Fadhli Saadon

Fadhli Saadon - Konsultan Pengurusan Dan Marketing Bisnes Setempat

- Pengurus Projek ABS Digital Media

NABI ADALAH USAHAWAN AL-AMIN1) Nabi Muhammad dikenali sejak remaja lagi sebagai seorang yang jujur, amanah dan dipercaya...
09/01/2023

NABI ADALAH USAHAWAN AL-AMIN

1) Nabi Muhammad dikenali sejak remaja lagi sebagai seorang yang jujur, amanah dan dipercayai.

Nabi membuat bisnes servis menjaga kambing bagi pemilik kambing.

Nabi diberi kepercayaan oleh pemilik kambing untuk menjaga ternakan mereka.

2) Sejak umur 12 tahun, Nabi dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Ketika ini Nabi bekerja dengan bapa saudaranya dan dilatih menjalankan bisnes trading dengan mendagangkan barangan sehingga ke luar negeri.

Nabi membina nama baik dalam kalangan rakan bisnes Abu Talib di dalam dan luar bandar Mekah.
..

3) Pada usia 18 tahun, Nabi menjalankan perniagaan tradingnya sendiri.

Nabi sudah terkenal sebagai seorang yang bertanggungjawab dan amanah menjalankan urusan bisnes sepanjang bekerja dengan Abu Talib.

Pelanggan pertama Nabi adalah Khadijah.

4) Khadijah menyediakan modal dan barang dagangan untuk diusahakan oleh Nabi.

Hasil kebijaksanaan dan pengalaman Nabi bekerja dengan Abu Talib, Nabi berjaya melipat gandakan keuntungan untuk Khadijah.

5) Sejak itu, ramai penduduk Mekah termasuk orang Yahudi menggunakan khidmat Nabi untuk mendagangkan produk-produk mereka.

Nabi dikenali sebagai orang yang amanah dan dipercayai.

Kerana itulah Nabi digelar Al-Amin.
..

6) Nabi menjalankan bisnes dengan jujur dan amanah.

Gelaran Al-Amin adalah gelaran yang diberi oleh orang Arab dan Yahudi kepada Nabi sebelum menjadi Rasul lagi.

Nabi tidak "self-proclaim" diri Nabi sendiri sebagai Al-Amin.

Selepas Nabi dilantik menjadi Rasul, orang kafir Mekah hanya menolak dakwah Nabi, tetapi mereka masih mempercayai Nabi dalam urusan keduniaan.

7) Modal sosial Nabi adalah nama baik Nabi.

Marilah kita mencontohi Nabi sebagai seorang yang amanah dan dipercayai.

Bina modal sosial kita dengan membina nama baik.

Modal sosial lebih mahal berbanding modal material seperti wang.


Buku Motivate Like Muhammad.Setiap orang mampu mengaplikasikan kaedah Nabi dalam menaikkan motivasi orang lain sama ada;...
09/01/2023

Buku Motivate Like Muhammad.

Setiap orang mampu mengaplikasikan kaedah Nabi dalam menaikkan motivasi orang lain sama ada;

- Majikan kepada pekerjanya.
- Guru kepada pelajarnya.
- Ketua kepada orang bawahanya.
- Pengurus kepada anak buahnya.
.

Di kalangan Nabi ada pelbagai jenis dah tahap Sahabat.

- Ada Sahabat yang bijak dan tinggi kedudukannya.

- Ada Sahabat yang kurang berpelajaran.

- Ada Sahabat yang sudah lama beriman dan berjuang bersama Nabi.

- Ada Sahabat yang baru sahaja memeluk Islam.

- Ada Sahabat yang berani dan tegas.

- Ada Sahabat yang kurang berani dan lemah.
.

Buku Motivate Like Muhammad ini menerangkan kaedah Nabi menaikkan semangat dan motivasi pelbagai kategori Sahabat.

Kaedah-kaedah ini adalah petunjuk untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita pada hari ini.

02/01/2023

BUSINESS ETHICS DAN PERSONAL ETHICS

Business Ethics atau akhlak bisnes adalah cara menjalankan dan mengurus bisnes dengan betul.

Apabila bisnes dijalankan dengan mengikut akta dan proses pengauditan yang betul, maka bisnes itu telah mengamalkan Business Ethics yang betul.

Syarikat yang melanggar Business Ethics boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan atau disaman oleh pelanggan.

Personal Ethics p**a adalah akhlak peribadi yang perlu ada pada semua orang bukan sahaja orang bisnes.

Contohnya sifat jujur dan amanah adalah akhlak peribadi yang perlu ada pada setiap orang tidak kira apa pun bidang yang diceburi.
..

Ramai orang bisnes keliru antara Business Ethics dengan Personal Ethics.

Mereka sangka menjadi individu yang baik dengan Personal Ethics yang bagus sahaja sudah cukup tetapi aspek Business Ethics dalam perniagaannya ditinggalkan.

Contohnya secara Personal Ethicsnya dia bagus kerana beribadat dan berbuat baik dengan orang lain di luar urusan bisnes, tetapi Business Ethicsnya gagal seperti;

- Tidak mematuhi undang-undang pengambilan pekerja.

- Tdak membayar gaji dan menunaikan hak-hak pekerja seperti yang sepatutnya.

- Tidak menjalankan audit syarikat.

- Memanip**asi laporan kewangan supaya tidak dikenakan cukai atau untuk memanip**asi pelabur.

- Tidak jujur dalam mempromosikan manfaat produk dengan niat memanip**asi pelanggan supaya membeli.
.

Ada peniaga yang rasa dia sudah cukup baik secara peribadi tetapi mengabaikan atau tertinggal dalam menjaga aspek Business Ethics.

Ada p**a peniaga yang gagal akhlak peribadinya dan terlibat dengan dosa peribadi seperti curang dalam perkahwinan atau tidak cukup ibadatnya, tetapi dia menjaga Business Ethicsnya dan menjaga hak-hak mereka yang terlibat dalam urusan bisnes dengannya.

Sebaiknya usahawan perlu menjaga kedua-dua Personal Ethics dan Business Ethics ini dan faham perbezaan antara keduanya serta tidak mengabaikan salah satu daripadanya.


Khairul Fadhli Saadon
Penulis

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fadhli Saadon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fadhli Saadon:

Share