NORANIZA ANWAR
===============
Hajjah Noraniza Anwar atau lebih dikenali dengan Aniz Hj Anwar merupakan graduan Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling Psikologi dari Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas dan mendalam dalam bidang kaunseling keluarga & perkahwinan, pengurusan stress , kesihatan mental, masalah depresi, kemurungan, penderaan silam, trauma, pembangunan insan
juga analisis personaliti dan kerjaya serta transformasi diri. Mengetengah pendekatan UNIK dalam klinik kaunselingnya, Hjh Aniz bukan sahaja tertumpu kepada perkhidmatan kaunseling semata-mata tetapi turut menurunkan ilmu penyembuhan diri, transformasi buat para klien yang memilih tekad untuk lebih bahagia, bahagia dan sejahtera menerusi program Life Coaching yang ditawarkan. Module Life Coaching ini digubal berdasarkan garapan ilmu, pengalaman, kepakaran juga penerokaan beliau dalam bidang psikologi Islam , perubatan Islam dan displin kaunseling itu sendiri. Bukan itu sahaja menyahut cabaran dan mengisi harapan untuk melihat lebih ramai lagi pasangan yang mendirikan rumahtangga lebih bahagia dan sukses kini satu lagi module eksklusif telahpun berjaya beliau gubal iaitu Module Jejak Cinta Jannah.Module ini lebih khusus membawa perbincangan untuk menjayakan perkahwinan yang lebih ohsem dan dinikmati keindahan dan kebahagiannya bersama-sama, saling bergandingan, menguatkan, melengkapi dan mendoakan untuk Jejak GPS Cinta Jannah yang sukses, In shaa Allah. Pernah menjalani praktikum kaunseling sebagai Kaunselor di Talian Sahabat Selangor, Rumah Kebajikan BALKIS Selangor, Klinik
Kaunseling Komuniti UPM dan mempunyai klinik kaunselingnya sendiri di Shah Alam, Selangor yang telah beroperasi lebih 8 tahun. Displin penyembuhan diri itu sendiri bukanlah sesuatu yang baru buat diri Hjh Aniz Hj Anwar, pengalaman beliau dalam dunia kaunseling sejak 2003 dan dibesarkan di dalam lingkungan keluarga yang terlibat di dala perubatan Islam yang membawa MISI khabar bahagia, memberi senyuman dan mengisi harapan insan-insan yang mendambakan bimbingan, pimpinan juga panduan menjadikan kerjaya yang mencabar ini sangat membahagiakan dirinya. Kebahagian yang dicari bukan sahaja ingin melihat para kliennya sembuh, bangkit dan berani menjalani hidup tetapi jauh lebih bermakna dalam JIHAD BAHAGIA yang disampaikan ini beliau ingin melihat para klien yang dibantu dengan kerendahan hati meyakini dan meletakkan kebergantungan terus rasa kehambaan diri kepada Allah swt. Ikhlas, pasrah dan redha setiap yang tertulis dan dijalani tidak pernah sia-sia...Setiap yang pahit itu sedang menanti kejayaan yang manis dan disyukuri, In shaa Allah. Sungguh benar untuk menjemput impian itu tidaklah ses**ar yang dijangkakan dengan syarat kita membenar dan memilih kejayaan dan kebahagian melewati hidup kita. Membawa pendekatan terapeutik Emotional Freedom Technique dalam perkhidmatan beliau sejak 2009 telah melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang Pengamal EFT yang disegani dan sering menjadi tempat rujukan di kalangan para kaunselor mahupun orang awam yang berminat mempelajari teknik ini. Noraniza Anwar aktif dalam dunia internet semenjak tahun 2003. Beliau banyak
menyumbangkan artikel kaunseling dan motivasi di internet dengan nama pena
nizwar75. Beliau juga telah menghasilkan eBook RAHSIA Aura: Personaliti dan
Fungsi Tubuh , Handbook EFT yang pertama dan eksklusif di dalam Bahasa Malaysia dan sering diwawancara oleh Majalah MIDI, Keluarga dan Mingguan Wanita. Beliau juga turut pernah menjadi kolumnis tetap bersama Utusan Malaysia beberapa tahun yang lalu di dalam slot Remaja Bersama Aniz. Beliau telah memperkenalkan kaedah kaunseling era terkini di mana perkhidmatan kaunseling juga dijalankan secara online menerusi email, whatsapp atau chat. Kepakaran beliau termasuklah :
* Pembangunan Insan
* Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
* Isu Kesihatan Mental
* Masalah Depressi
* Masalah Kemurungan
* Putus Cinta
* Grieving (Kesedihan Yang Dalam akibat kehilangan, kematian, perpisahan dsbnya)
* Mangsa Penderaan Silam
* Childhood Issue
* Isu Kerjaya
* Isu Self Esteem
* Konflik Diri, Dilema, Was-was & Buntu
Perkhidmatan Yang Ditawarkan :
==========================
A) Sesi Kaunseling Secara Bersemuka atau Online
1. Sesi Kaunseling Perkahwinan Bersama Pasangan
B) Sesi Life Coaching
1. Personal Life Coaching (Berpandukan Module Life Coaching)
2. Grup Life Coaching (berpandukan Module Life Coaching secara berkump**an sama ada ahli keluarga, rakan usahawan dan sbgnya)
C) Sesi Family And Marriage Coaching
1. Personal Marriage Coaching (Module Jejak Cinta Jannah)
2. Grup Marriage Coaching (bersama pasangan atau rakan-rakan) Laman web beliau boleh dilayari
Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan boleh SMS atau Whatsapp terus ke 012. 391.5362
ATAU layari http://anizanwar.com
```````````````````
Hjh. Anwar
Kaunselor & Therapist
Pengamal EFT
HP: 012.391.5362
FB Page: http://www.facebook.com/AnizAnwarKlinikSukses
Join my KINDNESS Secret Reveal ~ http://kliniksukses.anizanwar.com
Discover The MAGNIFICIENT Journey Of Self Healing Magic and Excellent with me!