27/09/2025
SOLUTION TO ALL SWIMMING PROBLEMS
Segala masalah anak tak pandai berenang sebenarnya tak boleh selesai dengan terus paksa ajar… terutamanya secara direct.
Kalau anak takut air,
dan kita terus terjun ajar teknik,
maka kita akan sentiasa dipimpin oleh masalah ketakutan anak tu.
Apabila bukan kita yang lead suasana belajar,
dan bila ketakutan yang lead anak,
maka kita tak akan dapat capai agenda sebenar iaitu anak enjoy belajar berenang.
Ini kita kena faham.
So bila anak takut air… jangan terus ajar teknik dulu.
Ambik masa sekejap…
maybe sejam dua main-main kat tepi kolam
maybe 2-3 hari datang pool tanpa belajar pun
maybe sebulan dua hanya buat water play
Masa yang kita ambik untuk bina keyakinan ni bergantung kepada level takut anak kita.
Saya bagi contoh.
Kalau anak tak nak masuk air langsung,
rilek dulu.
Main game kat tepi kolam.
Bagi dia pegang air, siram tangan, siram kaki.
Lepas tu baru pegang dinding kolam.
Lepas tu baru tiup air.
Step by step.
Jangan p**a bila anak takut air, kita terus cakap:
“Masuk! Masuk juga!”
Anak bukan lagi berani, tapi lagi trauma.
Rilek je hidup dalam fasa anak belum pandai berenang.
Kalau lambat sikit tak apa.
Sebab bila kita BINA keyakinan, itu akan jadi asas yang kuat.
Yang kita bina inilah akan selesaikan masalah anak kita.
Sebagai pesanan...
ajar berenang bukan untuk cepat, tapi untuk selamat.
Kalau kita terus ajar teknik tanpa bina trust, anak akan selalu nangis, tolak cikgu, dan rasa “renang itu menakutkan”.
Tapi kalau kita faham konsep – trust dulu, water confidence dulu,
baru lah teknik jadi mudah.
So ingatlah pesan poknik…
masalah anak takut air tak boleh selesai dengan terus ajar teknik.
Masalah tu perlu kita faham,
dan kita kena keluarkan anak kita dari situasi takut tu dengan buat dia enjoy air dulu.
Cara dia:
1. Jangan terus ajar teknik bila anak takut
2. Fahami dulu apa masalah dia – takut, trauma, tak biasa
3. Fahami apa kita nak capai – anak enjoy air dulu
4. Bina suasana menyeronokkan supaya anak tak sedar dia belajar
5. Slowly perkenalkan teknik bila anak dah tenang
6. Sabar, konsisten, dan kerja kuat – anak akan pandai juga.
JOM AJAR ANAK BERENANG DENGAN FUN & SANTAI!!! 🏊♂️✨
Join waiting list just klik link di komen pertama