Zubiya Hj Yahya

Zubiya Hj Yahya Mencari keredhaan Allah

HARI SUKAN TAHUNAN SRITI AL FITYAN JOHOR BAHRU SABTU 18 MEI 2024PADANG SMK ST JOSEPH (B) LARKIN
18/05/2024

HARI SUKAN TAHUNAN SRITI AL FITYAN JOHOR BAHRU
SABTU 18 MEI 2024
PADANG SMK ST JOSEPH (B) LARKIN

MAJLIS IFTAR PERDANA PAS, PASTI, SRITI KAWASAN JOHOR BAHRU 29 MAC 2029
08/04/2024

MAJLIS IFTAR PERDANA PAS, PASTI, SRITI KAWASAN JOHOR BAHRU
29 MAC 2029

MESYUARAT PAS CAWANGAN BANDAR BARU UDA.5 MAC 2024
06/03/2024

MESYUARAT PAS CAWANGAN BANDAR BARU UDA.
5 MAC 2024

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN JOHOR BAHRU 2023.
26/01/2024

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI KAWASAN JOHOR BAHRU 2023.

14/11/2022

DATO' SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN, NEGARAWAN PAS LUAR BIASA !

Senyuman tidak pernah lekang daripada bibir beliau. Seorang bekas pensyarah UITM yang amat disayangi murid beliau.

Itulah beliau Ustaz Tuan Ibrahim, seorang yang penuh sifat kebapaan.

Sewaktu beliau diamanahkan memegang jawatan Menteri Air dan Alam Sekitar. Timbul cakap-cakap puak manifesto bukan kitab suci.

Kata mereka, "lebai mampu ke mentadbir?" , "lebai paham tak cabaran climate change?" dan pelbagai perkataan jelik sama waktu dengannya.

2 tahun lebih kemudian, semua tidak sangka. Seorang yang dilabel lebai rupanya lagi elok mentadbir daripada so called profesional yang sebenarnya isu pencemaran Sungai di selatan tanah air pun tak mampu diselesaikan.

Alam sekitar dan Islam tidak boleh dipisahkan. Memahami hakikat inilah, Ustaz Tuan Ibrahim dan pasukan KASA amat komited dalam mengekang gejala pencemaran alam.

Bukan sekadar sembang sepertimana manifesto bukan kitab suci, komitmen ini dizahirkan menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana mewujudkan DENDA MAKSIMUM 10 JUTA dan PENJARA MANDATORI 5 TAHUN bagi kesalah berkaitan pencemaran alam.

Peruntukan undang-undang ini disinergikan dengan efisien bersama insiatif Rakan Alam Sekitar 2.0, penubuhan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar dan program Denai Sungai Kebangsaan.

Perasan tak yang netizen selalu tag YB TITM di media sosial untuk sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar? Pasukan ini dan Jabatan Alam Sekitar lah yang menjadi kuncinya!

Bukan sekadar denda-denda atau hukuman, KASA juga melakukan beberapa inovasi dan penambahbaikan baharu di bawah pengurusan Ustaz TITM.

Antaranya, menerusi pengenalan indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia, Reformasi Badan Penguatkuasa JAS dan penubuhan Yayasan Kelestarian Malaysia serta inisiatif Memperkasa Ekonomi Kitaran menerusi inisiatif E-waste dan dasar Sifar Plastik Sekali Guna 2030.

Siapa kata lebai tak mampu mengurus? Ingat urus Kementerian boleh goyang kaki macam lepak kedai mamak?

Yang paling menarik, lebai TITM juga cakna PERUBAHAN IKLIM!

Banyak usaha dan inisiatif konkrit digerakkan seperti Aspirasi Pelepasan Sifar Karbon 2050 dan Pengurangan GHG sehingga 45% 2030.

Lagi menarik inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun dan mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu!. Best giler!!

Siapa kata lebai tak boleh urus alam sekitar? Ini baru sebahagian yang dapat kita kongsikan. Tapi cukuplah itu buat sementara ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man membuktikan meskipun kita mungkin tiada latar belakang formal berkenaan sesuatu bidang, tapi andai kena cara dan ikhlas kerja buatnya, insya-Allah amanah mampu terlaksana dengan baik.

Haaa sebabtu ada yang goyang dengan TITM, sampai sanggup buat drama nak kaitkan menteri PAS dengan kerja orang lain. Suruh SPRM takut, tunggu jadi kerajaan katanya.

So anak muda? Dah pandai bezakan siapa kaca dan siapa permata?

Jadi undilah yang BEST! Perikatan Nasional yang Bersih dan Stabil!



09/11/2022



06/11/2022

Beberapa hari ini kecoh tentang calon daripada parti ‘kestabilan dan kemakmuran’ yang didakwa menipu dalam biodata calon dengan mengaku sebagai doktor perubatan walaupun tak habis belajar.

Urusan itu kita serah kepada empunya badan dan rakyat untuk menilai.

Di sini admin nak kongsikan calon PAS dalam PERIKATAN NASIONAL yang sahih merupakan doktor perubatan.

1)DR. HALIMAH BINTI ALI (P.109 KAPAR)

Fun fact, beliau ada 6 orang anak dan semuanya doktor!

Beliau merupakan pemegang Bachelor Sains Perubatan dan Bachelor Pembedahan dari Universiti Tasmania. Siap pakej pelajar terbaik bagi Diploma Tasawwur Islam!

Pernah berkhidmat di beberapa buah hospital serta klinik dan sekarang menjadi pengamal perubatan swasta lebih 25 tahun di dua buah klinik sendiri di Klang.

2)DR. ROSNI BINTI ADAM ( P.119 TITIWANGSA )

Beliau merupakan Doktor Pergigian dan mempunyai klinik sendiri sejak 2002. Haa, siapa sakit gigi dijemput untuk ke Klinik Pergigian Rosni Adam.

Selain ada Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, Universiti Malaya, beliau juga ada Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam, Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (DarusSyifa')

Tu baru dua, ada raaaaamai lagi nama-nama lain macam Dato' Dr. Haji Alias Bin Razak (P.035 Kuala Nerus ), Dr. Najihatussaleh Binti Ahmad (N.40 Bota) Dan Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi (P.112 Kuala Langat)

Kepada yang mencari-cari calon profesional untuk diundi, anda dijemput untuk undi PERIKATAN NASIONAL.

Kenapa perlu pilih antara yang beragama dan profesional kalau dua-dua boleh dapat dalam PAS kan? Dan dijamin bersih tak menipu insya-Allah.

Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil.



06/11/2022

Address

No. 3
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zubiya Hj Yahya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share