03/11/2017
BENTUK ANAK-ANAK DIAWAL USIA.
Anak-anak banyak belajar dari ibubapa mahupun penjaganya mengenai cara hidup yg sebenar.
Melalui ibubapa juga anak-anak ini matang hingga membentuk personaliti,adat,kecenderungan serta matlamat sebuah kehidupan.Jadi,bagi memastikan mereka melalui zaman kanak-kanak serta perkembangan yg baik,maka ciri-ciri yg berikut perlu ada pada sesebuah keluarga.
HARUS SENTIASA DISAYANGI.
Kanak-kanak perlu sentiasa merasai dirinya disayangi.Ini merupakan tugas yg perlu diberi perhatian oleh kedua ibubapa serta ahli keluarga yg lain.Melaksanakan tuntutan jiwa ini adalah kunci utama keharmonian sesebuah keluarga.Jadi,usah biarkan anak-anak hidup dgn ketakutan,kebencian atau kerapkali didedahkan dgn kekerasan yg akhirnya menjerumuskan mereka kearah kerosakan dan permusuhan.
WUJUDKAN AKTIVITI YG MENYERONOKKAN.
Anak-anak sentiasa belajar utk mencipta,seterusnya mengembangkan potensi diri mereka.Ketahuilah bahawa beberapa aktiviti yg dicipta oleh ibubapa samada secara formal mahupun tidak,berupaya mencetuskan lonjakan demi lonjakan terhadap perkembangan mereka.
Dalam masa yg sama,bimbinglah anak ini untuk melakukan aktiviti yg diberi.Semaikan kata-kata perangsang bahawa mereka sebenarnya boleh berjaya.
BENTUK ANAK DENGAN PENDIRIAN YG POSITIF
Diusia yg masih muda,anak-anak sebenarnya membentuk pendiriannya dgn cara yg tidak disedari.Antaranya ialah pandangannya terhadap ibubapa.Sesetengah dari mereka beranggapan bahawa bapa lebih tegas berbanding ibu sekaligus mempunyai kuasa terhadap keluarga.Ketika inilah para ibubapa bertanggungjawab untuk membentuk anak-anak dgn persepsi atau pegangan yg positif.Bertindaklah kerana jika tidak ditangani dari awal,berkemungkinan besar mereka mudah keliru dan terdedah kpd perkara-perkara yg merosakkan.
JADI GURU TERBAIK.
Ibubapa harus sedar bahawa rangsangan dan kebiasaan yg dilakukan dlm keluarga juga mempengaruhi cara mereka makan,minum,berjalan,berkomunikasi dan sebagainya.
Anak-anak kecil terutamanya,ibarat span yg mudah menyerap air.Mereka mudah menerima apa juga maklumat yg dilihat mahupun didengar tanpa menapisnya walau sedikitpun.
Ibubapa perlu membimbing seterusnya menunjukkan perkara yg betul atau salah.