21/08/2026
Beberapa tahun lalu Robert Samuel yang tinggal di New York hadapi masalah untuk dapatkan pekerjaan.
Sampailah satu hari poketnya kering.
Pada masa yang sama, iPhone terbaru akan dilancarkan dan mula dijual dalam jumlah terhad.
Ini beri Samuel idea untuk tawarkan servis beratur di kedai iPhone kepada mereka yang teringin dapatkan iPhone tersebut tetapi tidak ada masa atau tak sanggup hendak beratur lama.
Beliau dapat hampir 4 ratus dollar setelah beratur berbelas jam.
Bukan itu sahaja, Samuel turut panggil rakan-rakannya untuk beratur dan mereka juga jual air kotak kepada pelanggan-pelanggan iPhone yang sedang beratur.
Pendapatan mereka cecah 14 belas ribu dollar kerana masa itu iPhone menjadi rebutan di sana dan ramai yang beratur.
Bermula dari sini, Samuel mulakan bisnes Same Old Line Dudes yang tawar servis beratur untuk apa jua program dan acara.
Pekerjanya terdiri dari pekerja kolej, pesara, rakan-rakan, jiran tetangga dan siapa sahaja yang sanggup beratur lama.
Jika perlu tidur semalaman mereka diberi khemah kecil yang turut jadi alat pemasaran untuk bisnes Samuel.
Bisnesnya kecil dan mudah sahaja tetapi ia sudah cukup untuk tampung kehidupannya dan bantu mereka yang ingin cari pendapatan sampingan.