Sambal Hitam Belimbing Viral

Sambal Hitam Belimbing Viral Gabungan Unik Rasa Pedas, Masam, Manis dan Garing Sambal Hitam yang Membuat Anda Ketagih. Sambal Belimbing Hitam Ketagih �

Alhamdulillah....ramai yg pm akak...Sambal Nasi Lemak yg di cuba menjadi....ada yg s**a Sambal Gelap camni...Kita GengSe...
30/09/2024

Alhamdulillah....ramai yg pm akak...Sambal Nasi Lemak yg di cuba menjadi....ada yg s**a Sambal Gelap camni...Kita Geng
Semoga ilmu ini dapat di menafaatkan untuk keluarga tercinta....
Terima kasih kerana sudi belajar..
Menuntut ilmu tiada penghujungnya.....
Siapa yg dah cuba...boleh bagi 'feedback' thumbs up

Akak tulis balik deh...agaknya ada yang terlepas pandang...

SAMBAL BILIS-

- Bawang besar 2 labu
- Bawang putih- 3 ulas
- Chili blend- dlm 2 senduk
- Belacan- besar ibu jari
- Air Asam Jawa- dlm 2 sudu
- Nissang/Gula Merah/ Gula Melaka- 1 keping - kecik
- Garam,Kiub Ayam(Optional)- secukup rasa
- minyak utk menumis
- Segengam Bilis- Optional klu nak blend (sb kekdg ada di antara kita tak s**a bilis dlm Sambal)
Bawang besar,bawang putih - Blend

Dapatkan banyak lagi resepi dekat sini >>https://t.me/KoleksiResepiEnak
Follow Sambal Hitam Belimbing Viral

CARA2-

-Mcm biasa...tumis chili n bawang
-Sambal ni...klu nak sedap...masak atas api yg sederhana hingga chili tu betul2 masak- tmbh air 3-4x...masak smpi chili bertukar gelap...pastikan api jgn kuat...nantikn hangus dan pahit minyak menumis juga pastikan cukup
Rasa masam manis masin...ikut selera masing2

# Bila chili betul2 masak...Sambal kita kn tahan agak lama dlm 1 bulan,walaupun tak masuk fridge
# pastikan tiap x nak ambik sambal tu...jgn guna sudu yg tercemar...In Shaa Allah...kn tahan n tk perlu buat Sambal tiap x nak mkn Nasi Lemak.
# Nenek kita dulu2...kalau pergi menunaikan haji...berbulan2 naik kapal...bekalan ini lah mereka bawa bersama
- akak dpt tahu citer ni dari Bonda akak...ini lah resepi yg kami adik beradik praktikkan .

Kredit : Ain Johan









Resipi asli untuk sambal hitam belimbing buluh boleh berbeza-beza mengikut tradisi dan selera tempatan, tetapi berikut a...
22/03/2024

Resipi asli untuk sambal hitam belimbing buluh boleh berbeza-beza mengikut tradisi dan selera tempatan, tetapi berikut adalah satu contoh resipi yang boleh anda cuba:

Bahan-bahan:

200g belimbing buluh, dipotong 1cm
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:

10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan
6 biji cili merah segar
6 biji cili kering
1 batang serai
1/2 ibu jari kunyit hidup

Cara-cara:
1.Bersihkan dan potong belimbing buluh kepada kepingan 1cm, ketepikan.
2.Kisar semua bahan untuk kisar bersama, termasuk serai.
3.Panaskan kuali dan masukkan kira-kira 3 atau 4 sudu besar minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
4.Masukkan belimbing buluh dan goreng selama kira-kira 10 minit sehingga ia lembut.
5.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

**Nota**
Resipi ini memberikan sambal yang pedas dan masam, sesuai untuk dinikmati bersama nasi panas. Anda boleh menyesuaikan jumlah cili dan bahan-bahan lain mengikut kepedasan yang diingini. Selamat mencuba.









Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yg orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari2 tau..Makan dgn apa...
21/03/2024

Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yg orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari2 tau..

Makan dgn apa saja pun sedap..😋😋
Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sb tu sambal ni rangup.😉

Nak lagi resepi follow Resepi Hidangan Nasi & Lauk Enak

SAMBAL BILIS RANGUP
--------------------------------------

Ikan bilis dibasuh dan di toskan hgga kering
Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih pun dihiris
Cili kering di basuh dan keringkan
Asam keping,garam dan gula
Tepung beras,tpg jagung dan tepung gandum@ Tepung Tempura Bestari

CARA:

1.Gaul ikan bilis dgn ketiga² tepung tadi.akak lebihkan tepung beras dari tepung yg lain.s**atan agak2 je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye..

2.Gaulkan juga bawang kecil,bwg putih td dengan tepung2 tadi.

3.Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan.kena kawal api ye kalau tak hangus nanti.agak2 dh golden brown bole angkat dan toskan.

4.Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.

5.Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak2 garing tapi jgn sampai hangus nanti pahit.kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye..

6.dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping.gula lebihkan sikit ye.kacau sampai gula dan garam larut.

7.Kemudian tutup api dan sejukkan sambal.bila dah sejuk baru masukkan bahan2 goreng td dan kacau rata.

Siap utk dinikmati..😋😋😊😊❤️❤️

Edit post: jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yg dah di gaul dgn semua bahan2 td dan toskan dgn penapis. Kemudian lapik dgn tisu dapur dlm bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi..

SELAMAT MENCUBA😊

Kredit resepi : Noriza Jaja











20/03/2024

Jangan tinggalkan solat dan al quran. 2 perkara ni akan jaga kita di akhirat dan di alam barzakh nanti. InsyaAllah.

Sambal Hitam Belimbing Viral

Sedapnya sambal hitam viral ni makan dengan nasi panas-panas kan 🤤
06/06/2023

Sedapnya sambal hitam viral ni makan dengan nasi panas-panas kan 🤤

27/08/2021

RESEPI KEMBUNG MASAK PEDAS ALA THAI

- Ikan kembung di goreng dgn gram dn sedikit kunyit ketepi kn
- cili merah
- cili hijau
- cili padi merah
- cili padi hijau
- serai 3 btg
- bwg Putih dlm 6 ulas
(Balnder semua bahan jgn hancur sgt ye)
-sos ikan
-sos tiram
-sos cili
-sos tomato
- gula
-air seckupnya
Panaskan minyak tumis bahan balander smpi pecah minyak.
Masukkan semua sos² tu dn gula gaul rata
(Garam x perlu ye sbb semua bahan dh masin)
Masukkan sedikit air utk kuahnya agak² la ye.
Biar mendidih.
Last skli masukkan hiris daun limau purut bwg holland dn ikan goreng.
Gaul rata siap...

Selamat mencuba 😋😋😋

26/08/2021

Resipi Garlic Bread & Creamy Mushroom

Bahan2:
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 st daun parsley
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sb mentega
1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:

1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.
2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.
3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.
4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.
5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread

BAHAN-BAHAN:
Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley
1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus

CARA MEMASAK:

1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali l***r masak hingga garing & keperangan.

Selamat Mencuba!

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sambal Hitam Belimbing Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sambal Hitam Belimbing Viral:

Share