutjanidae dengan membawa nama saintifik, Lutjanus Argentimaculatus
Mengikut data taburan spesies, ikan ini merupakan spesies natif di Lautan India dan barat Lautan Pasifik. Taburan ini termasuk di perairan di Afrika sehingga ke Samoa. Selain itu spesies ini turut boleh ditemui di perairan Australia, di kawasan Asia dan Asia Tenggara.
MJ merupakan predator yang digeruni sebab sifat rakusnya yang membaham apa sahaja yang melewati kawasan jajahannya.
Barisan gigi tajam di hadapan mampu mengoyakkan dan memutuskan mangsa dengan hanya sekali ragut saja.
Kalau ke estuari / sungai muara ikan ni memang seronok dipancing. Kecil-kecil cili padi, korang jangan pandang rendah dengan ikan ni.
Hantarkan saja gewang anda ke kawasan kayu tenggelam, batu, bawah dahan pokok, celah daun nipah dan kawasan simpang sungai. Pasti ada MJ ni mengendap untuk buat serangan mengejut.
Jahat, licik, kuat. Ini 3 perkataan saya gambarkan untuk MJ ni.
Isinya juga sedap dimakan dan jarang-jarang saya lepaskan balik ikan ni melainkan kalau saiznya terlampau kecil.
Kunjungan baru ni dapat MJ ni yang berskala 2.2lb. Sambaran diterima dari bawah pohon nipah. Tarikan yang cukup kuat saya sangka blackbass rupanya dia.
Gelekan renangan yang stabil dari gewang lagenda Yozuri Hardcore SH60sp Hot Tiger ini nampaknya berjaya menggangu sarang tempat MJ ni sedang berehat.
Namun saya agak kecewa rupanya kamera hanya on tanpa direkod semasa kejadian ni 😠tak apalah tak ada rezeki nak bagi kawan-kawan tengok macam saya tarik ikan ni di kawasan sempit.
Mujur peralatan yang saya gunakan bertahan dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah ikan serah diri.
Dapat gambar pun jadilah 🥰
Tackle info:
- Reel: Shimano Aldebaran MGL 30HG
- Rod: Custom blank by Adil Arif
- Line: unknown (tak ingat)
- Leader: Shimano Ocea Leader 20lb
- Apparel: Shimano
Ikan selamat jadi lauk 😋